Malam itu, adyan yang baru sahaja ingin menaiki tangga tiba-tiba disapa oleh sofea yang keluar dari dapur sambil membawa secawan kopi.
" adyan...?"
Langkah adyan terhenti. Dia berpaling lalu menghadiahkan senyuman kecil kepada mama mertuanya.
" ya, ma..?"
" kamu baru balik ke..?"
Adyan mengangguk perlahan " haah maa... ada kerja sikit tadi dekat office. Tu yang balik lewat."
Sofea mengangguk faham " ohh... nak makan tak..? Kalau nak, mama boleh panaskan. Nak suruh cik su pun... dia dah tidur waktu macam ni."
Dia berhenti seketika sebelum menyambung, nada suaranya berubah sedikit risau " sekali boleh makan dengan adik. Sebab lepas sarapan tadi.. dia langsung tak turun. Terperap je dalam bilik. Mama ajak makan pun dia tak nak... katanya nak rehat."
Adyan terus mengerut dahi " ohh... jasmine tak makan lagi dari tadi..?"
" haah..." sofea mengeluh perlahan " tu yang mama risau. Dari tadi dia berselubung je. Mama tanya nak pergi klinik tak, dia kata tak nak."
Hati adyan terus rasa bersalah. Dadanya terasa berat. Semua ni... salah dirinya sendiri. Dia menunduk sekejap sebelum bersuara " tak apa lah ma... nanti kalau adyan nak makan, adyan buat sendiri."
" yelah... mama nak hantar air dekat papa kejap. Mama naik dulu."
Sofea berlalu pergi ke atas. Tanpa berlengah, adyan terus melangkah naik. Langkahnya laju, penuh dengan rasa gelisah. Pintu bilik dibuka perlahan.
Kelihatan jasmine masih berselubung di atas katil. Adyan menghampiri dengan langkah perlahan, seolah-olah takut mengganggu. Dia duduk di sisi katil, memandang wajah isterinya yang kelihatan pucat.
Matanya jatuh pada tuala basah yang diletakkan di leher jasmine. Perlahan, dia mengangkat tuala itu lalu meletakkannya di atas meja. Nafasnya tersekat seketika. Kesan lebam jelas kelihatan di leher isterinya.
Adyan pejam mata, menahan rasa bersalah yang semakin menyesakkan dada " maafkan aku... sayang..."
Tangannya naik menyentuh dahi jasmine, memeriksa suhu. Tidak panas. Dia menghela nafas perlahan.
" mungkin dia penat kot..." bisiknya sendiri.
Tak makan... badan lemah... Dia menarik selimut jasmine dengan lebih rapi, membetulkan posisi tidur isterinya dengan penuh berhati-hati.
Layanan itu lembut. Penuh rasa bersalah... dan sayang yang tak terucap. Adyan bangun perlahan. Dia mencapai semula kain tadi. Sebelum melangkah keluar, dia menoleh sekali lagi ke arah jasmine.
Pandangan yang sarat dengan penyesalan. Dan tanpa sepatah kata lagi... dia berlalu pergi.
———————
Selepas menukar pakaian, adyan terus turun ke dapur. Langkahnya sedikit tergesa-gesa. Fikirannya masih terikat pada keadaan jasmine di atas.
Dia membuka kabinet satu persatu, mencari bahan yang boleh digunakan. Masalahnya... dia langsung tak tahu memasak.
" haishh..." dia mengeluh kecil.
Telefon diambil, mencari resepi di internet. Namun semakin dibaca, semakin berkerut dahinya.
" apa benda ni... satu benda pun aku tak faham." akhirnya dia mengalah " lantaklah... aku buat je apa yang aku rasa betul."
Beras dimasukkan. Air dituangkan agak-agak. Segala bahan yang dia rasa sesuai, terus dicampak masuk ke dalam periuk.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
