BAB 23

1.8K 35 6
                                        

Selepas sahaja menghantar adyan, jasmine membuat keputusan untuk memberanikan diri pulang ke rumah orang tuanya. Ya, kalini dia tekad. Tekad untuk bersua muka dengan mamanya.

Jasmine membuka pintu rumah itu perlahan. Pintu tidak berkunci. Masuk sajalah... lagipun itu rumah dia juga, bukan..?

" assalamualaikum..? Ada siapa-siapa dekat rumah..? Adik balik ni..." ujar jasmine sambil menutup pintu ruang tamu.

Tiba-tiba..

" baru balik kau, dik..? Lama aku tunggu kau datang rumah ni. Finally.."

Nada suara itu sinis.

Jasmine terkejut bukan kepalang apabila melihat gerangan perempuan di hadapannya sekarang. Dia mimpi ke..?

" apa yang kau buat dekat sini..?" jasmine sendiri sedar soalan itu kedengaran bodoh, namun itulah yang keluar dari mulutnya.

Fasya ketawa kecil, sinis " soalan bodoh apa kau ni..? Rumah ni pun.. rumah aku jugak kan..? Jadi, suka hati aku lah bila aku nak balik."

Jasmine tersedar " maksud aku... bila kau sampai..? Kenapa aku tak dapat apa-apa pun berita daripada papa yang kau dah balik dari Malaysia..?"

" cukuplah, min. Tak payah nak acah-acah tanya." fasya mendengus nafas " ohh aku tahu, kau sebenarnya terkejut kan...? Sebab aku tiba-tiba ada depan mata kau sekarang ni...?"

Jasmine melangkah mendekat, dia ingin menyoal lebih tetapi fasya sudah menolak awal " kau..."

" mana dia..?" fasya memotong, matanya tajam " kenapa dia tak ikut sekali..? Ataupun kau sengaja kurung dia supaya aku tak rampas balik hak aku..?"

Jasmine terpinga " siapa..?"

" kau buat-buat tanya pulak. Siapa lagi kalau bukan kekasih hati aku..? Eh, silap... adik ipar aku." fasya tersenyum jahat, puas dia dapat kenakan wanita itu " tapi soon.. bakal suami aku."

" tentang perjanjian kita tu..." jasmine teragak-agak.

Fasya ketawa sinis " proceed. Apa yang kau cuba tanya aku ni, min..? Haruslah kita teruskan. Kau tahu kan, bila aku dah balik, apa tujuan aku. Jangan buat-buat lupa tentang perjanjian kita, Jasmine Nur Anissa."

Jasmine menghembus nafas panjang. Dia bingung. Diam lebih baik.

Fasya melangkah rapat, menepuk perlahan pipi jasmine dengan senyuman kejam " heyy, that silence... is it pain you're swallowing, or resentment you're letting grow... just for me..?"

" aku cuma malas nak cakap lebih-lebih, fasya. Dan aku malas nak bertengkar mulut dengan kau." nada jasmine dingin " dan kalau kau masih nak teruskan, kau teruskanlah. Lagipun aku ni cuma bahan uji kaji kau je. Ehh silap... tapi lebih tepat, tempat kau lepaskan dendam kau sendiri."

Jasmine menatap tajam " tapi satu je aku nak ingatkan kau. Aku diam bukan sebab aku lemah. Tapi sebab aku masih nak jaga hormat aku sebagai adik kau." suaranya bergetar " selama kau pergi, aku tutup rahsia kita. Rancangan bodoh kau tu, tanpa siapa pun tahu. Dan sekarang kau balik dengan harapan nak rampas suami aku..? Suami aku fasya..? Like seriusly..?"

Air mata jasmine jatuh tanpa mampu ditahan " dan kau masih ingat yang adyan tu terhegeh-hegeh dekat lagi lepas apa kau dah buat pada dia sendiri..?"

Fasya sinis, tetap tidak mahu mengalah "  aku baru tinggalkan kau dekat sini tak sampai bertahun-tahun, tapi perangai kau dah pandai pijak kepala aku, kan..?"

Dia menolak kepala jasmine dengan kasar. Jasmine hanya diam dengan perilaku fasya terhadapnya.

" aku percaya pada adyan." fasya membalas tenang, dia tahu dan dia yakin " sebab dia setia. Dan aku yakin, dia tak akan semudah tu jatuh hari dengan perempuan murahan macam kau."

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang