bab 70 - salah

915 33 1
                                    

"Minta maaf ya mama. Ada masalah sikit tadi, tu lewat sikit," pinta Fareiz sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Perasaan serba salah mula melanda dirinya. Wajah Tengku Zubaidah yang kelihatan mencuka di pandang sekilas sebelum dia menunduk. Fareiz pasti ibunya kesal dengan apa yang di lakukan.

"Fareiz ni mama tak tau nak cakap apa. Adik sendiri tunang pun masih sibuk dengan kerja. Penting sangat ke kerja tu berbanding keluarga sendiri? Tak kan bankrup lah company tu kalau Fareiz tak ada. Ramai lagi staff ada kan?" Keras kata kata yang di ucapkan Tengku Zubaidah.

"Maaf mama. Fareiz betwul-betul tak sengaja," mohon Fareiz lagi dengan tenang walaupun hatinya sudah tersentap dengan kata-kata yang di tuturkan Tengku Zubaidah meski Fareiz tahu ibunya itu tidak terniat untuk berkata demikian. Tengku Zubaidah hanya merenung wajah Fareiz dengan pandangan tajam.

"Ma..."

"Mama dah cakap ambil cuti. Susah sangat ke nak dengar nasihat mama sekarang ni?"

"Mama...Fareiz..."

"'Fareiz memang suka buat mama risau kan? Fareiz janji dengan mama, awal pagi dah sampi rumah tapi tengok sekarang ni. Senja baru nak muncul. Call pun langsung tak reti nak angkat," marah Tengku zubaidah lagi tanpa memberi peluang untuk Fareiz, anaknya itu membela diri.

"Mama. Abang bukan sengaja. Jangan la marah lagi. Kesian abang tu, dia penat ma," sampuk Farhan tidak sanggup lagi mendengar Tengku Zubaidah memarahi abangnya. Melihat wajah Fareiz yang kelihatan pucat membuatkan hati Farhan semakin sebak.

"Pergi naik tukar baju cepat. Ramai dah tetamu datang," ujar Tengku Zubaidah lantas meninggalkan kedua-dua anaknya itu.

Fareiz hanya memandang sayu langkah Tengku Zubaidah. Dia tahu mamanya itu marah kerana risau akan dirinya.

"Abang okay?" soal Farhan perihatin. Wajah muram abangnya di perhatikan. Ada kesedihan di wajah polos itu.

"I'm okay..."

"Abang jangan ambil hati dengan kata-kata mama tu. Dia cuma bimbangkan abang."

"Tak apa. Memang salah abang," ujar Fareiz lantas bergerak menuju ke biliknya tanpa memperdulikan Farhan yang masih ingin mengatakan sesuatu.

'Mama. Farhan maafkan abang sebab sentisa membuatkan korang susah hati,' gumam Fareiz perlahan. Airmata yang sudah bertakung di tubir matanya di tahan dari mengalir.

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now