bab 57 ~ stop lying

993 39 0
                                        


"Fareiz ada masalah ke sayang?" Sapaan dari Tengku Zubaidah memberhentikan Fareiz dari mencuci pinggan di sinki. Pantas dia berpaling dan menghadap mamanya itu.

"Eh mama. Tak ada apa ma, Fareiz okay je."

"Fareiz, jangan bohong mama. Mama tahu Fareiz ada sembunyi sesuatu dari mama." Tengku Zubaidah mendekati Fareiz lalu lengan anaknya di pegang.

"Betul mama. Tak ada sebab Fareiz nak bohong mama. Fareiz cuma letih sangat. Banyak kerja nak kena settle."

"Kalau letih bawak la berehat. Kerja tu semua banyak lagi masa boleh buat. Kenapa nak rushing sangat?"

"Bukan apa ma, Fareiz takut tak sempat nak siapkan semua nanti."

"Kenapa pula tak sempat?" soal Tengku Zubaidah pelik dengan penjelasan anaknya itu.

'Allah. Tersalah cakap," lirih Fareiz di dalam hati.'

"Ah. Tak mama. Fariez ingat nanti akhir tahun Fareiz nak rehat panjang. So tu yang rushing siapkan semua benda," jawab Fareiz perlahan. Dia serba salah kerana tidak jujur. Air muka cuba dikawal supaya tidak menimbulkan syak wassangka mamanya itu.

"Mama tak faham lah. Kenapa kena akhir tahun nak rehat. Sekarang pun boleh kan? Ni mama tengok Fareiz dah susut sangat"

"Aa ma...tapi..."

"Mama oh ma...mama cakap apa je dengan abang? Han dengan Carl dah lama tunggu ni. Cepat la. Han dah ngantuk." Farhan yang sedari tadi mencuri dengar perbualan Fareiz dan Tengku Zubaidah itu terus menyampuk. Dia tak mahu abangnya terus menipu.

"Ah ya lah. Mama terlupa," decit Tengku Zubaidah. Dahinya di tepuk perlahan lalu melangkah ke ruang tamu meninggalkan Farhan dan Fareiz yang masih termanggu di dapur.

"Thanks again Han," ujar Fareiz sewaktu melepasi Farhan. Senyuman di hulurkan lalu bahu adiknya itu di tepuk.

"Stop lying bro...," balas Farhan perlahan namun sempat di dengari Fareiz.

Izinkan Aku BernafasCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang