BAB 30

2.6K 51 9
                                        

Lima hari sudah berlalu. Di bilik fasya. Fasya berdiri di balkoni, tubuhnya bersandar lemah pada palang besi. Pandangannya kosong menembusi langit senja, fikiran entah ke mana.

" bosan sangat dah ke..?" suara sinis jasmine tiba-tiba menyapa dari sisi " sampai termenung sorang-sorang dekat balkoni ni..?"

Fasya tersenyum nipis. Dia berpaling sekilas memandang jasmine sebelum kembali menatap langit.

" takdelah, aku cuma terfikir pasal esok je, dik," suaranya perlahan " macam manalah keadaan esok nanti. Apa reaksi dia bila dia nampak wanita ni depan mata dia sendiri."

Jasmine tersenyum kecil, nada suaranya tenang " kau buat relax sudahlah. Buat macam biasa je. Macam sebelum ni kau jemput dia dekat airport. Kau macam tak biasa pulak."

Fasya menghela nafas, senyumannya sinis " situasi sekarang dengan dulu dah berbeza, adik. Kau jangan samakan dulu dengan sekarang. Kalau dulu, mungkin dia masih cintakan aku.. tapi sekarang.. aku sendiri tak tahu apa perasaan dia pada aku."

" alaa, tak ada apa pun yang berbeza, kak," jasmine membalas yakin " dia tetap adyan yang cintakan kau sepenuh jiwa raga dia. Kau jangan fikir sangat. Buat macam biasa je, okay..?" jasmine tersenyum, senyuman yang redha.

Jasmine memejam mata seketika. Apa yang akan jadi esok, biarlah jadi. Kalau adyan marah. Kalau adyan nak teruskan penceraian itu. Dia redha.

Tiba-tiba fasya menyentuh jemari jasmine. Jasmine terkedu. Terus dia memandang fasya dengan wajah pelik.

Fasya tersenyum, matanya berkaca " terima kasih..."

Jasmine ketawa kecil, sinis " ehh, kau dah kenapa ni tiba-tiba cakap terima kasih dengan aku.." dia menggeleng. " kau chill lah, kak. Aku bagi dia pada kau bukan sebab perjanjian tau. Tapi sebab adyan."

Jasmine memandang tepat ke wajah fasya " aku fikir adyan yang sayang sangat dekat kau. Kalau aku terus kekal jadi isteri dia, tak ke macam aku ni tengah seksa hati dia..?" dia tersenyum pahit " lagipun... dia pun bukan sayang sangat dekat aku pun. Betul tak..?"

Air mata fasya akhirnya jatuh. Senyumannya retak " lagi sekali, terima kasih..." suaranya bergetar " aku tak tahu macam mana nak balas semua ni, tapi..."

" haihh, shhh." jasmine cepat-cepat menyentuh tangan fasya " kau janganlah cakap macamtu, kau dengar sini." dia tersenyum lembut " kebahagiaan kau dengan dia kan..? Pergilah dengan dia." nada jasmine serius " aku cuma berharap, kau jangan buat kesilapan yang sama. Hargai dia, okay..?" dia menghela nafas " kau jangan lagi hancurkan hati dia."

Fasya mengangguk perlahan. Dua wanita itu saling memandang, tersenyum... dalam senyum yang penuh pengorbanan dan keikhlasan.

 dalam senyum yang penuh pengorbanan dan keikhlasan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.





Keesokan harinya. Di KLIA. Adyan melangkah keluar dari lapangan tiba bersama adiel. Masing-masing menolak bagasi, wajah adyan nampak penat tapi lega.

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang