BAB 32

2.3K 54 7
                                        

Keesokan harinya, di rumah orang tua adyan. Tengku muzaffar sedang bersandar santai di sofa, matanya tertumpu pada skrin televisyen. Bunyi berita bergema perlahan di ruang tamu yang sunyi.

Tok. Tok.

Muzaffar terhenti. Dahinya berkerut sedikit.
Siapa pula ni..? Adyan dah balik..? Bukan ke dia kata ada kerja di office..? Awal lagi untuk waktu pulang.

Tanpa berfikir panjang, dia bangun dan melangkah ke arah pintu sambil mengeluh perlahan.

" haih, siapa pula datang ni..."

Pintu dibuka. Muzaffar terkejut " lahh... kamu ke jasmine..?" nada suaranya bercampur lega dan hairan " daddy ingat siapalah tadi. Terkejut daddy."

Jasmine segera menyalami tangan bapa mertuanya, senyumannya lembut dan sopan " sorry, daddy. Adyan ada, daddy..?"

" adyan..? Adyan tak ada." muzaffar menggeleng laju " ehh borak nantilah, masuk dulu."

" yelah..."

Mereka melangkah masuk ke dalam rumah itu. Rumah yang masih terasa sama... tenang, kemas, dan penuh kenangan.

" bikkk...!" panggil muzaffar dengan lantang.

Bibik Senah muncul dari arah dapur. " yer, tuan.." langkahnya terhenti apabila terlihat jasmine. Wajahnya terus berseri.

" ehhh, puan jasmine.. Sudah lama ya nggak pulang.. Rindu banget bik senah sama puan jasmine..."

Jasmine tersenyum, lalu menyalami tangan bibik itu " sibuk sangat, bik. Tak ada masa nak melawat daddy. Ni bila dah ada masa, datanglah sekali. Sekali tengok, mana tahu adyan ada."

" adyan tak ada pun..." laju sahaja muzaffar menjawab.

Jasmin mengerutkan dahi. " adyan takde..? Adyan pergi mana, daddy..?"

" dia pergi office. Katanya tadi pagi.. dia ada kerja yang kena buat," jawab muzaffar sambil kembali ke ruang tamu " bikk, nanti buatin teh panas ya. Kalau ada dessert, keluarkan sekali," arah muzaffar.

" ehh, tak payah susah-susahlah, daddy." jasmine cepat bersuara " min datang ni pun nak cari adyan je sebenarnya. Sekali melawat daddy."

Bibik Senah menyampuk dengan senyuman " ngak apa, puan. Sekali ayuh kita makan malam sama-sama. Tunggu tuan adyan pulang dari kantor sekali."

Jasmine teragak-agak seketika sebelum mengangguk. Tak sedap pula kalau datang sekejap-sekejap begitu.

" bik senah masuk ke dapur dulu ya," kata bibik senah sebelum berlalu.

Jasmine melangkah ke sofa dan duduk berhadapan muzaffar " daddy tak ikut adyan pergi office sekali harini..?"

" harini daddy takde mood nak masuk office. Bila adyan bagitahu dia nak masuk office harini, senang hati daddy." jawab Muzaffar perlahan. " daddy ni dah tak larat mana pun min.. kalau tak mengharapkan adyan... siapa lagi daddy boleh harapkan..?"

Jasmine hanya mengangguk. Tiada apa yang mampu dia ulas.

" min pulak..? Macam mana...?" muzaffar memandang menantunya penuh perhatian " business semua okey..?"

" alhamdulillah, semua okey. Naura dengan aakif lah yang banyak tolong, min... Kalau takde diaorang, susah jugak.."

" okeylah tu." muzaffar tersenyum " ouhh yer, papa dengar daripada adyan yang... fasya dah balik..? Betul ke..?"

Senyuman jasmine terhenti. Sejenak ruang tamu itu sunyi. Muzaffar mengeluh perlahan " semua okey ke, min...?"

Jasmine tersedar, lalu memaksa senyum " okey jer, daddy. Baguslah fasya balik... Maknanya... adyan pun pasti suka, kan..? Lama dia tunggu fasya balik kesini dan akhirnya benda tu dah jadi kenyataan.."

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang