Langit petang di Pantai Remis kelihatan redup, berbalam keemasan disapa cahaya matahari yang perlahan-lahan condong ke ufuk barat.
Angin laut bertiup lembut, membawa bau masin yang menenangkan jiwa atau mungkin juga merobek perasaan yang cuba disembunyikan.
Selepas sarapan pagi bersama di rumah tadi, mereka berjalan berdua seperti yang telah dijanjikan. Kata adyan, inilah masa lapang yang mereka ada.
Selepas ini, masing-masing akan kembali sibuk dengan kerja dan tanggungjawab. Masa untuk "mereka" mungkin akan semakin sempit.
Jasmine duduk di atas pasir, memeluk lutut sambil memandang laut yang terbentang luas. Ombak datang dan pergi seperti manusia dalam hidupnya. Tiba-tiba, satu bayang berhenti di hadapannya.
" for you..."
Jasmine mendongak. Adyan berdiri sambil menghulurkan air minuman sejuk. Dia tersenyum kecil, lalu menyambutnya.
" terima kasih."
Adyan melabuhkan duduk di sebelahnya " tenangkan suasana dekat sini..?" soal jasmine lembut, matanya memandang laut.
Adyan mengangguk perlahan " haah. Hilang sikit stress."
Jasmine turut mengangguk. Hening kembali menyelubungi mereka. Cuma bunyi ombak dan desiran angin menjadi saksi jarak yang makin melebar antara dua hati. Namun kali ini, bukan jasmine yang memandang laut.
Adyan memandang jasmine. Lama. Sayu " kau.. kau betul-betul akan tinggalkan aku..?"
Jasmine memalingkan wajah. Pandangannya sinis, namun hatinya bergetar " saya dah nak pergi dah, adyan. Jangan tanya benda yang awak sendiri dah tahu jawapannya."
" sanggup kau nak tinggalkan aku seorang diri dekat sini..?"
Jasmine tersenyum nipis " masa bila saya tinggalkan awak seorang diri..? Awak janga risau, bila saya pergi nanti... akan hadir seorang perempuan dalam hidup awak... perempuan yang awak sendiri selama ni nakkan. So mana ada saya tinggalkan awak."
" tapi kau tahu yang aku.."
" apa dia..?" jasmine memotong, senyumannya masih terukir walau hatinya perit " awak nak cakap yang awak dah tak sayang dia..?"
Nama itu tidak disebut, tetapi mereka sama-sama tahu.. fasya.
Jasmine mengeluh perlahan " kalau awak tak sayang dia lagi, kenapa awak ajak dia kahwin...? Sebab nak cabar perasaan saya..?"
" aku..." adyan terdiam. Nafasnya berat. Ya, dia salah.
Jasmine menyambung, suaranya lebih lembut tetapi tegas " awak tak fikir ke macam mana perasaan fasya kalau dia tahu yang awak cuma mempermainkan dia..? Dia masih cintakan awak, adyan. Adil ke untuk dia kalau awak perlakukan perasaan dia macamtu..?"
Angin bertiup lebih kuat. Adyan meraup wajahnya.
" sekarang semuanya dah sampai ke tahap ini. Teruskan jer. Kahwin dengan dia," kata jasmine akhirnya. Senyumannya kali ini lebih ikhlas atau mungkin lebih pasrah " kalini ni saya betul-betul restu. Saya redha dengan apa yang Allah tentukan."
Adyan tiba-tiba mencapai tangan jasmine, menggenggam erat seolah-olah takut kehilangan " aku sayang kau. Tapi janji dengan aku... jangan menghilang. Setia dengan aku. Okey..?"
Jasmine memandang genggaman tangan itu. Hangat. Familiar. Menenangkan. Namun dia menarik nafas panjang.
" saya tak janji."
" kenapa kau tak boleh janji..?"
" sebab saya belum tentu akan selama-lamanya ada di sisi awak, Tengku Adyan Hayder." senyumannya kali ini sarat dengan rahsia. " bila-bila masa je saya boleh pergi jauh dari hidup awak."
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
