Seketika itu sepi mencuit hati
Hanya suara hujan seakan menyanyi
Mendendangkan lagu syahdu
Ketika ku terpegun merenung jauh gambarmu sayangku
Terkilan rasa bila kata-katamu kau ucapkan padaku,
Membuat ku terpaku bersama-sama suratmu,
setelah ku baca kini seolah ku berada dalam mimpi
Titisan demi titisan airmata ku jatuh berlinangan
Kugenggam gambarmu dalam pelukan mesra
Tak mungkin dapat ku melupakanmu sayang
Di dalam dunia ini tak mungkin dapat ku cari pengganti dirimu
Mengapa perpisahan yang kau pinta
Janganlah kau lupa suatu ketika dulu
Kita pernah bersama berjanji dan bercinta
Kini nyata kau mungkiri setelah janjimu itu
Di manakah letak kejujuranmu'ANGKATLAH phone, kenapa buat Ivy macam ni?' rintih hati Ivy bersama air mata yang mengalir dipipi gebunya itu.
"Please Fareiz pickup my call," jerit Ivy kuat tanpa menghiraukan rakan-rakan sekuliahnya yang memandang. Sekali lagi nombor Fareiz didail namun hampa kerana hanya mesin suara yang menjawab panggilan itu.
"Fareiz..." Hanya nama Fareiz yang keluar dari mulut Ivy tika ini. Sungguh dia tidak percaya dengan mesej yang dihantar oleh kekasih hatinya itu. Hampir saja terlepas telepon bimbit yang dipegang akibat terlalu terkejut dengan setiap butir kata yang terkandung dalam mesej yang diterima.
"Ivy. Kau okay tak ni?" soal Farah, rakan sekuliah merangkap Bff yang duduk bersebelahannya.
"No. I'm not okay," balas Ivy spontan lalu melangkah keluar dari dewan kuliah tanpa mempedulikan sapaan dari rakannya yang lain. Kuliah yang bakal berlansung lagi 10 minit ditinggalkan begitu saja. Ivy tak mampu untuk bertenang. Fikirannya serabut.
Ivy berjalan perlahan menuju ke bus stop. Teleponnya digengam kuat dan sekali lagi mesej itu dibaca.
Assalamualaikum. Ivy.
I'm so sorry for all I have done to you lately. I just need time to think and being alone. So let breakup. I'm sorry again if this hurts you but it's the best things I can do for us. I really hope you can understand and please don't wait for me. Goodbye and sorry again
-Fareiz-
Airmata Ivy menitis lagi. Terlalu sakit rasanya diputuskan begitu sahaja oleh insan yang amat disayangi. Wajah tenang Fareiz bermain di fikiran. Ivy bingung. Rasa tak percaya mula menerajui hati. Tak mungkin lelaki itu sanggup menyakiti dirinya.
"Mesti ada sesuatu yang menimpa dia. Aku yakin!" Mata Ivy menatap tajam phone yang sedari tadi berada dalam gengamannya. Dia berfikir fikir sejenak.
"Haiqal! Ya Haiqal pasti tahu apa yang jadi pada dia," lirih Ivy sambil menyeka airmata yang mengalir di pipi. Dengan segera nombor Haiqal didail
"Carl..."
*********************
"Betul lah buat apa Carl nak tipu Ivy pula. Carl pun tak pasti kenapa abang send mesej macam tu kat you." Haiqal menjungkit kening. Telepon Ivy yang dipegang dipulangkan semula. Waktu ini Haiqal seperti mahu menjerit kegembiraan. Ini bermaksud abangnya dan Ivy sudah putus. So lagi mudah untuk dia mendapatkan gadis kesayangannya itu.
"Maybe abang sudah ada Girlfriend lain?" ujar Haiqal senada, saja mencurahkan api di hati gadis itu.
"Kenapa Carl cakap macam tu?"
"Ye lah, sekarang pun he always flight to Singapore dan kadang-kadang sampai berminggu dia stay sana. So tak mustahil kalau he have someone special." Muka gadis di hadapannya dipandang sekilas sebelum menyambung percakapannya.
"Ikutkan ramai je yang lain boleh handle projek kat Singapore tu, but abang minta kat mama untuk uruskan sendiri. Macam isnin lepas, mama dah larang abang pergi sana tapi dia still berkeras nak uruskan sendiri projek tu. So kan tu agak weird? Biasa abang ikut je semua kata mama tapi sejak dua menjak ni lain. Tapi ni just pandangan Carl la."
'Cool Haiqal. Jangan nampak sangat kau suka diorang putus,' lirih Haiqal di dalam hati. Sejak peristiwa 6 bulan lalu, Haiqal sentiasa mengawal dirinya. Dia tak mahu terlalu mendesak Ivy sehingga gadis itu menjauhkan diri darinya.
"No. It's not true. Ivy yakin Fareiz bukan macam tu. Yeah Ivy yakin," gumam Ivy perlahan. Air matanya menitis lagi.
"Hei. Hei. Jangan lah menangis." Segera Haiqal menghulurkan sapu tangan kepada gadis di hadapannya itu.
"Please don't sad. I tak suka tengok you sedih macam ni," lirih Haiqal. Wajah ayu Ivy di tatap. Dia harus menyusun rancangan untuk menambat hati si gadis.
"Carl, jika Fareiz dah balik tolong inform Ivy. Please, Ivy perlukan penjelasan."
"Ye ye. Carl akan inform Ivy, but please stop crying and let eat. Sejuk dah spaghetti ni."
"Em, I dah kenyang," balas Ivy. Spaghetti yang terletak elok di meja dipandangkan sekilas. Dia tak ada selera nak menjamah makanan, fikirannya hanya tertumpu pada satu-satunya lelaki yang amat disayang.
"Ivy...jangan macam ni okay? Kalau you jatuh sakit nanti macam mana you nak jumpa abang?"
"Urm."
"Please dear listen me. You tak nak kan abang bimbangkan you. Kalau apa apa jadi dekat you mesti abang susah hati. Dan takkan you nak jumpa abang dengan wajah you yang nampak cengkung? Tak comel," pujuk Haiqal lagi. Meski dia tak ada niat untuk membantu hubungan Ivy dan Fareiz. Namun Haiqal tahu buat masa ini hanya Fareiz sahaja yang ada di dalam kepala pujaan hatinya itu.
Ivy mengangkat wajah. Wajah Haiqal di pandangnya sebelum mengeluh perlahan.
"Okay..."
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...