Tengah malam itu, rumah sepi. Hanya bunyi kipas berputar perlahan menemani langkah adyan yang berhati-hati menolak daun pintu bilik. Cahaya lampu tidur yang malap memantulkan bayang tubuhnya, dan sebaik dia melangkah masuk, pandangannya jatuh kepada jasmine yang masih terbaring diam.
" tidur lagi rupanya... aku ingat dah bangun dari tadi," gumamnya perlahan, hampir seperti tidak mahu mengganggu lena wanita itu.
Adyan berdiri di sisi katil, menunduk sedikit. Ada raut bersalah di wajahnya, terbit halus di celah keluhan yang dia tahan sejak petang tadi.
'melampau sangat ke apa yang aku cakap pada dia tadi..?' getusnya didalam hatinya, penuh tanda tanya.
Tangannya terangkat, teragak-agak sebelum jari-jarinya akhirnya menyentuh lembut rambut isterinya itu. Dia menyisir perlahan, seolah-olah takut jasmine tersedar.
Namun usapan lembut itu terhenti tiba-tiba apabila dahinya mendarat di kulit jasmine. Wajah adyan berubah serta-merta.
" Ya Allah... panasnya," bisiknya panik. Dia sentuh sekali lagi, kali ini lebih fokus " ehh, kau demam ni..!"
Nafasnya jadi kelam-kabut. Dia merapat sedikit, memeriksa dengan belakang tangan. Panas itu bukan biasa-biasa.
" ya, kau memang demam. Haih, min... kenapa daripada tadi kau tak bagitahu aku yang kau tak sihat.." dia mengeluh, lebih kepada marah pada dirinya.
Adyan bangun tergesa-gesa " apa yang ada dekat dapur tu eaa..? Cool fever..? Haih macam takde. Kalau macamtu, kena keluar ni. Kena belikan ubat... kalau melarat nanti lagi susah."
Tanpa menunggu, dia berpusing menuju ke pintu. Langkahnya pantas, hampir berlari. Dari atas katil, jasmine yang separa sedar hanya sempat melihat bayang adyan berlalu sebelum pintu ditarik rapat. Senyuman kecil, lemah tapi penuh makna terukir di bibirnya.
Ada bahagia yang meresap dalam hatinya, menyedari lelaki itu masih peduli walau perasaan mereka bersimpang siur. Dengan tubuh yang lemah dan mata yang kian berat, jasmine akhirnya kembali terlelap... ditemani rasa hangat yang bukan datang daripada demam, tetapi daripada perhatian seorang suami yang dia tidak sangka masih menyayangi.
————————————-
Tidak sampai lima belas minit, adyan kembali ke dalam bilik dengan nafas sedikit termengah. Di tangannya ada tuala kecil yang sudah dibasahkan tadi. Dia mendekati jasmine perlahan-lahan, seolah takut wanita itu terganggu. Perlahan, tuala itu diletakkan ke atas dahi jasmine.
Bila difikir semula, niatnya untuk keluar membeli ubat untuk jasmine terhenti seketika. Lebih baik dia keluar esok sahaja. Beli ubat sekarang, mana ada kedai farmasi buka tengah malam macamni.
Adyan menarik selimut dan menyelimuti tubuh isterinya itu dengan cermat. Tangannya terhenti sebentar, dia sendiri tak faham kenapa hatinya jadi begini malam ini.
Sejak bila dia sendiri jadi macam ni..? Sejak bila seorang lelaki bernama adyan mula risaukan perempuan yang paling benci.. sampai tak tentu arah..?
Dia mengeluh perlahan. Mungkin... selama ni wanita ini pernah sakit tapi tak pernah bagitahu. Tak nak susahkan dirinya sendiri. Atau... mungkin wanita itu memang berniat untuk memberitahu, tetapi apa gunanya kalau dirinya sendiri buat tidak tahu kewujudan dirinya didalam rumah ini.
Kejamnya..
Saat adyan hendak bangun, jasmine yang sedang tidur lena tiba-tiba mencapai tangan lelaki itu dan menariknya ke dalam pelukan. Adyan hampir terlompat kerana terkejut.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomansaSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
