Di dalam bilik kerja adyan, suasana terasa tegang sejak awal. Lelaki itu berdiri tegak di sisi meja kerjanya, wajahnya keras seperti cuba menahan sesuatu yang bergolak dalam dada.
Di hadapannya, fasya sedang duduk diam di sofa, mata memandang kosong seolah-olah sedang menyusun ayat yang sukar diluahkan. Akhirnya adyan bersuara, nada suaranya terkawal tetapi jelas dingin.
" tell me... apa yang you nak datang office I ni..?"
Fasya mengangkat muka, bibirnya melengkung sinis " I nak melawat boyfriend I lah. Takkan nak melawat boyfriend sendiri pun tak boleh..? Ataupun kena buat appointment dulu dengan boyfriend sendiri..? Stop talking nonsense, sayang.."
Adyan menghela nafas panjang. Kesabarannya diuji " boleh tak lepas ni, tak payah datang office I lagi. Ini tempat kerja. Kalau orang nampak you keluar masuk bilik I, apa pula mereka fikir nanti tentang you dan I..?"
Fasya ketawa kecil, sinis " you nak risau buat apa..? Selama ni pun I selalu keluar masuk sini. Semua orang dah tahu hubungan I dengan you macam mana. Apa yang you takut sangat ni..?"
Dia berhenti seketika, kemudian matanya menyipit " ohhh... I tahu. You takut adik I jealous tengok I selalu jumpa you, right..? You takut dia salah faham..?"
Nada fasya berubah tajam " kenapa..? You dah jatuh cinta dengan dia ke..?"
Adyan berpaling menghadapnya. Kali ini pandangannya serius, tegas " yes. I love her... I love my wife. So, you nak apa lagi..?"
Seolah disambar petir, fasya terus bangun. Matanya membulat, geram " you gila, adyan.!"
Adyan tersenyum sinis " I gila? You yang gila, fasya. Bukan I. Boleh tak you cermin diri you dulu, fasya...? You sendiri yang jodohkan I dengan adik you. Sekarang you marah bila I mengaku yang I dah jatuh cinta dengan dia..?"
Nada suaranya meninggi sedikit. Mujur bilik itu kedap bunyi. Kalau tidak, pasti sudah menjadi buah mulut satu pejabat.
" tapi you tak boleh buat I macam ni..! You tak setia adyan..!! You curang dengan I..!!!" bentak fasya, suaranya mula bergetar.
" you tak terima, kan..?" balas adyan " macamni lah perasaan I dulu... bila you sendiri bagitahu keluarga kita yang I dengan you tak pernah ada apa-apa hubungan."
Fasya terdiam. Kata-kata itu menikam tepat ke hatinya.
" you ingat I ni apa..? Patung ke apa..?" suara adyan mula serak. " I ada perasaan, fasya. Cinta I selama ni cuma untuk you. Tapi bila you buat macam tu... cinta tu makin pudar. Gelap."
Fasya menggeleng laju, air matanya mula bertakung " no... you tak boleh buat I macam ni, sayang. I sayangkan you. Sumpah I sayangkan you."
Adyan mengeluh panjang " kalau you sayang I... kenapa you buat I macam ni..?"
" I..." fasya tertunduk. Dia sendiri tiada jawapan.
" kenapa you lukakan hati I..? Sakit, sayang. Sakit sangat."
Air mata adyan akhirnya gugur juga, walaupun cepat-cepat dia kesat. Ego lelakinya masih cuba bertahan.
" I mintak maaf..." suara fasya pecah. " dulu I buat keputusan tanpa fikir perasaan you, tapi.."
" kita putus."
Ayat itu jatuh seperti hukuman.
Fasya terkaku.
" I tak tahu apa sebenarnya hubungan kita sekarang," sambung adyan perlahan, " tapi bagi I... kita dah putus. Kalau dulu kita tak pernah ada kata penamat, sekarang inilah masanya."
Sunyi.
" kita bawa haluan masing-masing."
Air mata fasya mengalir laju. Dia menggeleng tak henti " tak... I tak nak, sayang. I tak sanggup.. I sayangkan you..."
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
