bab 49 ~ kebenaran

1.1K 37 0
                                        

"SORRY Fareiz, i menyesal atas segala yang telah i lakukan dulu."

"It's okay Fiona. Tempoh hari kan you dah cakap benda yang sama and also jawapan Fareiz pun still sama. Fareiz maafkan you and dah lama pun maafkan you," ujar Fareiz tenang. Bibirnya mengukirkan senyuman.

"And Fareiz minta maaf ya. Tak pasal-pasal Fi terbabit sama dengan masalah i."

"Maksud Fareiz?"

"Your face." Jari Fareiz menunjukkan ke arah pipi Fiona yang gebu.

"Ah that one," balas Fiona. Serta merta wajah gadis yang menamparnya terbayang di ruang mata. Gadis ayu yang membuatkan Fareiz tidak tentu arah tempoh hari.

"Siapa gadis tu? Ivy ailin kan nama dia?" Saja Fiona mahu memancing sedangkan dia tahu gadis itu seorang yang istimewa pada Fareiz.

"Kawan."

"Ah Kawan? Sampai jealous macam tu? Mesti buah hati Fareiz kan? Don't cheat me. I know you." Fiona sedar pandangan Fariez kepada gadis itu. Mungkin mereka sedang bergaduh namun jeles kelihatan Fareiz sangat menitik beratkan si gadis.

"Heh." Soalan Fiona hanya dijawab dengan sengihan.

"So Fiona. Apa yang urgent you nak cerita kat Fareiz ni? If nak cakap pasal sorry, rasanya tak perlu kot. Ke Fi rindukan i?" Sengih Fareiz lagi.

"Haha. No lah. Fiona nak cakap pasal Haiqal."

. "Haiqal? Kenapa dengan Haiqal?"

"I nak minta Fareiz tolong pujuk Haiqal untuk maafkan i."

"Maafkan you? Maksud you? Fareiz tak faham..."

"Haiqal warning i untuk tidak pernah muncul lagi."

Fareiz masih memandang Fiona dengan pandangan pelik. Tak faham apa yang Fiona ingin sampaikan. Dahi di kerutkan apabila melihat ada perubahan pada airmuka gadis itu.

"Fiona?"

"Actually. Dah lama i nak jumpa Fareiz. Nak minta maaf but, i tak ada keberanian. 8 bulan lepas i tinggalkan you. Segalanya musnah buat i. karier, life i semuanya musnah.

"Musnah sebab?" sampuk Fareiz.

"Haiqal."

Terbeliak mata Fariez apabila nama adiknya disebut.

"What he do to you?"

"Haiqal mengunakan pengaruhnya untuk merosakkan karier i. Dan memerangkap i dengan beberapa guy dan rakam semuanya.

"Allah," lirih Fareiz terkejut mendengar penjelasan Fiona.

"Malah Haiqal juga mengugut i untuk simbah muka i dengan asid jika i berani tunjukkan muka lagi. So Fiona terpaksa melarikan diri jauh dari Malaysia," jelas Fiona panjang. Airmatanya laju mengalir di pipi.

"Fiona. I'm so sorry. I tak tahu Carl sanggup buat macam tu kat you. I'm so sorry bagi pihak Carl." Tangan Fareiz menekan kuat ulu hati. Cerita yang di sampaikan Fiona sangat mengejutkan dirinya.

"It's okay Fareiz, semua ni jadi berpunca dari i sendiri. I yang kejam sebab meninggalkan you di saat you terlantar sakit. Apa yang Haiqal buat tu hanyalah untuk membalas segala perbuatan i kat you. I bukan sahaja meninggal you. Tapi i dah malukan seluruh keluarga you."

"Still itu bukan alasan untuk Carl buat Fi macam tu" lirih Fareiz perlahan seraya membongkokkan badannya. Perut dan dadanya terasa amat sakit. Manik jernih mula membasahi dahinya.

"Fareiz you kenapa ni," soal Fiona cemas apabila mendapati Fareiz seperti merintih.

"I'm okay, just gastric," balas Fareiz namun dia masih membongkokkan badannya untuk menahan rasa sakit.

Melihat situasi Fareiz yang seperti kesakitan. Fiona segera merapati lelaki itu. Belakang Fareiz di tepuk-tepuk perlahan. Lalu tangannya mengelap penuh yang membasahi dahi lelaki di depannya itu. Rasa bimbang mula merajai hati.

"Fareiz betul ke you okay ni?" Fiona menunduk untuk melihat wajah Fareiz serentak itu tangannya lembut menyentuh muka Fareiz yang kelihatan pucat dan tidak bermaya.

"I bawak you pergi hospital ya?" pujuk Fiona lembut.

Fareiz mendongak dan memandang wajah ayu Fiona. Hatinya terharu melihat keikhlasan gadis itu. Bibirnya cuba untuk mengukirkan senyuman tanda tiada apa yang perlu di risaukan namun dia tidak mampu. Rasa sakit makin menjalar di seluruh tubuhnya.

"Jangan degil please. Kita pergi hospital ya..."

"Okay..."

Izinkan Aku BernafasCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang