Fareiz perlahan-lahan mengerakkan tubuhnya yang terasa lemah. Cahaya lampu yang menerangi membuatkan matanya terasa pedih dan sukar untuk membuka mata. Sekuat tenaga Fareiz cuba untuk bangkit dan bersandar di birai katil.
"Terima kasih Ya Allah memberi aku sekali lagi peluang untuk bernafas di bumiMu ini," lirih Fareiz lalu dengan perlahan turun dari katil dan melangkah ke jendela. Tangannya membuka selak cermin sliding lalu ditariknya ke kiri, serta merta wajahnya di dipuput bayu lembut. Fareiz menutup mata, nafasnya di tarik perlahan-lahan kemudian di hembusnya lembut. Fareiz bersyukur, Allah sekali lagi mengabulkan doanya untuk bangkit dan meneruskan lagi kehidupannya meskipun dia tidak pasti sampai bila kesempatan itu bisa di perolehi.
"Ya Allah, hanya padaMu aku berpaut lagi berserah. Sesungguhnya aku tidak mampu lagi untuk melawan rasa sakit yang telah Engkau ciptakan." Fareiz memandang langit yang luas terbentang. Hatinya terasa sayu. Kesan rawatan yang semakin tidak memberikan sebarang perkembangan positive membuatkan Fareiz seperti berputus asa untuk terus menjalankan rawatan. Malah sudah hampir 2 bulan dia langsung tidak menjalani rawatannya itu. Panggilan dari Doktor Ahmad mahupun pihak hospital langsung tidak di endahkannya. Fareiz pasrah dengan takdir yang telah tertulis untuknya. Kerana dia sedar kematiannya semakin menghampiri dan dia tidak mampu untuk menghindari lagi.
"Mama..." bisik Fareiz sendiri. Hatinya tiba-tiba rasa rindu untuk bertemu wanita itu serta merta wajah Tengku Zubaidah terbayang di fikirannya. Wanita yang melahirkan dan membesarkan nya dengan penuh kasih sayang.
"Kan bagus kalau Fareiz dapat baring di peha Mama dan melepaskan segala lelah ni." Fareiz melirih pada phone yang terletak di atas drower lantas kakinya melangkah ke arah katil dan mencapai telephone yang dimati itu lalu button on di tekan. Banyak notification tertera di screen telephone nya. Fareiz membuka satu persatu pesanan yang di terima dan matanya tertancap pada beberapa panggilan yang tidak di jawab.
"10 miss call dari mama, 30 miss call dari Haiqal. Dan beberapa miss call dari number pejabat. Em, kenapa Qarl call banyak kali?" gumam Fareiz lalu tangannya segera mendail number Haiqal.
"Assalamualaikum Qarl?" ucap Fareiz sebaik sahaja panggilannya berjaya disambungkan.
"Helo," balas seorang lelaki dari hujung talian.
"Siapa ni?" soal Fareiz bila menyedari suara itu bukanlah suara adiknya.
"Saya Tony."
"Macam mana phone adik saya ada pada you?"
"You punya brother mabuk teruk, now dia ada dekat club I." Terang lelaki yang bernama Tony itu lagi.
"What!" Fareiz terjerit lalu mengerut dahi. Sungguh dia terkejut mendengar apa yang di perkatakan lelaki di hujung talian itu.
"Sir, thanks for info. By the way tolong share location you dan tengokkan dia sebentar. I akan datang segera," ucap Fareiz lalu mematikan talian setelah mendengar balasan dari lelaki terbabit.
"Ya Allah. Qarl...kau dah kenapa dik." Fareiz menghela nafas berat. Jarum yang masih melekat di tangannya di cabut lantas kakinya melangkah keluar dari wad dan menghala ke bilik Doktor Zaaba. Fareiz bimbangkan keadaan adiknya itu. Mesti tubuhnya kini terasa lemah namun dia tetap menguatkan dirinya. Keadaan Haiqal adalah lebih penting dari kondisi dirinya.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...