Jasmine menarik nafas panjang sebelum bersuara. Kali ini wajahnya serius, langsung tiada gurauan seperti selalu. Aakif yang duduk bertentangan mula berasa pelik apabila gadis itu hanya memandangnya tanpa kata.
" okay, macamni. Sebenarnya aku nak tanya sesuatu dengan kau," kata jasmine perlahan.
Aakif angkat kening, pelik " tanya sesuatu..? Tanya pasal apa..?"
" okay, look... kau dengan adyan dah lama kenal kan..? I mean korang kenal baik buruk masing-masing macammana kan..?"
" taklah lama mana. Kenal sebab sekelas je. Kalau tak, memang tak kenal pun. Ataupun kenal dia sebatas tahu dia tu ada gelaran tengku." dia jawab jujur, masih hairan dengan soalan.
" but you kenal dia kan..? Dia macammana, family dia macammana, right..?"
Aakif mengangguk perlahan " haaa, ahh... kenapa ni sebenarnya..? Kau macam tak keruan pulak. Tanya macam polis pencen."
Jasmine tersenyum lebar, cuba menutup debar di dada " apa pendapat kau kalau aku confess perasaan aku dekat dia..? Kau rasa-rasa dia boleh accept aku jadi girlfriend dia tak..?"
Aakif terus terpaku " adyan..? Kau suka adyan..? Kau gila ke..? Lepastu, kau sendiri yang pergi confess dekat dia..? Bukan dia confess dekat kau..? Like, seriouly..?"
" apa masalahnya..?" jasmine mengangkat bahu " lagipun, zaman sekarang perempuan kena lebih berani. Kalau aku diam je, nanti aku juga yang menyesal lepaskan peluang. Betul tak..?"
Aakif mengeluh panjang " okey, fine. Aku tak kisah kau nak confess. Tapi kalau jadi benda lain..? Kalau dia tak rasa benda yang sama..? Aku terus terang, dia tak suka kau, Kau boleh terima..?"
" kau janganlah doa macam tu."
" aku bukan doa, bengong. Aku nak bagi prepare kau punya perasaan dan emosi jer. What happen kalau benda macamtu berlalu. Kau boleh adapt..?"
Jasmine tunduk sekejap sebelum bersuara lembut " but.. boleh jer kan kau sokong and bagi kata semangat ke..? Ini tak, belum pape kau dah suruh aku prepare perasaan macamtu."
Aakif diam beberapa saat, kemudian mengangguk " okay. Aku support. Tapi kalau apa-apa jadi, kau jangan nak menangis meraung macam apa eaaa..?"
" so kau accept lah ni..? Kau terima, kalau aku pergi confess perasaan aku dekat dia..?" mata jasmine bersinar.
" yer. Aku bukan nak halang pun. Kalau kau selesa dengan dia, aku okey je. Adyan tu pun baik. Family dia pun baik. So, aku rasa takde hal pun kalau kau nak ada relay apa-apa dengan dia."
Jasmine terus angkat ibu jari " baik dohh kau, kiff.!! That why aku sayang kau."
Aakif cuma geleng kepala melihat keterujaannya.
*****
Keesokan harinya mereka berjumpa di kafe kegemaran yang menjadi tempat yang selalu port lepak mereka.
" hi, adyan," sapa jasmine sambil duduk di hadapannya.
Adyan tersenyum nakal " lama. noh kau ni. Keling betul kalau janji dengan kau. Patutlah aakif selalu bising."
Jasmine ketawa sinis " you percaya jelah cakap dia tu. Dia tu kadang bukan betul pun."
" oh course lah aku percaya dia."
Jasmine terus straight to the point " by the way, you kata ada benda nak cakap dengan I. Apa dia..?"
Dalam hati, dia berharap sangat lelaki itu mahu meluahkan perasaan.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
Storie d'AmoreSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
