"Alhamdulillah," lirih Tengku zubaidah bagi melahirkan rasa syukur kerana akhirnya mereka sekeluarga dapat sekali lagi berkumpul bersama-sama. Wajah setiap satunya di pandang dengan penuh rasa kasih meski hatinya terasa sebak.
"Terima kasih dekat anak-anak bujang mama yang sangat busy ni sebab sudi juga akhirnya teman mama makan." Lembut tapi sangat mendalam kata-kata yang di ucapkan Tengku zubaidah membuatkan semua yang ada di meja makan itu tersentak..
"Mama, kenapa cakap macam ni?" Bukan tak nak makan dengan mama tapi ada je halangan," jawab Farhan perlahan.
"Tak apalah, mama tau semua ada kerja kan."
"Ma...maafkan Carl ya. Nanti Carl luangkan masa untuk mama," pujuk Haiqal pula.
Fareiz hanya menunduk memandang pinggan. Tak berani untuk bertentang mata dengan ibunya itu. Dia sedar ayat Tengku Zubaidah itu ditujukan kepadanya. Dan Fareiz takut airmatanya menitis.
"Ye mama. Nanti Han dan Abang Fareiz pun akan sentiasa luangkan masa untuk mama ya. Kan abang?"
"Ah ah ya." balas Fareiz perlahan. Mata Farhan melirih pada abang sulungnya. Dia faham akan perasaan Fareiz ketika ini.
"Eh Mak Jah, cepat lah duduk. Han tak sabar nak makan masakan mama dengan Mak Jah ni. Bau menyelerakan sampi meleleh air liur Han ni," seloroh Farhan cuba untuk memeriahkan suasana suram itu.
"Hah kau, makan je tahu. Kang aku sumbat semua makanan ni dalam mulut kau baru tau." Gelak Haiqal pula.
Fariez hanya tersenyum. Tangannya menyenduk nasi ke pinggan. Matanya memandang makanan yang terhidang di meja. Semua nampak sedap dan sangat menyelerakan tapi boleh ke perutnya menerima makan itu.
'Redah je lah,' gumam Fareiz sendiri. Tanpa sedar mata Tengku zubaidah memerhatikan setiap gerak geri anak sulungnya. Entah kenapa dia merasa tidak sedap hati melihat anaknya itu.
"Sikitnya makan Fareiz. Tambah la lagi," ujar Mak Jah apabila melihat Fareiz hanya mengambil sesenduk nasi dan sedikit kuah asam pedas.
"Ye lah, tambahkan lagi nasi dan lauk dia, Mak Jah. Mana boleh makan sikit sangat macam tu," arah Tengku zubaidah pula.
"Ar. Tapi..."
"Jangan tambah Mak Jah sebab tadi abang dan Han dah makan. Han paksa abang habiskan sekali makanan Han sebab Han tak suka makanan yang mereka hidangkan. Nanti kalau Mak Jah tambah membazir je. Pasti abang tak larat makan pula." Bohong Farhan. Dia tahu abangnya itu tak boleh nak menjamah makanan yang di hidang kerana baru petang tadi dia melihat abangnya itu memuntahkan semula semua makanan yang di makan dan menahan kesakitan. Sungguh Farhan sedih memikirkan situasi abangnya itu.
"Ah ah mama. Mak Jah," angguk Fareiz mengiakan pembohongan Farhan. Wajah Farhan di kerling sekilas.
'Terima kasih Farhan'
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...