IVY melangkah masuk ke dalam Syarikat MK Holding, sebuah syarikat yang berjaya, dikenali ramai dan juga Syarikat kekasih hatinya. Sejurus dia melangkah masuk, Pandangannya terus dipusing 180 darjah, mencari kelibat seseorang. Setiap inci ruang legar syarikat itu di perhatikan, Ivy mengeluh perlahan. Sepatutnya waktu ini adalah waktu makan tengah hari. Semua pekerja pasti akan melalui ruang ini untuk keluar dari banggunan terbabit. Namun kelibat orang yang dicarinya, masih lagi tidak kelihatan.
Ivy memandang sekilas pada jam ditangan. Dia ada lebih kurang dua jam sahaja lagi sebelum kuliah petang.
"Ya Allah...Fareiz mana you ni..." Ivy menyandarkan tubuhnya di dinding. Sudah hampir sebulan dia tidak berjumpa dengan kekasih hatinya itu. Malah, segala panggilan dan mesejnya tidak dijawab. Sungguh hanya Allah sahajalah yang tahu betapa dia memendam semua rasa rindunya itu di dalam hati. Tipulah kalau dia tidak sedih. Bermacam-macam anasir buruk yang terbayang di mindanya. Pernah juga dia fikir bahawa Fareiz sudah bosan dengannya, dan apa yang paling ditakutinya ialah Fareiz akan melepaskannya kerana Haiqal. Namun segala kemungkinan itu di buang jauh. Dia pasti Fareiz takkan buat begitu. Ivy cuba bertahan dan selama itu juga sudah berapa kali dia menangis. Sungguh dia tidak mengerti mengapa lelaki itu seperti menggelakkan diri darinya.
'Apa salah I? Apa yang I dah buat sehingga you menghilang macam ni?' bisik Ivy sendiri. Airmatanya di kawal. Dia tak mahu menangis.
"Selamat tengah hari, Tengku Fareiz."
Ivy pantas mengangkat muka tatkala mendengar ucapan itu. Lantas dia menoleh ke arah datangnya suara tersebut dan betul tekaannya.
'Fareiz!' Lantas tanpa membuang masa, Ivy terus mengatur langkah pantas ke arah lelaki yang dirinduinya itu.
"Fareiz." Ivy menyentuh lembut bahu lelaki yang membelakanginya itu.
Serentak itu Fareiz berpaling. Dia terkejut dengan kehadiran Ivy. Wajah gadis kesayangannya di renung sayu disebalik shades gelap yang dipakai. Dia terlalu rindukan Ivy namun riak wajahnya kembali dikawal tenang, seperti tiada terkesan dengan kehadiran gadis itu.
"Sayang..." Baru sahaja Ivy ingin membuka mulut, Fareiz terus melangkah pergi meninggalkannya. Langsung tidak berpusing mahupun menoleh ke arah Ivy yang sudah terpingga pingga.Ivy tersentak. Dia menoleh ke belakang, memandang kelibat Fareiz yang semakin menjauh. Tubir mata Ivy mula berair.
'Fareiz...' rintih Ivy di dalam hati. Tika ini segalanya menjadi kosong dan seperti terhenti. Langkah di gagahi meski hatinya hancur.
"Kenapa..."
ANDA SEDANG MEMBACA
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...
