"Man. You tolong saya handle masyuarat ni. Saya rasa tak sedap badan pula," lirih Fareiz seraya tangannya menyapu peluh yang menitik di dahi.
"Baik Tengku, small metter. By the way Tengku okay tak ni? Macam tak sihat saya tengok?"
"Saya okey cuma saya rasa penat sangat," ujar Fareiz seraya perlahan lahan bangkit dari sofa dengan tubuh yang sedikit menggigil. Badannya terasa amat sakit sehingga dia rasa tak mampu untuk tumpukan perhatian pada masyuarat yang akan di jalankan sekejap lagi.
"Tengku, you sure you okay ni? Saya hantar Tengku ke hospital?"
"It's okay. Tak perlu. Cuma you tolong wakilkan saya. Butiran semua ada dalam file ni. Saya dah complete kan."
"Tak ada hal Tengku. Saya pun dah study serba sikit apa yang nak di bincangkan. Tengku tak perlu risau."
"Good, I depend on you. And one thing, saya guna kereta you ya?"
"Sure can," ujar Arman seraya menyerahkan kunci kereta.
"Thanks..."
Arman hanya mengangguk tanpa membalas ucapan Fareiz. Matanya tajam memerhatikan langkah majikannya itu. Nampak lemah dan tidak bermaya. Arman mengelengkan kepala melihat situasi majikannya itu. Sejak akhir-akhir ini makin kerap lelaki itu tidak sihat. Namun tidak pernah langsung majikannya itu mahu berehat kecuali jika mereka ke Singapore.
"Harap semuanya baik-baik saja." Gumam Arman. Dia senang berkerja dengan Tengku Fareiz. Layanan dan cara kerja Tengku Fareiz sangat baik. Sungguh dia bersyukur mendapat majikan seperti lelaki itu.
"Okay Arman, let fokus. Jangan hampakan amanah yang telah diberikan Tengku Fareiz!" Arman segera berpaling dan melangkahkan kaki menuju ke bilik perbincangan di tingkat 2 banggunan terbabit setelah kelibat majikannya tidak lagi kelihatan.
********************
Fareiz memandu perlahan menyusuri jalan raya yang tidak terlalu sesak. Mungkin kerana telah habis waktu puncak oleh itu jumlah kenderaan yang melalui jalan tersebut tidak terlalu banyak. Signbord ke highway yang terletak teguh di tepi jalan di pandang. Hanya beberapa jam sahaja masa yang di perlukan untuk sampai ke rumah. Namun di sebabkan rasa sakit yang semakin menyeksakan. Kereta yang sedang di pandu terpaksa diberhentikan di simpang jalan. Fareiz pantas menunduk dan tangannya menekan kuat ulu hatinya yang terasa amat ngilu.
"Allah..." Fareiz merintih lemah menahan rasa sakit yang semakin menyeksakan.
Phone yang diletakkan di atas kerusi penumpang di capai dan nombor pembantunya di dail.
"Assalamualaikum. Arman."
"Waalaikumsalam, Yes Tengku?" Kedengaran suara Arman di talian sebaik salam di hulurkan.
"Tolong saya..."
"Kenapa Tengku?" Soal Arman dengan cemas apabila mendengar suara bosnya yang seperti merintih.
"Awak booking kan hotel terdekat untuk saya segera."
"Okay Tengku. You share location you."
"Done," lirih Fareiz perlahan selepas butang share di tekan.
"Okay Tengku. Saya check sekarang." Ujar Arman lagi seraya talian di putuskan.
Fariez mengenggam kuat phone yang di pegang sementara menunggu balasan dari pembantunya itu. Beberapa minit kemudian satu WhatsApp di terima.
99 hotel. Bilik 1-19 Order no 99758
Beep. Beep. Phone berbunyi menandakan terdapat panggilan masuk. Kelihatan nama Arman tertera di screen telephonenya.
"Ya," jawab Fareiz sejurus panggilan dari Arman di angkat.
"Bos, itu hotel paling dekat dengan you. Dalam 7minit. I dah send sekali location." Terang Arman di hujung talian.
"Okay. Thanks Man," balas Fareiz lagi lantas mematikan panggilan sebelum sempat pembantunya itu meneruskan percakapan.
"Ya Allah. Kau berikan lah kekuatan bagiku untuk bertahan." Fareiz membetulkan kedudukannya seraya kaki menekan pedal minyak menghala ke alamat yang di berikan Arman. Dengan tenaga yang masih bersisa, Fareiz gagahi diri untuk meneruskan pemanduan meski waktu ini seluruh tubuhnya tidak mampu untuk menahan rasa sakit yang semakin menyeksakan.
'Trust Him. Everything will be fine. Insyallah,' gumam Fareiz sendiri. Tika ini dia pasrah. Hanya Allah tempat dia bergantung harap.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomanceIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...