BAB 2

5.9K 129 3
                                        

Malam semakin larut di kedai bunga kecil itu.
Lampu neon di bahagian hadapan sudah dipadam, hanya tinggal cahaya lampu jalan yang samar-samar menerangi wajah naura yang sedang mengunci pintu grill.

Di sebelahnya, jasmine atau lebih mesra dipanggil min setia menunggu sambil memeluk tubuh, melindungi diri dari angin malam. Sebaik pintu itu selesai dikunci, mereka mula melangkah keluar bersama menuju tempat kereta jasmine.

" nak aku hantar kau balik, ra..?" jasmine bersuara ceria, cuba buat lawak meskipun matanya jelas penat " aku okay je nak hantar kau. Lagipun lama tak melawat rumah kau. Bolehlah, aku jadi polis pencen kejap, kan..?"

Min gelak kecil. Naura turut tersenyum, sambil menggeleng " tak payah nak jadi polis pencen sangatlah. Rumah aku masih sama macam bulan lepas. Tak ada aku nak tambah kandang kambing untuk kau.!"

" kuk mung.!" jasmine tergelak sambil menggeleng lagi.

Naura tersenyum lebih lebar " lagipun kejap lagi aakif datang nak ambik aku. So, kau tak perlu ajak aku naik kereta kau yang mahal tu. Okey..?"

Min mendengus kecil " untunglah ada suami. Aku ni ada suami macam tak ada suami. Baik membujang sampai tua, kan..?"

Dia ketawa... tapi naura nampak jelas kerana tawa itu kosong, tak berjiwa.

Naura jeling " kau ni... benda ni tak akan selesai kalau kau tak bagitahu hal sebenar pada dia. Kau pun tahu tu benda tu kan..?"

Jasmine terus diam.

" tadi kau balik rumah sekejap... dia ada..?" tanya naura akhirnya.

Jasmine angguk perlahan, bibir terukir senyum yang langsung tak membawa bahagia.

" lepas tu apa jadi..? Kau dah bagitahu perkara sebenar pada dia..?"

Kening jasmine terangkat " perkara sebenar apa dia..? Don't start, naura. Merepek je."

Naura berhenti berjalan, memandang tepat ke wajah sahabatnya " aku merepek..? Kau tu yang merepek. Menipu pasal kerja sendiri... sanggup pakai baju macamni walaupun kau sendiri tak selesa. Kau ingat aku tak tahu ke..?"

Jasmine menunduk.

" lepastu juga, kau upah orang dalam kelab malam tu untuk jadikan kau punya plan menipu tu lebih menjadi. Kau ingat aku tak tahu jugak ke pasal benda tu..?"

Jasmine lagi terkedu.

Naura menghela nafas panjang " sampai bila kau nak sorok..? Sampai kau mati baru suami kau tahu dari orang lain..?"

Min berhenti juga, pandang naura tajam " ishh kau ni, takde sampai macam tu..."

" habis tu..? Sampai bila..? Sampai kakak kau balik..? Fasya..? Kau masih nak positif pasal kakak kau tu walaupun dia dah fitnah kau macam-macam, kan..? Kakakk apa macam tu..?" naura menggeleng, tak puas hati " tolong jangan baik sangat, min."

Jasmine hanya mengeluh. Ada duka dalam matanya " dia tetap kakak aku, naura. Darah tetap darah. Dia pernah jadi orang paling penting dalam hidup aku. Aku tak nak bermusuhan dengan dia."

Naura mendengus kecil " cehh, talian darah lah sangat."

Senyum tawar terukir di wajah jasmine, tapi dia berdiam.

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang