Keesokan paginya, selepas mereka menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, kepenatan jelas terasa. Tanpa banyak bicara, mereka mengambil keputusan untuk melelapkan mata seketika.
Namun, tidak lama kemudian adyan terjaga. Perlahan dia menggosok mata, masih mamai. Tangannya meraba bantal di sebelah... kosong. Matanya terus terbuka luas.
" aduuu... mana lagi dia menghilang ni..? Memang nak kena ikat jelah bini aku ni. Suka betul menghilang."
Protesnya sendirian. Yelah, setiap kali dia bangun, jasmine pasti tiada di sisi. Ada saja tempat isterinya 'hilang'. Adyan bangun dari katil, lalu mencari di sekitar rumah.
" sayang.."
Tiada jawapan.
" sayang... kau dekat mana..?"
Sunyi seketika, sebelum akhirnya satu suara menyahut dari arah dapur.
" saya dekat dapur ni, awak."
Tanpa tunggu lama, adyan terus meluru ke dapur. Baru sahaja menjejak kaki ke situ, wajahnya terus berubah cerah. Jasmine sedang memasak sarapan.
" sayang..." dengan selamba, dia memeluk pinggang isterinya dari belakang, manja bukan main.
Jasmine hanya tersenyum sinis sambil terus mengaul sup sayur di dalam periuk " adyan... awak ni kenapa..?"
" kaulah. Aku bangun tidur je kau hilang. Kau ni ada kuasa magic ke apa..? Asyik menghilang je." nada merungut, tapi jelas penuh manja.
" belajar-belajarlah hidup tanpa saya, okey..?"
" eeee... bencilah aku dengan kau ni. Tak habis-habis nak suruh aku belajar hidup tanpa kau. Kau tahu benda tu mustahil, kan..?" adyan pura-pura merajuk, terus lepaskan pelukan.
Jasmine menutup api dapur, kemudian berpaling menghadapnya. Tangannya naik mengusap pipi suaminya lembut " apa..? Betul kan saya cakap..? Sekejap lagi kan saya dah nak pergi sabah...?Tinggal beberapa hari je lagi. Lepas tu awak kena biasakan hidup tanpa saya."
Adyan mencebik " tapi aku tak boleh hidup tanpa kau.."
" kenapa pulak..? Selama ni boleh je..? Awak jer yang mengada-ngada."
Adyan terus diam. Pandangannya jatuh ke lantai.
" adyan..." jasmine bersuara lembut. " pandanglah isteri awak yang tak cantik ni, please..?"
Adyan terus memuncungkan bibir " apa pulak tak cantik..? Cantiklah.!" katanya sebelum menatap wajah isterinya lama.
Jasmine tersenyum nipis " awak dah janji kan..? Kalau saya rela bermadu, awak izinkan saya pergi. Dan saya yakin lepas saya pergi nanti... awak takkan rasa kehilangan. Sebab akan ada seorang wanita akan bahagiakan awak.."
" tapi aku nak kau... bukannya dia."
" AIPPP.!"
" okey, okey..."
Jasmine tersenyum puas " haa macam tulah. Dahlah, pergilah mandi sana. Bangun-bangun dah busuk."
" ishhh, sempat mengutuk aku.!"
Jasmine ketawa besar. Suka benar dapat mengenakan suaminya. Tiba-tiba adyan menarik tangan Min. Senyuman jasmine perlahan pudar.
" awak kenapa ni..?"
" kau kena janji dengan aku... kalau sampai sana, jangan buka hati untuk sesiapa. Jangan pernah tawar hati dengan aku. Jaga hati kau untuk aku, boleh..?"
Jasmine terdiam. Hakikatnya, dia sudah merancang sesuatu. Dia memang akan sambung belajar tetapi bukan di sabah seperti yang diberitahu.
Dia bercadang pergi jauh, memberi ruang kepada adyan dan fasya membina semula hubungan mereka sebagai suami isteri. Dan mungkin... dia sendiri tidak akan kembali.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
