Bab 33 ~ Coach Rahmad

977 38 2
                                    

"SIR are you okey?" Tegur seorang lelaki pertengahan umur apabila melihat sesusuk tubuh yang sedang berpaut kuat di tepi tangga berhampiran lobi utama.

"Yeah yeah. I'm okay" ujar Fareiz lemah. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah lelaki yang sedang menepuk bahunya.

"Coach?" Soal Fareiz spontan. Di hadapan Fareiz kini berdiri seorang yang pernah menjadi orang penting dalam hidupnya suatu ketika dahulu.

"Fareiz! What a small world," lirih Coach Rahmad lalu segera memeluk bekas anak didiknya itu. Sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu.

"Nice to see you again Coach."

"Hei. Kenapa panas sangat badan kau ni?" Decit coach Rahmad dengan nada tinggi. Muka Fareiz direnungnya tajam. Sungguh dia terkejut dengan suhu badan lelaki itu saat tubuh lelaki itu dipeluknya.

"Demam sikit coach," bohong Fareiz. Bibirnya mengukirkan senyuman.

"Kau datang dengan siapa ni? And nak kemana dengan keadaan kau macam ni?"

"Ada urusan perniagaan sikit Coach. Tadi saya datang dengan assistance saya. Tapi dia dah naik flight Ke Malaysia sebab ada emergency," jawab Fareiz lagi. Suaranya sedikit bergetar. Fareiz menyapu peluh yang menitis di dahi dan sedaya upaya menahan rasa sakit yang semakin menyeksakan. Tubuhnya kelihatan menggigil.

"Kau sakit ni. Mari aku hantar kau ke hospital," arah Coach Rahmad. Dia segera memimpin Fareiz walaupun dihalang lelaki itu.

"Tak apa Coach, saya okay."

"Kau ni jangan degil sangat. Dah sakit buat cara sakit," marah Couch Rahmad lagi seraya melangkah ke parking kereta. Sampai di kereta, tubuh Faeiz disandarkan ke tempat duduk penumpang lalu segera meninggal kawasan lapangan terbang itu.

"Kau tahan sikit. Kita pergi klinik kat depan ni," ujar couch Rahmad. Dia resah melihat Fareiz yang semakin merintih lemah.

"Arghh! Coach tolong hantar saya ke Queensland hospital, Doktor Ahmad," pinta Fareiz sebelum pandangannya semakin kelam.

'Queensland. Doktor Ahmad,' gumam Couch Rahmad lalu pedal minyak ditekan kuat. Dia perlu segera sampai ke hospital itu. Fareiz yang sudah tidak sedarkan diri di pandang sekilas.

'What it's going on Fareiz?'

**********************

"Doktor, bagaimana dengan keadaan Fareiz?" Coach Rahmad segera mendapatkan Doktor Ahmad yang baru keluar dari bilik kecemasan.

"Encik yang hantar Tengku Fareiz tadi kan?"

"Yeah, saya doktor. Saya bekas jurulatihnya."

"Oh I see. Keadaan Tengku Fareiz dah stabil cuma dia sangat lemah ketika ini. Sebentar nanti kami akan pindahkan dia ke wad. Dan awak boleh menemaninya."

"Kenapa dengan Fareiz doktor? Dia Sakit apa? Ada masalah lagi dengan buah pinggang atau kaki dia ke doktor?" Bertubi-tubi pertanyaan di lemparkan lelaki pertengahan usia itu. Sungguh dia risaukan keadaan Fareiz.

"No...he okay. Maybe tired and gastric," jawab Doktor Ahmad. Perasaan serba salah melanda fikiran Doktor Ahmad. Dia sepatutnya memberitahu kebenaran agar ada seseorang bisa menjaga Fareiz ketika ini. Namun disebabkan amanah yang telah diberikan untuk merahsiakan penyakit pesakitnya itu. Dia terpaksa memilih untuk berdiam diri.

"Cuma, tolong nasihatkan Tengku Fareiz untuk lebihkan rehat dan tidak terlalu stress," ujar Doktor Ahmad lagi sebelum meminta diri untuk pergi ke biliknya.

"Okay...I will..." balas Coach Rahmad. Kelibat doktor Ahmad di pandang sekilas kemudian mengalihkan pandangannya ke wad kecemasan itu. Tubuh disandarkan ke dinding. Denyutan jantung yang sedari tadi berdegup kencang kembali teratur. Dia lega mendengar penjelasan dari Doktor Ahmad. Hembusan nafas dan tubuh Fareiz yang sangat lemah semasa membawa lelaki itu ke hospital benar benar membuatkan Coach Rahmad bimbang.

"Dari dulu sampai la sekarang. Kenapa la kau tak pernah reti nak berehat..."

**********

"Feel better now?" soal coach Rahman. Dia segera membantu Fareiz untuk bersandar dibirai katil. Sudah sehari suntuk anak muda itu tidak sedarkan diri.

"Yeah..."

"Nak air?"

"No...not now. Nanti saya ambil sendiri. By the way, thanks couch," lirih Fareiz. Dia sangat terhutang budi pada lelaki itu. Jika tiada lelaki itu, entah apa yang akan jadi padanya ketika ini.

"It's okay Fareiz," balas Couch Rahman. Wajah Fareiz di pandangan. Tiba-tiba perasaan sedih menyelubungi dirinya. Melihat anak didik yang tidak lagi mampu meneruskan impian membuatkan hatinya sakit. Jika dulu kemalangan tu tak menimpa, pasti anak didiknya itu sudah menjadi seorang olahraga yang terkenal. Namun semuanya sudah tertulis. "Kau nampak makin kurus Fareiz."

"Mana ada coach. Sama sahaja. Coach je yang nampak semakin berisi."

"Heh. How your life? Lama juga kita tak jumpa. Dekat 3 tahun kan?"

"Yeah, almost 3 years. Life macam biasa Coach. Uruskan syarikat keluarga, masyuarat sana sini," ujar Fareiz lalu mengukirkan senyuman menampakkan baris giginya yang putih dan teratur itu

"Saya pernah pergi cari Coach di lapangan, tapi mereka kata Coach dah berhijrah ke kanada?"

"Ah ah. Beberapa bulan lepas kau exciden, aku terpaksa pergi ke Kanada sebab ibu aku sakit. Aku terpaksa menjaganya di sana dan aku pergi pun tergesa-gesa sampai tak sempat nak tinggalkan contact number. Ini pun aku baru seminggu aku sampai ke Singapore, ada sedikit urusan. Esok pagi aku akan pulang ke Kanada semula," terang Couch Rahmad panjang lebar.

"Ah. Macam tu. So Coach still jadi jurulatih di sana?"

"Yes, but just ajar pelajar sekolah je lah, tak tertanding aku nak jadi jurulatih untuk ahli sukan di sana. Semuanya hebat-hebat."

"Hihi, merendah diri pula Coach ni. Coach pun apa kurangnya kan." lirih Fariez lagi.

Coach Rahmad hanya tersenyum mendengar usikkan dari Fareiz. Matanya kekal merenung muka Fareiz yang kelihatan pucat dan lemah.

"Fareiz."

"Yeah Coach?"

"Kau janganlah terlalu kuat sangat kerja. Cuba banyakkan berehat. Jaga kesihatan diri kau tu. Kau masih muda, panjang lagi perjalanan hidup kau." Nasihat Couch Rahmad bersungguh-sungguh.

Fareiz hanya tersenyum tanpa membalas nasihat lelaki di hadapannya itu. Hatinya terasa pedih.

'Perjalanan hidup saya dah tak lama Coach, masa yang ada ni, saya perlu guna sebaiknya,' bisik Fareiz di dalam hati. Ayat yang tak mampu dia nak luahkan pada sesiapa pun.

"Kau dengar tak aku cakap ni? Banyakkan rehat. Faham?"

"Hi...baik Coach. Saya akan lebihkan rehat. Coach jangan risau, saya okay. Totally okay..."

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now