BAB 59

2K 56 5
                                        

Selepas sahaja makan malam, mereka semua diminta berehat di bilik masing-masing. Pada mulanya, masing-masing memberi alasan kononnya belum mengantuk, kononnya mahu berbual lagi. Tetapi atas "paksaan manja" aidan dan adawiyah, akhirnya mereka akur juga.

Kamelia dan julia terus masuk ke bilik. Penat, kata mereka. Kelas penuh dari pagi sampai ke petang. Aidan pula menghilang ke bilik kerjanya kononnya ada urusan yang perlu diselesaikan.

Hanya jasmine yang memilih untuk duduk di luar halaman. Angin malam menyapa lembut wajahnya. Namun hati yang berserabut tetap terasa sesak. Tiba-tiba satu suara lembut menyapa dari belakang.

" tak sejuk ke angin luar ni..? Boleh mummy tumpang sekali..?"

Jasmine berpusing. Senyuman kecil terukir di bibirnya " ehh, mummy buat apa dekat luar ni..? Banyak nyamuklah. Kang kena gigit, tak cun dah mummy aidan macam ni."

Adawiyah ketawa kecil lalu duduk di sebelah menantunya " macamtu pulak ya..? Tak apalah, kita sama-sama kena gigit. Baru sama-sama tak cun."

Jasmine menggeleng perlahan " aikk, macamtu pulak...?"

Kedua-duanya ketawa kecil sebelum suasana kembali sunyi. Hanya bunyi dedaunan dan cengkerik menemani.

Adawiyah memandang wajah jasmine lama " semuanya dalam keadaan yang baik, jasmine..? Ada benda nak kongsi cerita dengan mummy..?"

Jasmine mengerutkan dahi " dah kenapa mummy tanya macam tu..? Jasmine okey jelah. Tak ada apa-apa masalah pun.."

" pasal adyan nak.."

" tak payahlah mummy cakap benda tu." nada jasmine berubah sinis " jasmine terlalu penat.. penat nak fikirkan masalah tu."

Adawiyah menarik nafas panjang " dia.."

" dia dah terlanjur dengan kakak angkat jasmine dan sekarang perempuan tu mengandung..? Itu ke mummy nak bagitahu, jasmine..?"

Terdiam adawiyah. Tiada jawapan.

Jasmine tersenyum hambar " tak apalah mummy. Pandai dia buat, pandailah dia tanggung. Dia kena bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat sampai perempuan tu mengandung."

" tapi mummy tak percaya adyan buat macam tu. Mummy kenal anak mummy. Ye, memang adyan dulu khilaf, tapi sekarang adyan dah tak macam dulu.." adawiyah cuba menyakinkan hati menantunya.

Jasmine tertawa kecil tanpa humor " lelaki, mummy... kalau dah ikut nafsu, apa je boleh jadi."

Adawiyah tidak membalas. Beberapa saat kemudian, jasmine bersuara lagi " mummy dengan uncle rizal macammana..? Dah okey dah sekarang..?"

Adawiyah menggeleng perlahan. Senyuman sinis terukir di bibirnya " jodoh kami sampai sini sahaja. Kami dah bercerai..."

" baguslah tu. Dia dah pukul mummy kan..? Kenapa perlu bertahan..? Lelaki macam tu memang patut dari awal mummy minta cerai."

Adawiyah mengangguk perlahan " mummy tahu, tapi sebenarnya.. mummy tak sanggup nak bercerai buat kali kedua. Tapi..."

" sebab aidan..?" teka jasmine.

Anggukan kecil menjadi jawapan.

" dah betullah apa yang aidan buat tu mummy. Dia cuma nak mummy bahagia je. Kalau jasmine jadi aidan pun, jasmine akan buat benda yang sama.."

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang