" maaf lambat, aidan."
Aidan yang sedang menyandar santai di kerusi kafe itu mengangkat wajah. Senyumnya terukir sebaik sahaja melihat jasmine berdiri di hadapannya.
" alaa tak lambat mana pun, anissa. Tapi tadi saya sempat jugalah teman pekerja sini buat coffee kegemaran saya." sengaja dia mengusik.
" uishhh, lamalah tu. Itu awak kata tak lama..?"
Aidan ketawa kecil " ishh awak ni.. saya gurau jelah, anissa. Awak ambil serius sangat kenapa..?"
Jasmine tersenyum nipis " saya tahu... saya sajer je nak tolong sambung punchline awak adyan.."
Kata-katanya terhenti. Dia tersilap menyebut nama. Nama yang cuba dipadam dari hati, tetapi tetap terbit tanpa diundang.
Sunyi seketika menyapa mereka.
" awak rindukan dia..?" soal aidan perlahan.
Jasmine menggeleng dengan senyuman sinis " dah orang tak kisah, buat apa nak rindu..? Lagipun abang awak akan berkahwin tak lama lagi. Impossible dia akan merindui isteri macam saya ni, aidan."
Keluhan berat terlepas dari bibir lelaki itu " saya minta maaf mewakili abang saya, anissa. Dia tak patut buat awak macamtu.."
" ehh, buat apa awak nak minta maaf. Saya sedar yang saya memang tak layak untuk dia. Dia berkahwin dengan perempuan yang dia inginkan dari awal. Biarlah dia. Saya tak ada hak untuk menolak keputusan dia."
" siapa kata awak tak ada hak..? Awak ada hak, anissa. Awak isteri dia. Awak ada hak kalau awak tak setuju dengan pernikahan dia."
Jasmine tersenyum tawar " awak silap, saya cuma isteri sementara dia."
Aidan terdiam, kemudian bersuara lagi " jadi... awak akan pergi..?"
Jasmine menghela nafas, memandang wajah aidan lama sebelum menghadiahkan senyuman tipis " tak, aidan. Saya tak akan pergi. Awak pula..? Mesti awak pergi kan, dengan ermm... mummy..?" teragak-agak dia menyebut panggilan itu.
" ya, mummy. Bila-bila nanti saya bawa awak jumpa mummy, okay..?"
Jasmine senyum dan mengangguk perlahan " jadi, awak pergi..?"
Aidan menggeleng " saya kecewa dengan dia, anissa. Sangat kecewa dengan keputusan dia. Kenapa dia sanggup buat awak macam ni..? Dia sayang awak, tapi kenapa masih memilih untuk menduakan awak..?"
Jasmine tersenyum hambar " cinta, aidan. Dia masih mencintai perempuan tu. Kalau itu memang terbaik untuk dia, pergilah. Kalau ini memang takdir saya, saya reda."
" bukan.."
" saya cuma nak kan kebebasan, aidan." suaranya sedikit bergetar " selama saya jadi isteri abang awak, saya penat untuk pura-pura kuat dengan apa yang dia buat pada saya. Kali ni saya mengalah. Sampai sini saja kisah kami."
Aidan memandangnya dengan simpati " saya tahu awak kuat. Allah pilih awak untuk hadapi ujian ni sebab Dia tahu awak mampu."
Jasmine tersenyum, walau hatinya terasa retak " saya pun harap juga yang saya mampu kuat untuk teruskan semua ni.."
Suasana yang berat tadi cuba diringankan.
" jadi kiranya.. hutang saya yang tempoh hari untuk belanja awak makan dah kira selesai kan..?" jasmine mengubah topik dengan gelak kecil.
" lahh..! Ini awak ajak keluar sebab nak tuntut tu ke..? Saya ingat memang sengaja nak keluar dengan saya makan. Aduh kalau saya tahu, saya minta yang lagi mahal. Setakat coffee je mana fair." aidan berpura-pura merungut.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
