Bab 8 ~ Kehidupan baru

1.9K 64 1
                                    

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

DUA TAHUN KEMUDIAN

Kini dua tahun sudah berlalu. Nama Fiona sudah pergi jauh dari hati lelaki bernama Emmir Fariez. Takdir Allah itu Maha Indah, begitu juga dengan janjiNya. Apa yang perlu kita sebagai umatnya perlu percaya, sinar bahagia pasti akan muncul selepas datangnya kesuraman derita. Langit memang tak selalu cerah. Namun pelangi pasti akan muncul selepas hujan. Begitu juga Fareiz, dia percaya, apa yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah untuk berjumpa dengan Si Gadis yang manis, bernama Ivy Ailin.

"Aduh. Apa pula di merajukkan ni?" Fareiz menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pening dia dibuatnya. Sejak mereka mula berjalan bersama di taman reakreasi ini, satu patah perkataan pun haram tak keluar dari mulut Ivy. Kalau ditanya pun, hanya anggukkan dan gelengan sahaja jawapannya. Masa-masa macam ni lah sel-sel otak Fareiz berkerja keras memikirkan apa silapnya sehingga buah hatinya itu bersikap sebegini. Pecah otaknya dengan angin kaum hawa ini.

"Sayang, you ni kenapa? Senyap je dari tadi. Kalau I ada buat silap, you beritahulah I. Mana tahu I tak sedar ke I ada buat you terasa hati or anything?" Fareiz bersuara lembut. Dia sedar, api jangan dilawan dengan api. Takut hangus nanti.

Ivy masih berdiam. Dia berjalan sambil berpeluk tubuh, seolah-olah Fareiz tidak wujud disebelahnya.

"Ivy!" Fareiz yang tidak tahu mahu buat apa lagi akhirnya menarik perlahan tangan gadis itu, seraya menghentikan langkah Ivy.

Ivy mengeluh perlahan lalu memandang wajah tampan lelaki di sebelahnya itu.

"You tidur pukul berapa semalam?" Soal Ivy dengan nada tahan sabar.

Fareiz mengerutkan dahi mendengar pentanyaan kekasih hatinya itu.

"Lah? Takkan marah pasal ni kot?" gumam Fareiz sendiri.

"Pukul berapa? Hah? Pukul berapa?" Soal Ivy lagi apabila Fareiz hanya diam.

"Err...se...sepuluh malam lah. Macam yang sayang suruh la," jawab Fareiz lalu melarikan pandangan. Tidak sanggup dia ingin membalas pandangan Ivy. Takut kantoi.

Jawatan Fareiz itu membuatkan Ivy ketawa sinis.

"Sepuluh malam? Sepuluh malam atau empat lima pagi?!"

"Err..." Fareiz tersengih dengan Ivy yang sudah mengeluh perlahan.

"You ni memang kan? Suka sangat ikut kepala you tu. Kan I dah kata tidur secukupnya. You tu mudah dapat sakit. Kerja dekat ofis pun melambak kan? Macam mana nak buat semua tu kalau tak dapat rehat yang secukupnya?" Bebel Ivy.

"Ala sayang, I bukan sengaja lah. I berjaga pun sebab nak siapkan dokumen untuk meeting nanti. I janji lepas ni I tak akan tidur lambat lagi. Semalam tu urgent. Sorry okay?" ujar Fareiz lembut bersama senyuman yang menampakkan lesung pipitnya. Wajah Ovy di tatapnya.

"Tak kisahlah urgent ke apa ke. Tapi nanti kalau you jatuh sakit, siapa yang susah? Siapa yang risau? Family you jugak kan? I ni tak apa sebab memang tugas I jaga you dan risaukan you. You tahu kan family you sayang you? You janganlah buat kitaorang semua risau lagi. Kesihatan you tu penting. Bila dapat rehat yang cukup, barulah tak dapat penyakit atau cepat letih." Panjang lebar bebelan Ivy.

Fareiz menggarukan kepala yang tidak gatal, sakit kepalanya mendengar ceramah gadis itu.

'Aduh, payah betullah bercakap dengan pakar psikologi ini', getus Fareiz sendiri.

"Haa yelah sayangku. You betul. I janji lepas ni I akan sentiasa jaga kesihatan I, Okay? Puas dah marah buah hati you ni?" Soal Fareiz lagi dengan mimik muka sedih yang sengaja di buat buat untuk melihat gadis di hadapannya kembali tersenyum.

"Tahu pun mengaku salah. Okay fine. I lepaskan you hari ini. Next Time you buat lagi siap lah, I ikat you dekat palang katil," ugut Ivy sambil matanya liar memandang Ke arah tasik

"Ye sayang, I'm promise 200%," sengih Fareiz lantas jari kelengking di tunjuk sebagai isyarat janji.

"Ye lah ye lah," jawap Ivy acuh tak acuh.

"Jom lah pergi berkayak," Seru si gadis sambil lengan baju kekasihnya itu ditarik kuat.

Fareiz hanya mampu mengikut sahaja, malas nak membangkang nanti tak pasal kena dengar ceramah percuma lagi.

Tasik yang membiru dengan angin yang bertiup lembut membuatkan kedua hati pasangan bahagia itu bertambah tenang. Kelihatan ramai orang menggunjungi kawasan rekreasi tersebut tidak kira peringkat umur. Memang Fareiz akui Ivy begitu bijak dalam merancang aktiviti yang mampu menghilangkan tekanan hatinya.

"Sayang! Janganlah laju sangat jalan tu!" Jerit Fareiz. Tidak berdaya dia mahu mengekori langkah Ivy apabila kakinya dirasakan amat ngilu dan sakit.

"Sayang janganlah laju sangat jalan tu," Ivy tergelak sambil mengajuk apa yang di perkatakan oleh Fareiz. Sikapnya itu langsung tidak ubah seperti kanak- kanak kecil yang nakal. Tangannya melambai-lambai kearah Fareiz yang sedang berjalan terhencot-hencot kearahnya.

Fareiz yang memandang keletah teman wanitanya itu hanya mampu mengelengkan kepala.

'Haish. Nasib badan,' keluh Fareiz seraya tersenyum. Hilang sudah segala rasa penat dan tekanan kerja yang di alaminya. Betul lah kata orang, berada bersama dengan orang tersayang akan menghilangkan segala gundah dan gelana yang menghimpit.

"Terima kasih Allah, Terima kasih Ivy atas segala kebahagian ini."

*******************

Fareiz masuk kedalam perut kereta. Dia berkira-kira mahu terus pulang ke rumah sahaja. Penat seharian melayan kerenah kekasih hatinya itu. Kekasih yang sentiasa membawa kebahagian dan ketenangan dalam dirinya. Kekasih yang sentiasa ada bersamanya ketika semuanya pergi dan meninggalkan dia suatu ketika dulu. Fareiz tersenyum bahagia, kebahagian yang tidak mahu dilepaskan walau seketika pun.

"Bismillah," ucap Fareiz lalu enjin kenderaan segera di hidupkan. Sedang dia baru hendak memulakan perjalanan, telefon yang berada di dashboard berdering. Nama Ivy tertera di skrin. Talefon segera dicapai dan panggilan dengan pantas dijawab. Tidak lama selepas itu, suara Ivy kedengaran di hujung talian.

"Waalaikumsalam. Ya baby, I baru je nak start enjin ni," balas Fareiz sedikit manja, saja mahu menyakat kekasihnya itu.

"Eee...geli. Haa by the way, drive tu elok-elok okay? Sampai rumah nanti jangan lupa call I." Pesan Ivy penuh prihatin.

"Hee, baik sayang. Okay lah I nak gerak dulu,sampai rumah nantiI I call you. You don't worry ya," balas Fareiz lagi lalutalian di tamatkan. Fareiz tersenyum sendiri mengingati kekasihhatinya itu, bahagianya rasa di sayangi

Izinkan Aku BernafasWhere stories live. Discover now