Malam itu sunyi di rumah adyan dan jasmine. Usai mandi, jasmine melangkah keluar dari bilik dengan rambut masih lembap. Dia menjengah ke luar rumah, mencari kelibat suaminya yang sejak petang tadi entah ke mana.
" tak balik sini ke dia malam ni..?" soalnya perlahan, lebih kepada diri sendiri. Risau mula bertandang dalam hati.
" entahlah... mungkin balik rumah daddy kot," jawabnya sendiri sambil mengangkat bahu, cuba menenangkan perasaan yang tidak sedap.
Jasmine mengeluh kecil. Tuala mandi diletakkan di penyidai, lampu bilik dipadam, lalu dia berbaring. Badannya letih, tapi fikirannya masih berserabut dengan kejadian petang tadi. Lama dia memujuk diri sebelum akhirnya terlelap.
Sekitar pukul dua pagi, pintu bilik jasmine terbuka perlahan. Bunyi engsel yang halus hampir tenggelam dalam sunyi malam. Seorang lelaki masuk dengan langkah berhati-hati, seolah-olah takut mengejutkan penghuni bilik itu.
Adyan.
Dia mendekati katil, kemudian merebahkan tubuh di sebelah jasmine. Tanpa kata, lengannya melingkari pinggang isterinya, memeluk erat. Bibirnya singgah di rambut belakang jasmine. Bau harum rambut itu membuatkan dadanya sesak, rindu yang lama dipendam tiba-tiba menyerbu.
Jasmine sebenarnya terjaga. Dia sedar sejak pintu dibuka tadi, namun dia tidak berani bergerak. Ketakutan akibat kejadian petang tadi masih bersisa.
" lagi dua minggu je kau nak pergi tinggalkan aku, sayang..." suara adyan kedengaran serak. " aku fikir bila aku balik kali ni, aku boleh ambil hati kau semula. Tapi aku silap. Kau masih nak juga berpisah."
Air mata jasmine mula mengalir senyap-senyap. Dia masih memejamkan mata.
" aku minta maaf... aku pernah hina kau. Aku pernah caci kau. Aku pernah cakap kau perempuan murah, jijik..." suara adyan pecah. " aku bodoh, sayang. Bodoh sangat sebab tak pernah nampak betapa kau sayangkan aku."
Jasmine menggigit bibir, cuba menahan esakan.
" aku jujur... aku dah tak cintakan fasya. Tapi aku sayangkan kau." dia menarik nafas panjang. " aku tak pernah pun terfikir nak kahwin dengan dia bila aku tahu semua ni."
Tangisan adyan makin jelas.
" aku buat semua tu sebab aku nak sakitkan hati kau. Aku geram... geram sebab kau macam tak kisah. Aku ingat kau akan lawan, akan berontak. Rupanya aku silap. Aku lupa... hati kau dah tawar dengan aku."
Dalam diam, hati jasmine menjerit " saya tak pernah tawar hati dengan awak, adyan... tak pernah." air matanya mengalir tanpa henti.
" kalau kau dengar sekarang ni... aku nak kau tahu aku sayang kau sangat. Tolong jangan tawar hati dengan aku..? Aku dah mula jatuh hati dengan kau..."
Pelukan adyan semakin erat.
Tiba-tiba jasmine berpusing menghadapnya. Tanpa kata, dia memeluk lelaki itu kuat-kuat. Adyan tersentak, jelas terkejut. Kepala jasmine disandarkan ke dada adyan, mencari ketenangan yang selama ini dia rindukan.
" sayang...?" bisik adyan perlahan.
Jasmine mengangkat wajah. Matanya masih basah, tapi ada senyuman kecil terukir.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
