BAB 47

2.3K 71 4
                                        

" sayang..."

Adyan melangkah laju, tangannya pantas menyentuh bahu wanita itu. Jantungnya berdegup terlalu kuat seolah-olah mahu pecah.

Wanita itu berpaling, memandang pelik " ya, encik..? Ada apa ya..?"

Langkah adyan terhenti. Wajahnya berubah kosong. Bukan dia. Tangannya perlahan-lahan dilepaskan.

" sorry... I ingat tadi isteri I."

" ohh, ya ke..? I'ts okay." wanita itu tersenyum sopan sebelum berlalu masuk ke kawasan pelepasan.

Adyan berdiri kaku. Dunia terasa sunyi walaupun sekelilingnya penuh manusia. Dia mengeluh berat " ke mana kau pergi, sayang...? Tolong jangan tinggalkan aku..."

Dia berpusing, berjalan tanpa arah dengan langkah longlai.

*****

Di dalam kawasan pelepasan, jasmine baru sahaja duduk di bangku berhampiran pintu masuk pesawat. Tiba-tiba tangannya terasa kosong. Dia membuka begnya. Kotak kecil itu... tak ada. Rantai itu hilang.

Jantungnya berdegup laju. Dia bangun, berpaling ke belakang seolah-olah mahu kembali mencari tetapi pengumuman terakhir membuatkan dia kaku.

Dia menelan liur. Tak ada masa. Dengan hati berat, dia melangkah masuk ke laluan pesawat.

****

" macammana..? Kau ada jumpa tak..?"

Aakif dan naura berlari kecil menghampiri adyan. Adyan hanya menggeleng perlahan. Lemah. Kosong.

Aakif menghela nafas panjang " tak apa. Buat masa ni kita balik dulu. Kau solat apa yang patut. Subuh pun kau tak sempat tadi, kan..? Ganti dulu. Lepas tu kau minta pada Allah supaya dipermudahkan urusan kau."

Adyan memandang lantai " dia pergi mana, aakif..? Dia dah tinggalkan aku ke..?"

Aakif terdiam. Dia berpandangan dengan naura.

" betul ke apa yang perempuan tu cakap... yang dia dah tak sayang aku..? Sebab tu dia pergi tanpa cakap apa-apa..."

Naura mendekat sedikit " tak, adyan. Aku tak percaya jasmine pergi sebab dah tak sayang kau. Aku kenal dia. Dia sayang kau. Cuma... mungkin dia kecewa."

Perkataan itu menikam.

Adyan tertunduk. Bahunya terhenjut-henjut " malangnya isteri aku, kiff... dapat suami macam aku."

Air mata lelakinya jatuh juga akhirnya. Di tengah-tengah kesibukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu, seorang lelaki bernama Tengku Adyan Hayder akhirnya rebah dengan penyesalan sendiri.

Aakif memegang bahunya " kau jangan cakap macamtu. Semua orang buat silap. Tapi tak semua orang sedar silap dia. Kau dah sedar, adyan. Itu permulaan bagi kau untuk perbaiki keadaan."

" tapi macammana kalau dia tak bagi aku peluang..?"

Naura memandangnya dengan mata berkaca " kalau dia memang jodoh kau... sejauh mana pun dia lari, Allah tetap akan temukan balik. Percayalah cakap kitaorang."

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang