Kelam malam sepi melamar kerinduan
Tak terpadam ingatanku terhadapmu
Dan pada siapa harus ku adukan
Resah ini kian menghimpit perasaan
Dan seandainya kasihmu mekar bagai dulu
Pasti tidak aku terbelenggu begini
Bukan salah aku retak semua ini
Berpunca darimu bertikam lidah lalu punah
Tak dapat ku bayangkan tuturmu bagai sembilu
Mencakar hati ini tanpa simpati di hati
Ingin rasanya ku laungkan rasa kecewa
Kekasih lupakan sejarah cinta kita baja dulu
Di manakah kau campakkan
Cintaku yang pernah kau sanjungi
Oh mengapa semua ini berlaku
Sedangkan aku sedikit pun tak pernah curang terhadapmuPANGGILAN yang diterima dari haiqal membuatkan Ivy tergesa-gesa meninggalkan dewan kuliah. Dia tidak sabar mahu bertemu dengan lelaki yang sangat dirinduinya. Malah dia harus segera menemui Fareiz bagi mengakhiri segala masalah diantara mereka. Sebuah teksi yang kebetulan lalu dihadapan kolej ditahan dan Ivy mengarahkan pemandu tersebut untuk segera membawanya ke syarikat MK Holding milik keluarga kekasihnya itu.
Sesampai Ivy di pekarangan lobi utama banggunan terbabit, langkah Ivy terhenti serta merta. Ivy terpaku dan hancur luluh hatinya apabila melihat Fareiz sedang duduk dan berbual mesra dengan seorang gadis cantik di ruang istirehat. Dan yang amat menyakitkan hati adalah kerana gadis itu memegang erat tangan kekasihnya itu dan seperti mereka sangat rapat.
'Apa maksud semua ini?' Hati Ivy terasa amat sakit. Dia benar-benar marah dan kecewa, tanpa sedar kaki di gerakkan dan menghampiri pasangan kekasih yang sedang berbual mesra itu.
Pang! Laju tangan Ivy menampar pipi gadis yang sedang memaut tangan kekasihnya. Rasa cemburu yang beraja membuatkan Ivy tak mampu nak mengawal perasaan mahupun bersikap rasional.
Fareiz yang terkejut dengan apa yang berlaku dengan pantas bangun dan memegang gadis malang itu. "Ivy what are doing?" marah Fareiz. Tangannya mengusap lembut pipi Fiona yang sudah berbekas.
"You yang kenapa macam ni!" marah Ivy dalam sendu. Matanya tajam memandang ke arah pasangan di hadapanya itu.
"Tak ada yang I perlu jelaskan pada you lagi," lirih Fareiz seraya tangannya menarik tangan Fiona dan melangkah pergi meninggalkan Ivy di situ
"Stop Fareiz," jerit Ivy serentak itu tangan Fareiz di tarik kuat. Dia tak peduli akan pandangan orang lain ketika ini, hatinya sakit sangat. Dia perlukan penjelasan dari lelaki itu. Fareiz akur dan mengikuti langkah Ivy ke sudut banggunan.
"Apa maksud semua ini Fareiz? Kenapa buat Ivy macam ni?" Soal Ivy dalam kepayahan.
"Sorry, tak ada apa-apa lagi untuk di bicarakan, semuanya sudah terang bukan?" jawab Fareiz dengan tenang tanpa memandang gadis di hadapannya itu. Shades yang di pakai dibetulkan.
"Apa Fareiz cakap ni?"
"Ivy. I tak mahu terus menipu. Maafkan I, I masih sayangkan bekas tunang i. Tolong faham, I really love her. Lagipun i tak mahu berebut dengan adik I sendiri lagi-lagi barang yang i tak ingini."
"So sekarang Ivy ni baranglah bagi you Fareiz?"
Fareiz tidak menjawap soalan Ivy malah sedikit pun wajah gadis itu tidak dipandang. Matanya dilirikkan ke arah Fiona yang sedang berdiri menanti.
"Look at me Fareiz and answer!" Jerkah Ivy. Sakit hatinya apabila Fareiz tidak langsung mengendahkannya.
"Ivy. Listen. We are over. Over! Tengking Fareiz. Bahu Ivy digoncangnya kuat.
"Know your limits! I'm done here! Kasar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki yang sentiasa mengukirkan senyuman itu.
Fareiz melangkah meninggal Ivy yang sudah terjelupuk di lantai. Langsung dia tidak menoleh ke belakang. Kelibat Haiqal yang berlari ke arah Ivy dipandang sekilas.
'It's okey Fareiz, she's fine,' bisik hati Fareiz lalu mengukirkan senyuman pada fiona yang kelihatan terpingga pingga.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomansaIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...