Bab 32 ~ Cincin

1K 37 5
                                        

Haiqal melangkah masuk ke dalam rumah agam bersama hati yang berbunga. Dia bersiul riang. Wajah manis Ivy bermain main di fikirannya sehingga langsung tidak perasan akan Tengku Zubaidah yang sedari awal memerhatikan gerak gerinya itu.

"Ee budak ni. Memang nak kena. Kan mama dah cakap banyak kali tak elok bersiul. Carl nak panggil syaitan ke?" marah Tengku Zubaidah lalu memiat telingga anak keduanya itu. Anak yang agak nakal berbanding anak terunanya yang lain.

"Adeh mama...sakit...sakit..." rengek Haiqal manja. Badannya mengeliuk mengikut langkah Tengku Zubaidah.

"Tau sakit eh? Mama pesan banyak kali tak nak dengar?"

"Hehe. Carl lupa la mama. Sorry sorry."

"Orang angau macam tu lah." Tengku Zubaidah melepaskan telinga Haiqal lantas tangannya menepuk perlahan pipi anak terunannya itu.

"Hihi. Mama kena salahkan Ivy. Dia yang buat Carl jadi angau." Haiqal mengusap pipinya lalu menghempaskan tubuh ke sofa. Dengan pantas dia berbaring di riba mamanya.

Tengku Zubaida hanya menggelengkan kepalanya dengan kelakuan Haiqal.

"Ivy...Ivy. Bila la Carl nak bawak dia balik. Mama nak jumpa sangat dengan dia. Lama dah mama tak jumpa dia. Kali terakhir mama jumpa Ivy masa teman abang pergi rawatan fisioterapi. Lepas tu mama dah tak pernah jumpa dia. Abang cakap Ivy sambung semula study.

Haiqal hanya berdiam dan mendengarkan apa yang di perkatakan ibunya itu. Dia seboleh bolehnya tak nak ambil tau kisah silam Ivy dan abangnya itu.

"Hihi. Nanti lah Carl bawak dia. Ah mama..."

"Ye?"

"Abang, dia masih belum lupakan perempuan jalang tu ke?" Soal Haiqal perlahan.

Mendengar soalan yang keluar dari mulat Haiqal. Tengku Zubaidah terus menarik nafas berat. Dia sakit hati bila mengingati perempuan yang membuatkan anaknya merana.

"Tah la Carl. Mama pun tak tahu. Abang, sejak dia sedar dia tak pernah cakap langsung pasal hal perempuan tu."

"Erm. Abang pernah cakap pasal kekasih baru dia?"

"Kekasih baru? Abang ada kekasih ke Carl?"

"Mana Carl tau. Carl kan tanya ma..." lirih Haiqal berpura pura tak tahu.

'Takkan aku nak bagitahu yang Ivy itu kekasih abang. Bikin naya je,' bisik Haiqal sendiri.

"Mama rasa ada. Mama pernah tanya. Dia kata nanti dah sampai masa dia kenalkan dengan mama. Tapi tak tahu la. Sampai sekarang pun bila mak tanya pasal kawin, dia hanya terseyum je. Abang tu suka berahsia sangat."

"Ah...."

Haiqal tersenyum. Apa yang di perkatakan Tengku Zubaidah membuatkan Haiqal bertambah yakin yang abangnya itu tidak serius dengan Ivy. Masakan abangnya itu tak memberitahu mama tentang Ivy sekiranya lelaki itu serius. Lagi lagi abangnya anak kesayangan mama, pasti semua benda di beritahu pada wanita itu

"Kenapa Carl tanya pasal abang?"

"Ah tak ada lah. Cuma Carl rasa abang masih tak boleh lupakan perempuan tu..."

"Carl pasti ke?" Suara Tengku Zubaidah agak meninggi

"Em. Mama takkan tak perasan cincin yang abang pakai tu. Tu kan cincin tunang dia..."

Tengku zubaidah mengerut dahinya. Dia cuba mengingati.

"Tak kot carl. Sebab seingat mama, cincin tu abang dah buang masa kami dalam perjalanan balik ke rumah."

"Eh? Maybe dia ambil balik... "

"Mungkin...tapi mama tak nak abang still fikirkan perempuan tak guna tu. Abang layak dapat yang lebih baik," ucap Tengku Zubaidah agak sebak. Dia kasihankan anak sulongnya itu. Anaknya terlalu baik jika nak di bandingkan dengan perempuan seperti Fiona.

Haiqal hanya tersenyum kelat. Dia juga tak suka kalau abangnya masih teringkatkan Fiona tapi dia lagi tak suka bila memikirkan abangnya itu yang mempergunakan Ivy sebagai alat untuk melupakan kisah lama. Wajah Ivy yang menangis teresak esak bermain di fikiran. Dia kasihankan gadis itu.

"Erm. Mama, Carl naik dulu, nak mandi," ucap Haiqal lalu bangkit dari baringnya. Baru Haiqal nak melangkah, Tengku Zubaidah sekali lagi memanggil.

"Carl..."

"Ye mama?"

"Carl bila nak mula berkerja di compny kita?" Haiqal mengusap leher. Sekali lagi soalan itu keluar dari mulut Tengku Zubaidah membuatkan Haiqal mengeluh.

"Carl kan ada bussines Carl sendiri."

"Carl, company kita tu besar. Mama rasa better Carl minta orang lain uruskan bussines Carl dan Carl bantu abang uruskan company kita."

"Em..."

"Carl tak kesian abang ke? Kehulu kehilir menguruskan company tu sorang diri. Kalau dulu okay lah ada Pak Cik Hariz yang tolong abang tapi sekarang pun dia dah bersara."

"Pak cik Hariz dah bersara?" Soal Haiqal terkejut. Dia kenal lelaki itu. Orang kanan papanya merangkap saudara dekat mereka yang banyak membantu dalam syarikat.

"Ah ah. Dah lebih setahun pun. Ikut anak dia balik Dubai. Tu abang pening sebab semua dia terpaksa handle sendiri."

"Em. Carl fikir dulu mama."

"Carl tolong abang ya?" pinta Tengku Zubaidah lagi. Airmata sudah bertakung di tubir matanya. Dia benar benar rasa bersalah dengan anak sulongnya itu. Melihat Fareiz yang terlalu sibuk sehingga tak ada masa dirumah kebelakangan ini membuatkan Tengku Zubaidah sedih.

"Ye mama. Bagi Carl masa ya. Mama jangan la sedih. Abang tu dia kuat lah mama. Carl tau dia mampu uruskan semuanya," pujuk Haiqal lalu mendekati Tengku Zubaidah. Di usap lembut airmata yang mengalir di pipi ibunya itu. Haiqal langsung tak minat nak menguruskan syarikat papa. Perhotelan bukan cabang perniagaannya. Dia lebih suka dengan dunia IT.

"Okay. Carl janji ya sayang."

"Baik mama. Carl janji..."

Izinkan Aku BernafasCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang