Ku ditinggal senja malam menghampiri
Sendiri ku sedang menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu
Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja
Apakah ertinya ucapan manismu kau merinduiku,
Mungkin hanya aku yang membiarkanmu menipu diriku
Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda
Aku hanya insan biasa,
lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra pada cinta yang hampa
Di malam yang sunyi, sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayangan kasih dalam mimpiku menikam kalbu
Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna dari sejak mula, diriku yang tergoda
Apabila cinta telah diberikan. Mengapa mesti pengkhianatan yang diterima? Peistiwa yang berlaku ibarat sebuah mimpi ngeri bagi Fareiz. Terlalu perit untuk ditelan dan terlalu sukar untuk dia meneruskan hidupnya apabila bukan sahaja kariernya yang berakhir, malah cintanya juga turut berakhir. Segala mimpi indah itu ibarat sudah ditutupi dengan mimpi ngeri. Semuanya hilang dalam sekelip mata. Masih segar di ingatan Fareiz dengan apa yang di ucapkan Fiona padanya tempoh hari. Sungguh tidak disangka, wanita yang dikenalinya hampir 3 tahun itu tiba-tiba menjadi seseorang yang begitu asing baginya. Sungguh sukar untuk menerima kenyataan itu.
-Imbas kembali-
Mata Fareiz redup memandang gadis berkulit sawo matang itu. Gadis yang amat dicintai dan dirinduinya. Namun gadis itu kelihatan resah seperti tidak selesa dan sudah semestinya Fareiz berasa pelik dan risau dengan reaksi gadis tersebut.
"Kenapa ni Fi?" Soal Fareiz lembut sambil memandang tunangnya dengan penuh rasa cinta dan sayang. Rasa sayang dan cinta yang dirasa semakin bertambah dan tidak pernah kurang.
Fiona berpura-pura tidak dengar pertanyaan tunangnya itu malah dia sibuk membelek telefon bimbit yang berada di tangan.
'Haish rimas betullah aku. Geli pulak dengar suara dia macam tu. Lagipun buat apa aku nak bersama dengan dia ni lagi. Banyak lagi kot lelaki yang sempurna dan kaya-raya kat luar sana yang berebut-rebut nakkan aku,' bisik hati gadis yang tinggi lampai bak model itu tanpa ada sikit pun rasa sayang mahupun simpati.
Baginya perasaan sayang dan cinta itu sudah terhapus selepas kecelakaan yang dialami Fareiz. Lelaki itu sudah tidak sesempurna dulu dan sudah pastinya tidak sesuai dengan dirinya yang cantik itu.
"Sayang..." Sekali lagi Fareiz memanggil lembut.
Fiona mengerling sekilas wajah dan sepasang mata Fareiz yang dahulunya menjadi 'senjata' yang sentiasa berjaya melembutkan hatinya. Sememangnya mata Fareiz sangat cantik dan ternampak kejujuran di sebalik mata itu. Sesiapa yang memandang matanya pasti akan tertarik. Namun itu dulu. Sekarang semuanya sudah tidak bermakna pada Fiona. Pandangan itu tidak lagi berjaya melembutkan hatinya yang kini berubah menjadi dinding tebal. Kalau bukan pasal ibu yang memaksanya untuk pergi melawat lelaki ini, sudah pasti dia tidak ingin pun memandang lelaki cacat di hadapannya. Jika dahulu memang sehabis baik dia mengejar lelaki itu. Malah jika lelaki itu tidak sudi pun dia sanggup menebalkan muka mengoda.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bernafas
RomansaIAB = Sinopsis Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahag...