" apa yang kuat sangat mengeluh tu, adik..? Macam berat sungguh masalah."
Jasmine berpusing ke belakang. Senyuman kecil terukir di bibir bila matanya bertemu wajah lelaki itu.
" paa...?"
Iskandar melabuhkan duduk di sebelah jasmine. Pandangannya tertancap pada pulau di hadapan mereka, senyuman nipis terukir di wajah.
" kenapa ni..? Muka berkerut jer..? Semua okey ke..? Ke ada masalah..? Bergaduh dengan adyan..?"
Jasmine ketawa kecil " bergaduh..? Dah kenapa nak bergaduh dengan dia..? Adik okey jelah. Kenapa papa tanya macam tu pulak..? Papa nampak muka adik sekarang ni macam banyak masalah ke..?"
" takdelah macamtu. Mengeluh kuat sangat sampai papa pun boleh dengar. Kenapa ni..? Semua betul-betul okey ke..? Kalau ada masalah jangan diam, papa ada kan..?"
Jasmine ketawa kecil " tak ada apa-apa lah pa. Tiba-tiba teringat dekat ibu dengan ayah..."
Iskandar tersenyum kelat " dah kenapa tiba-tiba pulak..?"
" tak tahulah. Teringat. Mungkin sebab tadi kakak ada mention dia rindu dengan ibu ayah. Katanya terlalu cepat ibu ayah pergi. Yelah... kecil-kecil lagi, kakak dah kehilangan ibu dengan ayah. Sakit yang ditanggung, berbekas sampai sekarang pa.."
Iskandar mengangguk perlahan " paham, samalah. Papa setiap waktu rindu dengan mereka."
Mereka sama-sama memandang pulau itu, senyap, hanya ditemani angin laut dan kenangan.
Selesai menghabiskan masa di kafe, mereka mengambil keputusan untuk pulang. Fasya masih memegang erat tangan sofea dan ketika juga rosw memanggil anaknya untuk pulang.
" fasya..? Sini sayang. Jom kita balik."
" alaaaa ibu, ayah... fasya nak ikut mama dengan papa. Please..." rayu fasya, memandang iskandar dan sofea penuh harapan.
Rose tersenyum lembut " mana boleh sayang. Esok kita nak kena balik kampung. Jumpa atuk dengan nenek. Lupa ke..?"
" alaaa tapi ibu... fasya nak dengan mama lagi..." fasya beralih memandang pada sofea pula.
" fasya, janganlah mengada-ngada. Kesian mama. Jomlah kita balik. Dah lewat ni."
" haish, tak apa lah," sofea tersenyum. " biar aku bawak balik si fasya ni. Sekalilah, aku nak singgah rumah kau. Rasa macam dah lama jugak kitaorang berdua tak pergi rumah korang. Dah alang-alang ni. Bolehlah singgah kejap."
" tulah, korang jangan risau si fasya ni. Kitaorang boleh tolong hantarkan." sokong iskandar.
Is menyampuk, sedikit ragu " ishh kau ni, jangan nak dimanjakan sangat budak ni."
" alaa, fasya ni pun dah macam anak aku jugak apa..? Takpelah, bukan selalu."
" tak apa ke..? Kalau kau ada urusan lain, takpe. Kau pergi jer settle kan urusan korang berdua. Si fasya ni tak payah dilayan sangat. Dah besar ni, manja tak bertempat dengan korang."
" alaaa tak apa, is. Aku okey je dengan Iskandar. Kau jangan risau. Aku dengan iskandar akan follow korang dari belakang. Okey..?"
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
