BAB 43

1.6K 51 8
                                        

Lama mereka berpelukan dan lama jugalah mereka bergelak tawa bersama sehingga tidak sedar mereka sudah lama berada disitu.

Tetiba

" jangan nak bercinta sangatlah, sakit mata aku tengok."

Mereka lepas dan pandang belakang melihat gerangan tersebut.

" elehhh dengki betul!" Ejek aakif kepada min more kepada tak puas hati sebenarnya

Naura hanya diam disebelah suaminya dan aakif tetiba dapat idea untuk kenakan mereka berdua

" haaa! Aku pergi ambik air kejap lah. Dahaga lah pulak!" Sambil bangun daripada duduknya itu, naura pula dah pandang tak puas hati

" cuaca panas sangat dohh min," sambil jalan pergi dari situ dengan tangannya menkipas mukanya yang acah acah panas

Min hanya geleng sinis dan pandang naura senyum lalu pergi duduk disebelah naura. Naura pula membetulkan balik keadaan duduknya dan pandangannya kearah hadapan

" propa betul laki kau tu."

" haaa, tulah pasal." Masih akward time.

Min mengeluh " aku minta maaf ra."

" maaf?" Sambil memandang min dengan peliknya

Min senyum pandang naura " maaf segalanya. Maaf sebab kau terpaksa layan perangai degil dan bodohnya aku. Aku sedar yang perangai aku ni memang bodoh dan degil. Kau mesti menyesal kan berkawan dengan aku?"

Naura mengeluh " aku sayang kau min. Aku keluarkan kata kata macamtu tadi bukan sebab aku suka suka, itu semuanya adalah untuk sedarkan kau tapi aku silap, bukan macamni caranya."

Air mata min tetiba jatuh " aku tak suka bermadu naura. Terpaksa berkongsi kasih dengan perempuan lain tapi kenapa benda ni berlaku dalam hidup aku?"

Naura mengeluh " sudah tu? Kenapa kau pergi setuju dengan permintaan adyan? Kalau sebab perjanjian, just ignore min. Antara kau dengan family kau pun dah okey kenapa masih lagi nak teruskan?"

" sebab fasya..."

" pasal.."

" bukan pasal perjanjian naura." Pandang naura dengan serius " tapi sebab cinta. Cinta fasya kepada adyan. Kau tak tengok betapa terseksanya fasya bila adyan dah berubah macamni?"

" dia kena percaya takdir min. Dia kena percaya yang dia dengan adyan memang dah tak boleh bersama!"

Min senyum " kalau macamtu aku pun kena percaya takdir lah kan yang mana aku kena berkongsi kasih suami dengan orang lain?"

" min..."

" aku akan sambung belajar!" Sambil memandang hadapan semula " dan ketika itu aku nak sangat diaorang built kembali cinta diaorang. Tak salah kan cara aku..?"

" haaa?"

" aku harap dengan pengorbanan yang aku lakukan ini adalah kebahagiaan adyan yang sebenar."

Naura hanya mengeluh.

" dan aku juga harap naura." Sambil memandang naura serius dan mereka saling menatap satu sama lain " yang kau akan paham apa yang aku buat ni."

" aku tak pernah tak sokong kau kan, min? Aku tahu kau pasti tahu mana yang terbaik dan aku yakin kau dengan adyan boleh jadi pasangan yang bahagia seperti pasangan yang lain." Jelas naura kepada min

" terima kasih." Senyum min

Mereka saling menatap satu sama lain.

Mereka saling menatap satu sama lain

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
PENGORBANAN HATITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang