Di halaman taman yang redup itu, jasmine melangkah perlahan menghampiri adawiyah yang sedang termenung memandang langit biru yang kian redup warnanya.
" jauh termenung, aunty. Fikir pasal apa..? Min nak join sekali boleh tak..?" usik jasmine dengan senyum kecil lalu duduk di sebelah wanita itu.
Adawiyah tersenyum tipis " takdelah jauh mana, min. Dah tua ni... biasalah kan..? Banyak benda difikirkan."
Jasmine memandang wajah itu. Ada garis keletihan yang tak mampu disorokkan " aunty... selagi kita hidup dekat dunia ni, Allah tak akan berhenti beri ujian. Bukan sebab Allah tak sayang. Tapi sebab Allah nak uji keimanan hamba-Nya. Allah uji kita sebab Dia tahu kita kuat untuk tampung ujian tu."
Kata-kata jasmine tenang, tetapi penuh keyakinan.
Adawiyah tersenyum hambar " tapi aunty tak kuat, min. Macam mana Allah beri ujian ni pada aunty sedangkan aunty sendiri rasa tak mampu nak hadap semua ni..?"
Jasmine terdiam sejenak. Dalam hatinya terlintas ujian rumah tangganya sendiri. Konfliknya dengan adyan. Sakit yang ditanggung diam-diam. Betul... kadang-kadang kita pun tertanya, kenapa diuji sedangkan rasa tak kuat..?
Namun jasmine tetap menggenggam tangan Adawiyah dan tersenyum lembut " saya tahu aunty kuat. Kadang kita je tak nampak kekuatan tu."
Adawiyah memandang jasmine, matanya sedikit berkaca.
" min tak nak tanya siapa lelaki pagi tadi..?" soalnya perlahan.
Jasmine tersenyum kecil " saya bukan jenis suka sibuk hal orang. Tapi kalau aunty rasa aunty perlukan tempat luah, saya ada."
Adawiyah melepaskan genggaman tangan itu perlahan lalu kembali memandang langit " lelaki tu.. dia suami aunty."
Jasmine terkedu.
Suami..?
Dadanya terasa panas. Suami sanggup pukul isteri..?
" betul orang cakap," sambung adawiyah dengan suara bergetar, " masa bercinta, semuanya manis. Lepas kahwin... dia berubah. Curi duit aunty. Pukul aunty. Aunty fikir dia lebih baik daripada bekas suami aunty dulu. Tapi aunty silap. Perangai dia tak ubah macam syaitan."
Jasmine menelan air liur. Sedih mendengar pengakuan itu " jadi... hubungan anak aunty dengan dia cuma sebatas ayah tiri sahaja..?" tanya jasmine berhati-hati.
Adawiyah mengangguk perlahan " anak aunty memang tak suka dia. Berkali-kali dia pesan rizal tu bukan lelaki yang baik. Tapi aunty degil. Aunty dibutakan cinta. Sampai sekarang hubungan aunty dengan anak aunty sendiri tak macam dulu..."
Jasmine tersenyum lembut, kembali menggenggam tangan wanita itu " aunty kena tahu satu benda. Masalah bukan untuk dihadapi dengan kekasaran, tapi dilalui dengan sabar. Kalau sabar tu masih boleh bina kebahagiaan, teruskan. Tapi kalau sabar tu hanya buat aunty makin terluka... pergilah. Pergi sejauh yang mungkin.."
Adawiyah memandangnya, air mata sudah mengalir.
" lelaki yang sanggup naik tangan pada isteri bukan lelaki sejati. Sebagai wanita, jangan sebab cinta kita sanggup hilang harga diri dan hak kita sendiri."
Suasana menjadi sunyi. Angin petang meniup lembut, seakan mengusap luka yang tidak kelihatan. Adawiyah mengangguk perlahan, air mata masih menitis.
Dan dalam hati jasmine, dia tidak tahu.. adalah kata-kata yang diberinya kepada wanita itu... suatu hari nanti mungkin perlu dia ulang kepada dirinya sendiri.
————————
Selepas menghantar adawiyah pulang, jasmine terus memandu balik ke rumah sewanya. Sepanjang perjalanan, fikirannya bercampur-baur. Dia sebenarnya risau juga.. keluar pagi, balik petang. Takut julia dan kamelia fikir bukan-bukan.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomantikSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
