"Hi Kak Fiona," sapa Haiqal kepada gadis yang sedang berborak mesra dengan abangnya di hadapan banggunan pejabat.
Fiona mengetap bibir sebelum membalas sapaan lelaki yang sudah tersenyum sinis. Wajah Fareiz di kerling sekilas.
"Hi Haiqal," jawab Fiona takut-takut. Langsung dia tidak berani untuk memandang lelaki di hadapannya itu.
Fareiz yang bersandar di tepi kereta tersentak dengan kehadiran Haiqal dan Ivy. Matanya melirih pada tangan Ivy yang sedang berpaut pada lengan adiknya itu. Fariez hanya tersenyum tawar kemudian kembali memandang ke arah Haiqal.
"Carl. We need to talk," pinta Fareiz kepada adiknya itu.
"Fiona you balik dulu. Nanti Fariez call you ya." Pintu kereta di tutup lalu senyuman dihulurkan.
Fiona membalas senyuman Fareiz lantas memulakan pemanduan tanpa menoleh pada Haiqal mahupun Ivy.
"Alah Carl nak cepat ni. Nak hantar Ivy balik rumah," jawab Haiqal.
"Haiqal. Please," pinta Fareiz lagi seraya kakinya melangkah ke sudut banggunan.
Malas- malas Haiqal membuntoti langkah abangnya.
"Carl, apa yang dah Carl buat kat Fiona?" Wajah Haiqal dipandangnya tajam.
"Buat apa?" jawab Haiqal acuh tak acuh.
"Carl. I already hear everything. Kenapa Carl sanggup buat macam tu pada Fiona?"
"Heh. So perempuan tu dah cerita semua pada kau lah." Sengih Haiqal. Tangannya di silangkan ke dada.
"Kenapa Carl buat macam tu?"
"Kenapa? Aku just buat apa yang patut aku buat. She deserved!"
"Carl."
"Abang. Kau jangan risau. Tak ada apa jadi antara dia dengan budak-budak tu. Tak luak apa pun. Aku just takutkan dia je. Biar dia sedar diri sikit."
Fareiz mengeleng-gelengkan kepalanya mendengar kata kata yang di ucap Haiqal.
"But why Carl sanggup buat macam tu? Carl dah hancur hidup dia tahu tak? How pity her."
"Then. Apa dia buat kat kau tu patut? Dia malukan keluarga kita. Hancurkan hati kau. Tu tak apa?" Kasar suara Haiqal kedengaran. Riak wajahnya juga sudah memerah menahan amarah.
"Tapi Carl..."
"Dah! Aku tak nak cakap lagi. Aku tak bunuh dia dah cukup bagus."
Haiqal menggenggam erat jari jemarinya. Cuba menahan marah. Ternyata dia belum dapat memaafkan Fiona. Masih jelas terbayang wajah Fareiz meronta seperti orang hilang akal semasa gadis itu meninggalkan abangnya itu suatu ketika dahulu.
"Haiqal..." Fareiz memicit dahinya. Memang adiknya itu terkenal dengan sifat baran.
"But abang. Kalau kau dah berbaik dengan dia semula. Aku terima. Aku boleh maafkan dia. Cuma, make sure dia tak ulang balik apa yang dia buat kat kau dulu. Kalau tak, aku tak berani janji apa aku akan buat lepas ni," ujar Haiqal sebelum melangkah meninggalkan abangnya. Tangan Ivy di tarik meninggalkan perkarangan banggunan.
Fareiz hanya mampu memandang lemah. Matanya sayu melihat Ivy mengengam erat tangan Haiqal. Terlalu terseksa baginya untuk melihat gadis yang amat di sayangi menjadi milik orang lain terutama adik kandungnya sendiri.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomansaIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...