Bab 3 ~ Bertahanlah

2.1K 70 0
                                    

SUDAH beberapa hari Fareiz tidak mahu bercakap mahupun menjamah apa-apa makanan walaupun segelas air. Tubuh badannya semakin susut dek kerana dirinya yang enggan menjamah makanan walaupun sesudu. Keadaan Fareiz semakin lemah. Doktor Zaabar berkata, Fareiz mengalami kejutan yang amat serius.

Tengku Zubaidah yang sedari tadi duduk termenung memandang sayu anaknya itu. Dia tidak marah akan tindakan Fareiz tempoh hari kerana dia tahu keadaan anaknya masih tidak stabil dan tertekan. Kemalangan yang menimpa Fareiz itu benar-benar merubah kehidupannya. Tengku Zubadiah masih teringat peristiwa dua minggu lepas. Betapa gembiranya mereka sekeluarga meraikan kejayaan Fareiz dalam Sukan Marathon hingga sekali lagi anaknya itu dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Fareiz sangat menyukai aktiviti sukan sejak kecil. Tengku Zubaidah dan suaminya juga tidak pernah sekalipun menghalang minat anak mereka itu meskipun anaknya itu pemegang ijazah pengurusan. Buat mereka sebagai ibu bapa, apa yang membahagiakan anaknya juga akan membahagiakan diri mereka. Kerana itulah erti kebahagiaan yang sebenar. Pada hari keluarga mereka mendapat berita bahawa Fareiz ditimpa kemalangan, tiada apa yang diharapkan kedua pasangan suami isteri itu selain berharap agar Fareiz selamat. Motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang Fareiz ketika pulang dari latihan olahraganya dirempuh oleh sebuah kereta pacuan empat roda yang memandu laju dan terbabas di arah bertentangan. Fareiz terpelanting ke bahu jalan manakala motosikalnya hancur diseret lebih 100 meter daripada tempat kejadian. Jika dilihat dari kerosakkan motosikal berkuasa tingginya itu, pasti semua orang akan beranggapan bahawa mangsa tak mungkin dapat diselamatkan. Namun dengan kuasa Tuhan, dia terelamat daripada kemalangan itu tetapi mengalami kecederaan yang amat serius akibat dari hentakkan kuat di divider.

"Fareiz", Tengku Zubaidah mengusap lembut tangan anaknya itu. Jika rasa sakit itu bisa dipidahkan, Tengku Zubaidah sanggup menjadi galang ganti daripada melihat anak kesayangannya itu berada dalam situasi seperti ini. Tengku zubaidah sedar, sekiranya Fareiz sembuh sekalipun, pasti anaknya itu tidak mampu lagi untuk meneruskan minat dan cita-citanya sebagai olahragawan. Seperti apa yang Doktor Zaabar terangkan, kaki Fareiz terpaksa dibedah dan perlu dimasukkan besi akibat tulang kakinya yang patah teruk. Buah pinggang Fareiz pula telah mengalami kecederaan yang serius dan perlu melakukan pembedahan dengan kadar segera. Berlinang air mata Tengku Zubaidah memikirkan nasib anak bujangnya itu .Hati ibu mana yang tidak sedih melihat keadaan anaknya sebegitu.

'Apa yang Mama nak sekarang ni, Fareiz sihat seperti dulu. Itu je,' rintih Tengku Zubaidah di dalam hati.

Tengku Mukriz yang berada di sisi hanya memandang sayu kearah anak dan isterinya. Rasa bersalah mula melanda fikiran. Kalaulah dia tidak mengajak Fareiz untuk makan bersama setelah habis latihan, pasti anaknya tidak terlibat dalam kemalangan maut itu. Namun tengku Mukriz sedar, semua yang berlaku adalah ketentuan Tuhan dan dia tidak ada hak untuk menghalang takdir yang Maha Esa. Takdir yang sudah ditetapkan Allah harus diterimanya. Sebagai seoarang hamba yang tidak sempurna, dia tidak patut berburuk sangka mahupun menyalahkan takdir kerana pasti ada hikmah di sebalik semua yang terjadi ini.

"Abang, bertahan lah, papa janji akan buat apa saja asalkan abang boleh berdiri, mampu senyum dan gelak macam dulu. Dan paling penting, abang kena jadi kuat seperti sebelum ini. Kami semua sangat rindukan abang," rintihTengku Mukriz sayu.

Bapa mana yang tidak sedih melihat keadaan anaknya begitu. Sungguh, Tengku Mukriz sanggup berhabis duit asalkan Fareiz boleh diubati dengan segera dan mendapat rawatan yang terbaik. Dia berazam untuk mencari apa sahaja ikhtiar supaya kesihatan anaknya itu dapat diubati. Mana mungkin dia sanggup membiarkan anaknya itu lumpuh dan menderita begitu. Perjalanan hidup Fareiz masih panjang dan masih muda. Dia tidak mahu anaknya itu hidup dalam penyesalan sepanjang hidupnya. Biarlah perkara yang lalu menjadi pengajaran buat mereka sekeluarga.

Pintu diketuk. Seorang jururawat masuk untuk memeriksa keadaan Fareiz. Tengku Mukriz memberi ruang pada jururawat itu untuk memeriksa keadaan anaknya.

Sedang jururawat itu ingin memeriksa tekanan darah Fareiz, tiba-tiba ada satu suara lemah dan perlahan keluar dari mulut Fareiz dan sepertinya dia sedang mengigau.

"Fi...jangan tinggalkan i. Jangan tinggalkan i...tolong jangan tinggalkan i. Fiona..."

Jururawat itu terus memandang Tengku Mukriz dan Tengku Zubaidah. Tengku Mukriz hanya mampu menghela nafas berat. Sungguh hanya Allah sahajalah yang tahu betapa pedih hatinya kini melihat keadaan Fareiz.

"Bertabahlah anakku."

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now