" jujur saya akan tunaikan perjanjian kita pada awal awal perkahwinan kita,"
Min jeda seketika dan mengeluh " jadi... marilah kita berpisah."
Terkedu adyan dibuatnya dan terbeliak. Min pula hanya penat mengeluarkan air matanya.
Min senyum sambil mengeluarkan air mata
" marilah kita berpisah dengan cara yang baik. Tanpa ada sikit rasa benci membenci."" apa kau mintak ni?"
" tapi ini bukan permintaan saya, tapi ini adalah permintaan awak. Awak cakap bila jer fasya balik. Kita akan buat haluan masing masing dengan cara yang berpisah."
Mereka berdua menagis. Adyan menagis wehh!
" dan ini adalah masanya. Masa untuk kita pergi dari mimpi ngeri ini. Masa untuk kita bangun dari mimpi buruk ni"
Min cepat cepat lap air matanya.
" aku..."
" adyan? Saya minta maaf. Saya dah pun jadi isteri derhaka tapi saya harap sudah tiba masanya untuk kita..."
" aku tak akan lepaskan kau."
Jeda min. What?! Dia tak nak lepaskan?!
" aku tak akan sebutkan lafaz cerai kepada kau melainkan takdir yang memaksa untuk aku menyebutnya. Aku akan jaga kau. Itu adalah amanah papa kepada aku, selepas akad nikah kita."
" tapi.."
" aku tahu aku bedosa min, berdosa kepada kau. Berdosa kepada allah. Aku dayus kepada kau. Aku banyak kali sakitkan hati kau. Aku memang tak layak untuk perempuan sebaik kau"
" jadi kalau diri tu jahat, tak baik. kenapa nak stay dengan perempuan sebaik aku?"
Wow?! Impress!
Min sinis " kalau diri tu tak layak, jangan nak pernah berada disisi aku. Sebab kau sendiri cakap diri kau memang tak layak."
" disebabkan aku rasa tak layaklah. Aku nak menjadi yang paling baik dan paling layak untuk berada disisi kau."
Hamik kau! Terkedu min.
" aku yakin takdir memang untuk kita. TAKDIR KITA" ditekankan takdir kita kepada min.
" bukan takdir orang lain. Aku jujur aku sayangkan fasya. Masih sayang. Aku tak benci dia tapi aku kecewa. Kecewa dengan apa yang dia buat pada kau sebagai adik kandungnya sendiri dan jadikan aku sebagai kambing hitam untuk rancangan dia. Tapi pada masa yang sama aku sayang kau. Aku sendiri binggung dengan hati aku min"
Tetiba
Min sinis " itu ke yang you gelar you cinta dan sayang i? You memang suka bagi harapan pada i kan? I penat adyan diperbodohkan oleh orang macam you. You tahu i masih sayangkan you, sanggup you gunakan perkataan sayang dan cinta untuk rapuhkan hati i."
" aku belum.."
" apa makna cinta dan sayang you kepada i, tapi pada masa yang sama you masih mencintai perempuan lain? Itu ke yang you gelar cinta?"
Bengang min! So selama ni semua fake?!
Min senyum sinis " itu cinta ke bodoh?"
" tapi tu semua masa silam jasmine nur anissa. Kenapa kau masih nak pertikaikan masa silam aku sedangkan kau sendiri boleh berjuang sehabis baik untuk kuatkan hati aku ni untuk selalu mencintai kau?"
Min sinis " berjuang? Sampai bila? Sampai bila i perlu berjuang?"
" sampai bila bila, sampai kau dah rasa takdir untuk kita memang tak pernah langsung wujud." Tegas adyan langsung tak nak berpisah dengan isterinya itu

ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang yang bekerjaya, memiliki segalanya malangnya dia gagal dalam percintaan. Ditinggal dirinya oleh seorang perempuan demi membalas dendam kepada seorang. Jasmine Nur Anissa seorang yang juga memiliki segalanya...