Bab 47 ~ Burden?

993 34 0
                                    

"AGAIN and again!" jerit Fareiz kuat, tangannya menolak kasar file file yang terletak di meja. Matanya memandang phone yang sedang di gengam. Hatinya begitu kesal dengan apa yang telah diucapkan kepada gadis.

"You're useless Fareiz! You try to not hurt her but you do it again. Arghh!" jerit Fareiz lagi seraya tangannya membaling handphone yang dipegang.

Syasya yang terkejut mendengar jeritan Fareiz itu segera menerpa masuk. Syasya terkejut memandang phone dan file yang berselerakkan di lantai.

"Bos. Are you okay?" soal Syasya risau. Dia melangkah mendekati Fareiz yang masih berdiri di tepi meja. Wajah Fareiz di pandang dengan seribu pertanyaan. Tak pernah lagi dia melihat lelaki itu bersikap sedemikian.

"I'm okay Syasya. Just ada masalah sikit," lirih Fareiz perlahan. Dia kesal kerana tak dapat mengawal perasaan.

"Sabar ya bos. I tahu bos boleh selesaikan tak kira apa juaga masalah," ujar Syasya lagi sambil tangannya mengutip file-file yang berselerakkan di lantai.

"Sorry Syasya, terpaksa susahkan you." Fareiz memerhatikan setiausahanya, tak pasal-pasal gadis itu terpaksa bersusah payah mengemas.

"It's okay bos. You rehat, tenangkan fikiran you. Sekejap lagi I buatkan minuman ya."

"Thanks Syasya," lirih Fareiz lalu melabuhkan punggung ke kerusi. Mukanya di raup-raup dan perlahan tubuh di sandarkan. Entah mengapa kebelakangan ini fikirannya semakin serabut.

'Ya Allah. Apa yang sedang berlaku pada diriku ini. Satu persatu insan yang aku sayang, aku lukakan hati mereka.'

Sekali lagi Fareiz meraup mukanya. Syasya yang masih ralit mengemas file di renungnya.

"Syasya. If you sick and only have a few month to live. What you want to do?"

"Ha?" Terkejut setiausahanya itu mendengar pertanyaan yang diberi.

"Apa yang ha? Saya tanya you kan." Wajah Syasya di pandang serious.

"Erm. Kalau I lah, i akan spend masa yang i ada dengan family dan orang yang i sayang. I akan abadikan semua kenangan manis dengan mereka."

"Really? Then how about your sick? You tak rasa you membebankan mereka?" soal Fareiz lagi.

"Ar..." Syasya mengaru-garukan dahinya. Serba salah dia nak menjawab soalan yang di berikan.

"I pun tak tau nak cakap apa. Burden? I really hope saya tak kan membebankan sesiapa." Syasya mengeluh perlahan sebelum kembali menyambung kata katanya.

"Tapi saya pasti kalau saya diamkan mengenai penyakit saya. Pasti keluarga saya kesal dengan tindakan saya tu dan itu akan lebih melukakan."

"Erm..."

"Why bos tanya soalan pelik ni? Bos sakit?"

"No lah, just asking." Senyum Fareiz cuba mengawal rasa sedih yang membelanggu.

"Betul ni?" Syasya memandang bosnya.

"Yes. I'm okay Syasya..."

"Erm. Okay. I buatkan bos air dulu ya," pinta Syasya. Tangannya meletakkan file dan telephone ke atas meja. Wajah Fareiz yang mengukirkan senyuman tawar di pandangnya.

"Yeah. Thanks," balas Fareiz. Dia memerhatikan langkah Tasya sehinggalah setiausahanya itu keluar dari bilik pejabat.

"Kesal? Patut ke aku berterus terang? Tapi..."

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now