BAB 1

16.2K 209 4
                                        

Deretan manusia bergerak laju di balai ketibaan, namun perhatian tetap tertarik pada seorang lelaki bertubuh tegap yang sedang melangkah sambil menarik bagasi hitamnya.

Uniform pilot yang membaluti tubuhnya menambah aura karisma yang sukar diabaikan. Hujung langkahnya terhenti seketika, seolah sesuatu memberatkan fikirannya.

Adyan menghela nafas panjang. Senyum sinis yang terukir di bibirnya bukanlah dari hati tetapi lebih kepada topeng yang dipakai untuk menutup gelora dalam dada.

Dengan langkah malas yang dipaksa, dia menuju keluar dari airport. Pulang ke rumah. Rumah yang entah sejak bila tidak lagi terasa seperti rumah.

Kalau bukan kerana tidak mahu berbalah dengan ayahnya, sudah lama dia tinggalkan perempuan itu sendirian. Sudah lama dia pilih untuk tak kembali.

Kalau bukan kerana tanggungjawab... Kalau bukan kerana janji bodoh itu... Dia sendiri tidak yakin apa yang sedang digenggamnya kini kesetiaan, atau sekadar sisa runtuhan yang dia tak tahu bagaimana untuk tinggalkan.

*****

Sementara itu, di sebuah galeri seni yang dihias mewah, sebuah kereta BMW sport berhenti di pintu masuk. Pintu terbuka, dan seorang perempuan melangkah keluar dengan penuh gaya.

Rambut hitam lurusnya jatuh kemas di bahu, tubuhnya yang langsing dan terjaga membuatkan beberapa mata hampir tercabut memandang.

Ada yang berbisik. Ada yang memandang ulang. Ada yang memandang dengan syak dan sinis. Kerana jika seseorang tidak mengenalinya, mereka mungkin saja menyangka perempuan ini seorang perempuan malam.

Damn. Hurt. Tapi Jasmine sudah lali. It's fake. Everything they think about me... is fake. Luaran yang orang nampak selalu salah. Dalamannya, tiada siapa tahu betapa penuh retak yang dia sorok setiap hari.

Tiba-tiba, satu cubitan kecil singgah di lengannya. Jasmine terjerit kecil " siapa yang berani ka.." ayatnya terhenti bila melihat wajah di sebelah. Dia turunkan cermin mata hitamnya, menjeling tajam " kau rupanya, naura."

Naura sengih kecil. " asal..? Kau ingat siapa..? Scandal fake kau ke... puan jasmine...?"

Jasmine membalas dengan senyum sinis " haha, kelakar..."

Naura memandang atas-bawah " ehhh, asal kau pakai macam ni..? Nak show body dekat lelaki mana ni..? Sedar sikit yang.."

Belum sempat naurq habis membebel, jasmine terus memotong, " hari ni hari apa..?"

Naura terdiam sejenak. Bila sedar, matanya terbeliak sedikit " ad..."

Jasmine mengangguk perlahan. " so... aku kena start lakonan aku hari ni. Aku yakin dia mesti hantar orang dia untuk ikut aku. Aku tak nak kantoi. Sebab tu aku pakai macam ni."

Naura mengeluh, menepuk dahi " seksi macam ni..? Heh... syaitan pun pening tengok perangai kau ni, min.." tanpa menunggu reaksi, dia berjalan pergi, membiarkan jasmine termangu.

Jasmine mencubit bibir sendiri. Bukan dia tak tahu naura selalu begitu. Dia memang bermulut laser, tapi wanita itu sahaja yang selalu dengannya. Dan ya, setiap kali suami dia ada balik dari kerja luar, dia akan berlakon. Akan berpakaian begini.

Suami...? Atau sekadar gelaran yang wujud di atas sehelai kertas..? Tanpa menoleh lagi, jasmine melangkah masuk ke dalam galeri seni itu dengan penuh angkuh tetapi angkuh yang sengaja dipakai untuk menutup hatinya yang serabut.

Dan permainan lakonan hari ini... baru sahaja bermula.

 baru sahaja bermula

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang