Setengah jam perjalanan dari tempat kerja ke rumah cukup membuatkan jasmine letih, namun sebaik saja pintu rumah dibuka, tubuhnya terasa kaku.
Adyan duduk di sofa, mata terpaku pada skrin. Wajahnya kosong atau mungkin terlalu banyak bermain di dalam fikirannya sampai dia sendiri tak sedar kehadiran isterinya.
" I dah balik..." jasmine memberanikan diri menegur.
Namun, tidak sampai sesaat, adyan ketawa kecil dan ketawa sinis yang tidak langsung memandang ke arahnya. Jasmine berkerut.
'Apa hal suami aku ni..? Dah gila..? Nak aku call staff Hospital Tanjung Rambutan ke apa..?' getusnya didalam hati.
" you ni dah kenapa, adyan..? Tiba-tiba gelak macam tu..? Takut pulak I tengok. I ada buat lawak ke sampai you ketawa macamni sekali..?"
Adyan hanya mengangkat bahu. Tanpa menoleh, suaranya keluar hambartapi tajam " tak ada. Aku cuma bangga... sebab kau masih ingat jalan nak balik rumah. Ingatkan kau sesat dekat hotel mana dengan jantan luar sana."
Jasmine menghela nafas. Dia memilih untuk diam dan senyum nipis, walaupun hati terasa disindir hidup-hidup.
Adyan akhirnya bangun, melangkah perlahan menghampirinya " tapi betul, aku cuma pelik je. Yelah, kenapa kau balik seawal ni... aku cuma terkejut. Ataupun kau balik ni sebab ada aku dalam rumah ni..?"
Jasmine tidak menjawab. Dia letih. Letih untuk sentiasa disalah sangka.
Adyan ketawa perlahan. Sinis lagi " ataupun kau nak tunjuk pada aku yang kau mampu jadi isteri terbaik..?"
Diam lagi. Jasmine genggam tangannya sendiri.
" ishh, tak payahlah. Kalau kau nak balik lebih lambat pun aku tak kisah. Kau dengan hal kau, aku dengan hal aku. Betul tak..?" nada adyan penuh sindiran.
Dia memeluk tubuh, menunduk sedikit, lalu menyambung " kau pergi je la tempat haram kau tu sampai kau sendiri jadi syaitan. Aku boleh kunci pintu rumah ni. Settle. Lagipun... perempuan macam kau ni layak ke dapat gelaran 'isteri'..?"
Lama jasmine diam. Tapi sabarnya bukan selamanya. Air mata yang ditahan akhirnya luruh " stop, adyan... boleh tak jangan salah faham macam tu sekali..? I ni teruk sangat ke pada mata you..? Jijik sangat ke sampai you tak boleh tengok I sebagai isteri you sendiri..?"
Suara jasmine bergetar. Perlahan. Hancur. Namun adyan hanya tersenyum sinis " aku tak pernah cakap. Tapi rasa..? Pernahlah. Aku jijik dengan perempuan murah macam kau ni. Dan aku sendiri menyesal, sebab terpaksa ikut cakap daddy aku sendiri untuk jodohkan aku dengan kau.!"
Seolah seluruh tubuh jasmine berhenti bernafas. Jijik. Menyesal. Kata itu memukul jantungnya paling kuat. Adyan tidak berhenti di situ.
" kau ingat gelaran apa yang sesuai untuk kau..? Suci.? Alim.? Solehah.? Dalam mimpi. Aku tengok kakak kau dengan kau pun, dua-dua sama. Murah."
Jasmine terkelu.
" dan aku yakin, kakak kau fasya tu lari dari luar negara pun sebab dia mengandungkan anak luar nikah. Malu sampai sanggup tinggalkan aku. Lepas tu tinggalkan kau pula dekat aku. Dua-dua sama. Pedajal orang. Sebab tu dia lari."
" mudahnya you menghukum orang, adyan..." nada jasmine berubah. Tidak lagi lembut tapi penuh kekecewaan dan marah.
Adyan geleng " ada salah ke apa yang aku cakap dekat kau sekarang ni..? Kau dah besar. Sekolah agama. Degree lagi. Tapi benda basic macam ni pun tak boleh fikir ke..? Sampai sanggup jejak tempat haram macamtu..? Kau.. kalau tak boleh jaga air muka aku sekalipun, jagalah air muka mak bapak kau dan daddy sekali..!"
Air mata jasmine jatuh semakin deras.
" benda macamtu pun, aku sendiri kena ajar kau ke perempuan..?" soal adyan dengan nada perlahan tapi tajam.
Lama jasmine diam, akhirnya dia bersuara " boleh tak... sekali je... you terima I sebagai isteri you, adyan..? Sekali je..."
Adyan melangkah dekat. Jari telunjuknya mengangkat dagu jasmine, memaksa mata mereka bertemu. Sejurus itu, dia melepaskan dagu jasmine seolah menyentuh sesuatu yang kotor.
" kau nak aku sedar kau ni isteri aku..? Eee... jijik. Perempuan macam kau..? Jadi isteri aku..? Lebih baik, kau teruskan bermimpilah. Aku tak akan pernah anggap kau sebagai isteri aku."
Jasmine menutup mulutnya, cuba menahan esakan.
" kau ingat aku tak tahu kau keluar masuk kelab, sentuh benda haram tu..? Jantan keliling pinggang..? Menari, berpelukan..? Perasaan malu kau dah hilang ke, perempuan..?"
Diam jasmine.
" kau tak pernah nak jaga air muka aku, kan..? Dan aku sendiri yakin, keluarga kau jodohkan aku dengan kau pun sebab diorang pun dah tak tahan perangai kau."
Hancur. Itu saja perkataan yang tinggal dalam hati jasmine.
Adyan menghela nafas kasar " dahlah. Buang masa aku bertekak dengan perempuan murah macam kau. Bazir masa aku jer."
Dia berpaling. Namun jasmine tiba-tiba bersuara perlahan tapi jelas " adyan... I nak tanya something."
Adyan berhenti. Bahunya tegang. Jasmine mengangkat wajah, mata sudah sembab " dulu kita rapat. You, aakif dan I. Tapi kenapa semua berubah..? Dua tahun lepas... you tiba-tiba bencikan I. Dan buatkan lagi I tertanya- tanya, kenapa you nak kena tarik aakif juga dalam hal ni..? Dia tak salah pun, adyan. You tak patut bencikan dia."
Adyan ketawa kecil, sinis, pahit " sebab aku malu. Malu dapat kawan macam kau. Perempuan jijik macam kau ni siapa nak berkawan..? Tentang aakif..? Dia yang jauhkan diri. Dan aku yakin... itu pun sebab kau. Kau gunakan dia untuk jauhkan dia daripada aku."
Jasmine menarik nafas, tangan menggenggam baju sendiri.
" ilmu apa yang kau guna sampai aakif dan daddy aku sendiri pun boleh lembut hati dengan kau..? Hebat permainan kau, kan..?"
Air mata jasmine gugur lagi " jadi... sekarang ni mesti you lagi malu bila orang tahu perempuan macam I ni adalah isteri you, kan adyan..?"
" don't ask questions when you already know the answer, jasmine." adyan menjawab sinis, penuh sindiran.
Jasmine tersenyum. Senyuman paling sakit dalam hidupnya " so.. I dah tahu jawapannya. You memang malu ada isteri macam I. Alright, I think we'll clear this story up and end it here."
Adyan tersentap sedikit tapi menyembunyikannya.
Jasmine sinis memandang adyan, tajam " I tak sabar adyan.. tak sabar nak tunggu fasya balik.. Dan ketika itu you boleh bahagia dengan dia. Dan I, I boleh bahagia tanpa menagih kasih daripada you lagi."
Jasmine merapat dengan adyan, berselisih dan buat muka sayu, air mata bertakung " sakit adyan.. sakitnya cinta tak berbalas.. macam menunggu pintu yang takkan pernah dibuka, tapi I tetap jugak berdiri depan pintu tu seorang diri, dan berharap yang you akan pandang I walau sekali."
Tanpa tunggu respons, jasmine terus berlalu pergi meninggalkan adyan. Rumah kembali sunyi.
Dan di ruang tamu... Air mata adyan gugur. Dia cepat-cepat menyapu wajahnya, seolah-olah malu pada dirinya sendiri.
Dia tak tahu kenapa. Tak tahu apa yang dia rasa. Tak tahu apa yang dia takutkan. Dan tak tahu kenapa hatinya juga terasa pecah. Adyan berpaling... dan masuk ke biliknya tanpa kata.
Bersambung
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
