Hampir sejam adyan meninggalkan jasmine di bilik itu seorang diri. Hatinya resah, tidak tahu apa yang berlaku dengan isterinya dan mungkin jasmine masih marah besar.
Dia membuka perlahan pintu bilik. Katil itu kosong. Hati adyan mencelaru. Mana jasmine..? Dia menutup pintu perlahan-lahan dan mula mencari kelibat isterinya.
" sayang...?" panggilnya lembut, langkahnya berhenti di tengah bilik.
Diam.
" sayang... kau jangan macam-macam, kau dekat mana..?" adyan menambah, nadanya mulai risau.
Tiba-tiba, pintu bilik air terbuka luas. Adyan segera melangkah, tetapi jasmine sudah keluar, membawa tiang untuk memasukkan air ke sesuatu. Adyan mengeluh dalam hati, memandang jasmine dengan campuran risau dan kecewa.
" encik ni dah kenapa..?" soal jasmine dengan nada sinis, tangannya masih memegang tiang itu.
Adyan melangkah lebih dekat, meneliti wajah jasmine satu persatu " kau pergi mana..? Kan aku kata duduk saja dekat katil tu diam-diam. Tak dengar cakap, betullah."
Jasmine menolak tangan adyan. Tatapannya kosong " saya pergi tandas pun salah ke..? Takkan nak kena tahan juga..?"
Dia berlalu, duduk kembali di katil. Adyan mendekat, cuba membantu jasmine duduk lebih selesa.
" mari sini, aku tolong kau..." katanya perlahan.
Jasmine menolak mentah-mentah " tak payah. Encik tak payah susahkan diri encik untuk tolong orang yang cacat macam saya ni."
Dia duduk separa di katil, bibir muncung, wajah masih dingin. Adyan duduk di kerusi, menatap jasmine dalam diam.
" so.. kau macam mana hari ni..? Okey sikit..? Better than before..?" adyan bertanya, nada lembut.
" hmmm," balas jasmine ringkas, tanpa emosi.
" kau ada nak makan apa-apa lagi tak..?" adyan mencuba lagi, ingin tahu apa yang isterinya mahu.
Jasmine menatap tajam " dahlah encik. Encik tak payah nak tanya apa-apa. Tak payah nak caring pasal saya. Lebih baik sekarang ni encik balik semula ke sana. Encik jaga bakal isteri encik tu. Dia lebih layak untuk dirawati daripada perempuan murahan macam saya ni."
Adyan terkejut " sayang... sudahlah.. kau janganlah gelarkan diri kau macam tu lagi. Kau bukan perempuan macam tu... kau..."
" siapa yang beri gelaran itu pada saya..?" potong jasmine, suaranya sinis " selama ni encik adyan, saya sabar. Saya tahan dengan apa yang encik hina saya. Tapi kali ini... maaf. Saya tak dapat nak tipu diri saya lagi. Saya mengalah... saya mengalah dalam memperjuangkan cinta saya."
Adyan geleng kepala, menahan emosi " tak... aku tahu itu bukan apa yang tersurat dalam hati kau. Kau sengaja jer kan sebenarnya..?"
" apanya, encik adyan..? Saya penat. Penat nak pura-pura kuat, tapi hati saya langsung tak sekuat daripada apa yang saya mahukan," jasmine menjawab, suara lembut tapi penuh kepedihan.
" baliklah, encik adyan. Saya tak perlukan awak dekat sini. Awak paksa pun, saya memang tak akan ikut awak balik ke sana semula."
Kring... kring...
Adyan mengeluarkan telefon dari poket, berjalan sedikit menjauh, dan menjawab panggilan " hello... kenapa, diel..?"
" kau balik sini dan terus ke rumah mertua kau sekarang jugakk...! Fasya..!" suara di hujung talian cemas.
" kenapa dengan dia..?" adyan terkejut.
" fasya dia buat hal. Dia kena belasah teruk dengan bapak mertua kau. Baik kau balik sekarang sebelum dia lagi teruk."
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
