Di sebuah rumah sewa sederhana di sibu, pintu bilik perlahan-lahan dibuka. Jasmine yang baru sahaja melangkah keluar terus terperanjat apabila dua orang perempuan sudah berdiri betul-betul di hadapan pintunya.
Seorang bertudung litup kemas, seorang lagi berambut panjang terurai tanpa tudung. Kedua-duanya memandangnya tanpa senyuman. Tangan jasmine spontan naik menggaru kepala.
Dia menurunkan tangan, cuba berlagak tenang " hi.. ermmm, ada apa ya..?"
" kau orang baru dalam rumah ni ke..?" soal yang tidak bertudung, wajahnya serius tanpa secalit senyum.
Jasmine telan air liur. Aduh, tak sedap hati.
" haa... haaah..." dia angguk kecil, cuba senyum.
" bila sampai..? Tak nampak pun semalam. Pelik orang zaman sekarang ni, masuk rumah tak reti nak sapa orang dalam rumah ni jugak." yang bertudung pula bersuara, nada sinisnya jelas " kan, ju..?"
Aduh. Teruk-teruk.
" errr... saya minta maaf.. semalam saya sampai sini jer dah nak magrib. Saya ingat takde orang dalam rumah ni, sebab halaman tu kosong. Kasut takde. Tapi maaflah, kalau saya tak sempat nak jumpa korang dulu."
Kedua-duanya hanya memandangnya dengan wajah serius. Sunyi seketika.
Tiba-tiba
" WAHHHH...! ADA HOUSMATE BARU...!!" jerit si tidak bertudung, wajahnya terus berubah ceria.
" ye dohhh, ju..! Aku pun dah bosan tengok muka kau je hari-hari dekat sini..! Naik muak kau tahu..?" yang bertudung ketawa besar.
" ANNOYING.!"
" atototo don't angry-angry mehh." yang bertudung itu menonyoh pipi kawannya sambil ketawa.
Jasmine terpinga-pinga.
Gila ke dua orang ni..?
Seakan tersedar diperhatikan, mereka berdehem kecil sebelum memandang jasmine dengan senyuman lebar
" banyak drama tak kitaorang..?" tanya yang bertudung.
" sikitlah..." jawab jasmine jujur.
" welll, memang kitaorang suka drama-drama ni. So kau kena biasakanlah. Sebab kita akan hidup sama-sama dengan jangka yang lama mulai sekarang."
" ouhh... yer..?"
Yang tidak bertudung kali ini bersuara lembut " kau tak payahlah nak awkward sangat dengan kitaorang. Kitaorang memang macam ni. Orang kata gurau kaso. Tapi hati kitaorang takdelah macam dalam drama melayu tu. Apa kau ingat kitaorang ni housmate yang jahat ke..? BIG NO."
Yang bertudung mengangguk " betul tu. Kau chill je. Kitaorang supporting."
Dia menghulurkan tangan. " nama aku Nur Kamelia Fauzana. Panggil aku Lia jer dah cukup. Tapi jangan panggil aku Camel pulak. Tu unta..!"
" HAHAHA, YOU DESERVE IT CAMEL..!" sampuk kawannya pantas.
Lia menjeling tajam.
Jasmine tak dapat tahan senyum. Dia menyambut huluran tangan itu " Jasmine Nur Anissa. Korang boleh panggil aku Min."
Mereka berjabat tangan sebelum yang seorang lagi pula menghulur " nama aku pulak Siti Julia Farhana. Panggil aku Julia jer."
Selesai berkenalan, suasana jadi lebih santai " korang orang Malaysia ke..?" tanya jasmine, sedikit malu dengan soalan sendiri.
Julia dan lia berpandangan, kemudian ketawa kecil.
" apa pasal..? Kau nampak macam kitaorang ni orang Indonesia ke..?" lia sengih " dia ni je kot, bukan aku." dia menuding ke arah julia.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
