Bab 38 ~ Cinta lama

1K 41 0
                                    

SEMINGGU KEMUDIAN

"WOW! It's so miracles," lirih Haiqal teruja. Senyuman jelas kelihatan dibibirnya saat melihat pasangan yang sedang berbual mesra di kawasan lobi utama Syarikat MK Holding itu.

'Nampaknya cinta lama sudah berputik semula. So betul lah apa yang aku fikir sebelum ni. Abang memang masih sayangkan perempuan jalang tu.' Haiqal tersenyum sinis. Ternyata firasatnya sebelum ini mengenai perhubungan Fareiz dan Ivy betul. Abangnya itu bukan benar-benar ikhlas menyintai Ivy.

"Haish...Fiona...Fiona." Wajah gadis yang sedang duduk berdepan dengan abangnya dipandang tajam. Ada rasa benci yang masih beraja dihatinya. Gadis itu merupakan orang yang bertanggungjawab ke atas penderitaan abang sulungnya suatu ketika dulu.

'Tak sangka berani kau muncul balik ya setelah apa yang dah berlaku. But it's okay. Aku tak kan larang kau kali ini, but kalau kau berani sakitkan hati dia kali ni. Aku tak akan teragak-agak untuk hancurkan hidup kau sekali lagi," gumam Haiqal, tangannya digenggam kuat. Wajah Fareiz di perhatikan. Dia senang melihat abangnya tersenyum begitu. Sama seperti sebelum kemalangan terjadi. Fiona lah satu-satunya gadis yang mampu membuatkan hidup abang gembira dan tersenyum bahagia.

'She's your true love right?'

Fikir Haiqal sendiri tanpa mengetahui hakikat yang sebenar. Tangannya pantas mencapai phone di kocek seluar dan mencari number gadis kesayangan. 'My lovely junior.' Nama yang terkandung di senarai rakan kenalan itu di pandangnya penuh senyuman sebelum menekan button call.

"Hai sweetie..."

"Assalamualaikum," balas Ivy di hujung talian.

Haiqal menepuk dahinya. "Adeh...waalaikumsalam. Sorry, i lupa bagi salam."

"It's okay. Erm, kenapa Carl call?"

"Ivy ada mana ya?"

"Ada kat kedai buku. Kenapa?"

"Dekat tak dengan Opis abang?" soal Haiqal. Dadanya terasa berdebar debar.

"Boleh la..."

"Ah. I think, you kena datang sini. Dekat lobi. Abang...i mean your beloved boyfriend is here." Sinis kata kata yang di tuturkan sambil bibirnya mengukirkan senyuman.

"Betul ke Carl?"

"Yeah. Datang la cepat sebelum dia hilang lagi."

"Okay. Thanks...thanks a lot Carl..."

"My pleasure sweetie," balas Haiqal meskipun talian terlebih dahulu telah di tamatkan. Pasangan yang masih ralit berbual di pandang bersama senyuman.

"Okay. So let we see what happen next..."

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now