Angin malam menyapa lembut wajah jasmine yang berdiri di balkoni biliknya. Rambutnya yang dibiarkan lepas beralun perlahan, seiring dengan perasaan yang masih berserabut di dada.
Telefon di tangan digenggam erat, matanya tajam memandang skrin dengan wajah kamelia dan julia yang terpampang di situ. Suara jasmine kedengaran dingin, sarat dengan rasa geram yang belum reda.
" kau tahu tak..? Selama ni aku rasa macam orang bodoh... sebab tak tahu apa-apa. Rupa-rupanya diaorang tu tak kahwin pun. Kau boleh bayangkan tak, macammana perasaan aku sekarang ni..? Benggang weh, sumpah benggang."
Kamelia menjungkit kening, senyuman sinis terukir di bibirnya " and then..? Apa yang kau nak marah sangat ni.. Bukan ke sepatutnya kau happy... sebab sekarang ni suami kau tu tak jadi nak madukan kau dengan perempuan lain..?"
" tu lah tu. Ni belum apa-apa dah emosi dulu." julia menyampuk pantas, seolah menyokong.
Jasmine mengeluh kasar, memalingkan wajah ke arah langit gelap " haihh... tapi still lah. Kenapa..? Kenapa aidan langsung tak nak bagitahu aku..? Sedangkan aku yakin, dia mesti dah tahu dulu yang mana lelaki tu tak jadi kahwin dengan perempuan tu. Ehh, aku sumpah sakit hati.!"
Julia ketawa kecil, jelas terhibur " hello, mak cik. Kau lupa ke..? Kau sendiri cakap dengan dia kan, kau tak nak tahu apa-apa pasal suami kau. Bila aidan buka cerita jer pasal laki kau, apa yang kau buat..? Kau potong dia nak cakap kan, betul tak apa yang aku cakap ni..?"
Jasmine terus terdiam. Kata-kata itu menikam tepat ke dalam fikirannya. Ada benarnya.
Kali ini Kamelia pula ketawa " kau ni kan jasmine, sumpah aku cakap kau ni kelakar, jasmine. Mengamuk tak tentu pasal."
Jasmine berpaling semula ke skrin, wajahnya berkerut " kau tak payah nak beria gelak ea..? Apa yang kelakar pulak..?"
" yelah, kelakar sebab... kau yang lari dari masalah, lepas tu kau marah orang lain. Ironi betul."
Gelak mereka berdua bergema, membuatkan jasmine menjeling tajam ke arah telefon.
" sudahlah.! Aku call korang ni.. aku ingat nak mengadu nasib tapi rupanya aku pula kena. Sakit hati." rungutnya, jelas tidak puas hati.
Julia mengangkat tangan tanda menyerah " okay, okay... kitaorang mintak maaf."
Gelak mereka reda. Suasana kembali tenang, walaupun ketegangan masih terasa.
Kamelia kemudian bersuara, lebih serius " jadi sekarang ni... apa plan kau..?"
Jasmine menghela nafas panjang " plan apanya..? Kerja lah. Aku nak uruskan balik business aku yang lama tergendala tu. Apa lagi yang aku boleh buat..?"
Kamelia menggeleng " bukan tu. Yang aku tanya ni pasal kau dengan suami kau tu. Kau masih nak bertekad, berpisah dengan dia ke jasmine..? Kau sanggup nak lukakan hati sendiri..? Kau sanggup nak tipu perasaan sendiri..?"
Jasmine terdiam seketika sebelum menjawab perlahan " aku tak tahu... aku tak jumpa dia lagi. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Sama ada, hubungan ni perlu diteruskan atau tidak. Aku tak tahu."
Kamelia mengeluh berat " jasmine. Cuba kau fikir betul-betul. Kau ingat tengku tu nak ke lepaskan kau..? Kalau dia nak, dia tak payah nak tunggu enam tahun ni baru dia nak lepaskan kaulah. Percayalah cakap aku. Kalau dia memang tak nak kau, dari dulu lagi dia ceraikan kau. Tapi apa yang dia buat sekarang ni..? Dia pertahankan, jasmine."
Jasmine ketawa sinis, namun matanya redup " dia tak nak lepaskan aku sebab dia nak seksa aku, lia. Dia nak aku tanggung semua... sebab aku tinggalkan dia macam tu je."
Julia menggeleng perlahan " kau ni keras kepala kau masih tak berubah sampai sekarang eaa, puan jasmine..?"
Jasmine menjuihkan bibir " ngehhh... ikut kepala kau lah.!"
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
