bab 69 ~ Late

886 36 1
                                    

********************

Thanks for you'r cooperated," ujar Arman sebaik sahaja staff receptionist memberikan kunci bilik. Dia yang resah kerana majikannya tidak membuka pintu bilik segera mengarah pekerja hotel tersebut untuk mendapatkan kunci pendua.

Papan tanda "Dont disturb" yang di gantung depan pintu bilik dipandangnya sekilas sebelum membuka kunci dan menolak daun pintu. Dengan perlahan-lahan Arman melangkah masuk ke dalam ruangan bilik tersebut dan matanya meliar memandang ke sekeliling nencari kelibat majikannya, Tengku Emmir Fareiz.

"Tengku," jerit Arman terkejut apabila melihat susuk tubuh majikannya terbaring di hadapan pintu bilik air. Dengan pantas Arman mendapatkan Fareiz yang tidak sedarkan diri seraya tangannya mengoncang perlahan tubuh lelaki itu.

"Tengku...Tengku Fareiz...." panggil Arman namun tiada sebarang sahutan yang di terima.

"Ya Allah, dah kenapa ni," ujar Arman serentak itu telinganya di dekat ke dada majikannya.

"Alhamdulillah..." Arman berasa sedikit lega kerana masih kedengaran degupan jantung lelaki itu. Dengan pantas Arman bangun dan menuju ke singki lalu membasahkan tangannya. Dia meluru ke arah Fareiz lalu melutut di sisi. Kepala Fareiz perlahan lahan di angkat ke pehanya. Di usap tangan yang basah itu ke muka majikannya yang masih terbaring. Beberapa potong ayat al quran di baca dan di hembuskan.

"Tengku. Ni saya Arman, Tengku?" panggil Arman apabila melihat ada pegerakkan dari Fareiz.

"Ya..." Perlahan-lahan Fareiz membuka mata lalu menyahut panggilan Arman. Wajah Arman samar samar kelihatan di ruang mata Fareiz di sebabkan kepala yang masih berat.

"Tengku, you kenapa ni? Saya panggilkan ambulance?"

"No. Tak perlu. Saya okay. Saya cuma sakit kepala," ujar Fareiz perlahan lalu cuba bangun dengan di papah oleh Arman. Badannya kelihatan menggigil. Beberapa batuk kecil di lepaskan.

Arman yang melihat situasi Fareiz berasa amat bimbang. Dia tak sedap hati apabila wajah pucat dan tak bermaya majikannya itu kelihatan. Lebih lebih lagi bila Arman perasan yang majikannya itu masih memakai pakaian yang sama sewaktu mereka berpisah tengah hari semalam.

"Tengku. You sakit ni. Jangan paksa diri you."

"It's okay Man, Saya makan ubat sekejap lagi reda lah. Tolong saya ambilkan air," ujar Fareiz seraya tangannya mengeluarkan beberapa paket ubat yang tersimpan di koceknya.

"Erm. Baik Tengku." Setelah membantu Fareiz duduk di birai katil, Arman segera melangkah ke singki dan mengambil botol air mineral yang telah tersedia di atas kabinet. Gelas yang tergantung di dinding di capai. Botol air segera di buka dan di tuangkan ke dalam gelas lalu membawanya kepada majikannya itu.

"Ini airnya Tengku..."

"Thanks..." balas Fareiz. Arman hanya mengangguk

"Dah pukul berapa ni Man. First Meeting dengan wakil Impiana tu dah tamat?" Soal Fareiz setelah selesai menelan beberapa biji pil tahan sakit.

"Meeting? Tengku, semalam lagi dah habis untuk first session meeting tu. Next meeting pun dah settle. Ni dah pukul 4 petang."

"Hah? 4 petang? Ya Allah. Dah lebih seharian saya tak sedar?" lirih Fareiz lagi seraya handphone dikocek seluar di ambil.

"Erm...No battery..."

"Ye Tengku. Seharian saya call Tengku tak dapat. Saya ingat Tengku sudah pulang tapi baru sebentar ni Syasya call saya, cari Tengku sebab adik Tengku dah cemas mencari Tengku di pejabat."

"Adik? Ya Allah..." Fareiz meraup kasar mukannya. Baru tersedar bahawa dia sudah terlewat dan memungkiri janjinya pada Tengku Zubaidah untuk sampai awal pagi di rumah.

"Arman you pergi uruskan pembayaran dulu. I basuh muka sekejap. Kita kena balik sekarang sebab malam ni ada majlis pertunangan Haiqal."

"Baik. By the way, Tengku sure okay ni? Tengku nampak lemah sangat," soal Arman lagi.

"Insyallah. Saya okay Arman. Tak ada apa yang perlu di risaukan." Fareiz mengukirkan senyuman. Tubuh di gagahi untuk bangkit dan seraya melangkah kaki masuk ke bilik air.

Arman yang masih berdiri di tepi katil hanya mampu menggelengkan kepala melihat majikannya. Dia sedar ada yang tidak kena dengan kesihatan majikannya itu meski lelaki itu cuba untuk berselindung.

"Ya Allah, kau sembuh kan lah segala penyakit yang sedang di alami majikan ku itu. Sesungguhnya dia seorang yang sangat baik dan berhati mulia. Jangan lah Engkau bebankan lagi dengan kesihatan yang menyeksakannya"

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now