Bab 72 ~ still

961 33 1
                                    

"Everything will be okay. Haiqal dah maafkan you. So you tak perlu lah pergi jauh lagi. Stay je sini."

"Fareiz. Tempat I bukan lagi di sini."

"Kenapa cakap macam ni. Ni tempat you. Your parents kan ada kat sini," tutur Fareiz penuh lembut. Bibirnya mengukirkan senyuman manis yang mampu mencairkan hati setiap gadis.

"Ha. Talking about your parents. Hows they? Lama Fareiz tak dengar khabar mereka. Since our kes." Fareiz teringat akan ibu dan ayah Fiona. Sebelum ini mereka memang cukup rapat sehinggalah apa yang di lakukan Fiona membuatkan mereka tak pernah lagi bertemu. Sudah lama juga dia langsung tidak mendengar khabar bekas mak dan ayah mertuanya itu.

Pertanyaan Fareiz hanya di biarkan sepi tanpa jawapan. Fiona hanya berdiam diri dan menunduk.

"Fi? Are you okay?" Soal Fareiz apabila melihat wajah si gadis yang sudah muram.

"Ada masalah bagi tahu lah Fareiz."

Fiona memandang ke arah Fareiz, tubir matanya mula berair. "Actually my parent dah buang I."

"What?" Fareiz terjeit. Buntang matanya mendengar kata kata gadis itu.

"Ya Allah. Fiona, Fareiz minta maaf. Ini mesti pasal Fareiz kan? I'm sorry Fi..."

"Fareiz tak salah apa pun. Ni semua salah i sendiri. Mama dengan papa malu sebab i putuskan pertunangan kita di saat Fareiz terlantar sakit." Fiona menarik nafas sebelum kembali menyambung kata. Matanya memandang redup pada Fareiz.

"Meskipun family Fareiz langsung tak cakap apa tapi keluarga i betul-betul marah. Papa kan baik dengan papa you, so apa yang i buat benar benar dah memalukan mereka," jawab Fiona dengan nada sedih. Airmatanya mula bertakung.

"Apa yang Fi buat tu dah melukakan hati mereka Fareiz. Dulu i bodoh. I tak kisah langsung pasal mereka. I hanyut dengan dunia i. Dan bila I sudah menyesal dengan semua tu pun still mama and papa tak nak terima i."

"Fiona..." Fareiz memandang sayu kepada gadis di hadapannya. Sungguh dia rasa kasihan dengan nasib yang menimpa gadis ayu itu.

"Petang nanti kita pergi jumpa keluarga you ya."

"Pasti diaorang takkan terima i."

"Fi. We try ya. Don't worry. Nanti Fareiz cakap dengan uncle dan untie. You jangan bimbang okay."

Fiona memandang Fareiz yang masih tersenyum manis. Hatinya tersentuh dengan keiklasan yang di tunjukkan bekas tunangnya itu.

"Fareiz. Fiona tak tau nak kata apa. Dari dulu you memang tak pernah berubah. Always thinking about other and never blame anyone. I feel so shame. Fiona dah buat macam macam kat you tapi you..." ujar Fiona penuh sebak. Airmatanya laju mengalir di pipi.

"Fi...dah jangan nangis. Hal dulu biarkan je berlalu. Fareiz tak suka you sedih macam ni. Fareiz nak kawan Fareiz ni ceria, manis seperti dulu," lirih Fariez panjang bersama senyuman yang tak lekang dari bibirnya.

"Thanks you so much Fareiz."

"Welcome dear..." Mata Fareiz kembali memfokus ke arah jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Lagu yang berkumandang di radio memecahkan kesunyian yang tiba tiba menyelebungi mereka.

"Fareiz ingat lagi tak jalan nak pergi rumah i ni?" soal Fiona di seat sebelah penumpang.

"Ingat lah. Fareiz belum hilang ingatan lagi okay"

"Haha. Yeah..."

Fiona tertawa mendengar seloroh Fareiz yang masih ralit memandang hadapan.

"Erm. So Fareiz. I'm weird. Kenapa Haiqal yang bertunang dengan gadis tu? Bukan dia kekasih Fareiz and I know you love her so much rite?"

Fiona memandang wajah Fareiz. Tiada sebarang jawapan maupun reaksi yang di tonjolkan.

"Fareiz, you hear me?"

"Fiona. Please cakap pasal perkara lain. Tak ada yang perlu di persoalkan tentang ni," balas Fareiz perlahan. Ada keluhan kecil terbit dari mulutnya.

"Kenapa tak boleh cakap pasal ni? Fareiz, kenapa you tak boleh jujur je dengan perasaan sendiri?"

"Fiona..."

"Fareiz sakit kan?"

"Haha..." Fareiz tertawa besar mendengar soalan Fiona seraya menggelengkan kepalanya. Ternyata dia tak boleh nak rahsia apa apa dari gadis tu. Itulah yang istimewa mengenai bekas tunangnya itu. Sangat peka.

"Fareiz. Fiona tanya betul-betul ni. Fareiz memang tengah sakit kan?" Soal Fiona lagi. Dia sedari awal sedar ada yang tidak kena dengan kesihatan lelaki itu.

"Fi. I'm okay. Don't worry. Sekarang ni kita fokus kat masalah you ya. Baik you fikir macam mana nak buat parents you lembut hati. Hal Fareiz you tak payah fikir ya. I will settle it by my self."

"Fareiz..."

"Fiona. Please," pinta Fareiz. Kalau boleh Fareiz tak mahu langsung memikirkan mengenai Ivy mahupun penyakitnya buat masa ini. Yang penting adalah gadis di sebelahnya itu.

"Fareiz. Why you always like this." Fiona mengeluh perlahan. Wajah fareiz di tatap. Memang dia sudah faham sangat dengan perangai Fareiz yang tidak suka bercakap tentang masalahnya. Semuanya nak tanggung sendiri.

"Like what? Like your nightmare?" sengih Fareiz sengaja mahu menyakat Fiona yang masih memikirkan mengenai dirinya.

"Err. Nightmare? You stil remember that? Oh shift. Malunya..."

"Of couse I ingat. Haha..."

"Oh bad. Fareiz please don't remember that. Itu mimpi paling ngeri bagi i," rengek Fiona seraya menekup muka menahan malu. Tak kering gusi bila Fiona teringat kembali tentang mimpi yang penah di ceritakan pada bekas tunangnya itu suatu ketika dulu.

"Fi...I'm totally a man. Perfect man with perfect stuffs. Tak ada apa yang kurang dan tak ada yang lebih."

"Fareiz!" Fiona menepuk kuat peha Fareiz. Mukanya makin memerah menahan malu dan serta merta mimpi ngeri tu terbayang balik di mindanya. Mimpi mengenai dia dan Farish yang baru mendirikan rumah tangga dan bersiap sedia untuk melalui malam pertama. Namun dalam mimpi tu Fiona di kejutkan dengan fizikal Fareiz yang mempunyai kedua dua alat kelamin perempuan dan lelaki.

"Haha. Terbayang balik ke?" usik Fareiz sambil memandang sekilas pada Fiona.

"Err. Tak nak cakap lagi. Malu ar."

"Haha. Okay fine. So let focus to our real mission okay?" Fareiz tersengih. Lega hatinya apabila berjaya mengalihkan perhatian Fiona dari terus berfikir tentang kesihatannya.

"Okay!"

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now