Namanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan para lelaki idaman kaum hawa di sekolah itu mengembalikan memori yang sudah lama luput dari fikirannya. ° Camelia Aster, si gedik antagonis yang baru melangkah masuk ke Angsana Highschool. Antagonis? Yup, dia bukan protagonis yang baik serta dihormati semua orang, bahkan dialah antagonis yang merosakkan segalanya di Angsana Highschool. Katakanlah apa sahaja. Rekod disiplin? Rekod akademik? Sifar mazmumah? Kempen hormat menghormati? Kelas terbaik? Semua rekod pernah dimusnahkannya, sekaligus merudumkan nama sekolah, jatuh tersungkur dari carta atas sekolah terbaik! Kehadirannya di sekolah baru itu memang tidak diterima ramai. Yalah kan, siapa nak terima pemusnah rekod macam dia ni? Apatah lagi dengan perangainya yang disinonimkan sebagai biadab. Langsung tidak tahu istilah menghormati, cakap lepas tanpa menjaga hati orang lain, menjawab kata-kata guru, membuli pelajar tanpa alasan kukuh, menampar orang sesuka hatinya, banyak lagilah! Tapi sedarkah semua, antagonis; mereka tetap manusia. Manusia dicipta tidak sempurna, ada cacat cela. Ikutilah kisah Camelia yang berbeza perwatakan dari kisah silamnya. "Aku dah cuba. I'd tried many times! Tapi aku tak tabah seperti maksud Aster. What's the point of my name if I can't be like it means?" "Nama Camelia Aster ayah ambil sempena nama bunga. Camelia anak ayah yang sentiasa buatkan ayah kagum. Aster juga anak ayah yang tabah dalam menghadapi ujian," "Dia... Aster, bunga yang tabah," ° My second story. Hope you will enjoy it! Start: 20 January 2021 End: 6 October 2022 Status: Complete