Bab 35 ~ Wad VVIP.

1.1K 42 2
                                    

"OI hang nak pi mana pulak tu? Kejap lagi kita semua kena kumpul kat surgery room kan?" soal Daim, salah seorang pelajar pengurusan yang turut mempunyai projek amali di hospital swasta itu bersama Farhan.

"Aku nak pergi toilet kejap, bosan tunggu lama sangat."

"Nak pergi tandas, pergi tandas je. Jangan hang merayau ke tempat lain pula," sempat lagi Daim mengingatkan Farhan. Dia memang kenal dengan sikap Farhan yang kaki merayau itu. Jenis tak boleh duduk diam.

Farhan ketawa kecil. "In shaa Allah," ucap Farhan selamba lalu melangkah meninggalkan ruang menunggu itu.

Daim hanya menggeleng. Langkah Farhan di pandang. Dia tahu Farhan memang sudah pasang niat untuk 'menjelajah' hospital yang besar ini.

"Tak pernah berubah..." gumam Daim lalu berpaling semula ke arah rakan yang lain.

"Pergi ke mana je Han tu?"

"Biasa la Si Tengku seorang tu. Kau bukan tak tau, mana dia reti duduk diam, ada bisul kat punggung," balas Daim lalu tertawa kecik. Dia memang suka membahan rakan sekuliahnya itu. Walaupun Farhan orang berada namun sikap lelaki itu yang low profile dan bersahaja membuatkan mereka senang bergaul dengannya.

Farhan melangkah tanpa arah tujuan. Memang dia tiada niat langsung pun untuk ke tandas. Saja dia ingin meninjau-ninjau di hospital yang besar dan mewah ini. Lagipun, bukan selalu dia dapat melihat hospital negara lain. Sedang Farhan melalui kawasan wad, matanya tertancap pada nama yang tertera kemas di pintu bilik pesakit untuk golongan VVIP.

"Tengku Emmir Fareiz." Farhan tersentak.

"Abang?" Farhan menggeleng kerana tidak percaya dengan nama yang dibacanya itu. Lantas sekali lagi nama itu ditelek.

'Betul. Memang nama abang!' kata Farhan di dalam hati. Jantungnya sudah mula berdebar.

'Ya Allah, betul ke apa yang aku baca ni? Kenapa nama abang boleh ada kat sini?' soal hatinya risau.

Lantas tanpa menunggu lama, pintu bilik itu dikuak. Sempat juga dia membaca Bismillah, cuba untuk mencari sedikit kekuatan. Langkah di atur dengan perlahan memasuki bilik tersebut. Kepala yang sedari tadi menunduk di dongakkan. Terkaku terus Farhan saat melihat sekujur tubuh yang terbaring lena di atas katil itu. Jantungnya terasa terhenti buat sesaat. Lemah langkah Farhan saat merapati katil abangnya itu. Dia memandang Fareiz lama. Abang nya itu kelihatan lemah dan pucat.

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now