Majlis pun selesai, suasana riuh rendah dipenuhi dengan senyuman dan pelukan. Adyan, muzaffar, iskandar, sofea, aakif dan adiel mula bersiap untuk pamit pulang, disambut dengan hangat oleh semua yang hadir.
Tangan faiqihah masih erat memegang tangan adyan. Fasya tersenyum sambil menggeleng kepala. " haihh si faiqihah ni. Faiqihah sini, daddy nak balik lah."
" alaaa, sekejapnya daddy nak balik..." rungut faiqihah manja.
Adyan cangkung, menatap wajah gadis kecilnya dengan lembut " takpe.. daddy janji, nanti bila-bila daddy free, daddy datang sini jumpa faiqihah, okey..?"
Faiqihah yang tadi monyok tiba-tiba tersenyum lebar. Adyan sedikit pelik, matanya memandang penuh tanda tanya.
" betul ke, daddy..?! Daddy janji kalini daddy datang sini mesti bawak bidadari yang daddy cerita tu. Faiqihah nak sangat tengok aunty cantik tu..!!" teriak faiqihah teruja, harapan bercahaya di matanya.
Adyan hanya mengeluh kecil, bertukar pandang dengan yang lain. Yang tidak tahu hanya tersenyum mengerti.
" daddy..? Boleh ke..?" faiqihah bertanya, penuh rasa ingin tahu.
Adyan tersenyum, mengusap rambut anak gadisnya " yer, kalini daddy janji. Nanti daddy bawak sekali bidadari daddy tu untuk faiqihah, okey..?"
" yeahhh..!" faiqihah melompat girang.
Adyan bangun, tersenyum dan menepuk belakang faiqihah " dah pergi dekat ibu. Kami semua nak balik dah ni."
Faiqihah mengangguk, lalu berlari ke arah fasya. Fasya tersenyum, mengusap rambut anaknya " hati-hati balik."
Semua mengangguk, mengucap selamat jalan.
" ouhh sebelum saya terlupa, nak pesan nanti minggu depan datang tau rumah kitaorang. Kami sekeluarga nak buat kenduri sedikit," jelas sofea kepada mereka semua.
" insyaAllah, datin... Kami akan menyusuri ke sana," jawab aisyah dengan hormat.
Semua mengangguk, senyum terukir di wajah.
" okeylah, kami gerak dulu. Assalamualaikum..."
" waalaikumsalam..." balas mereka serentak.
Dengan hati gembira, mereka bergegas meninggalkan tempat itu, membawa kenangan manis yang hangat di hati.
————————-
Sementara itu di kedai jasmine, pintu diketuk perlahan sebelum dibuka. Jasmine melangkah masuk, langkahnya penuh yakin, sambil menolak troli kecil berisi beberapa barang.
Naura yang sedang menyusun bunga di kaunter segera menoleh, matanya terpaku seketika, kemudian tersenyum melihat kehadiran pelanggan yang tak disangka itu.
" selamat datang ke kedai bunga kami..!" naura bersuara ceria, meski sedikit terkejut.
Jasmine hanya tersenyum, pandangannya bertemu mata naura. Mereka berdua duduk di kerusi rehat yang disediakan, menimbulkan suasana canggung namun penuh nostalgia. Naura menatap jasmine, masih tak puas hati. Jasmine sinis dan menggeleng kepala.
" dah kenapa kau pandang aku macamtu sekali..? Terkejut dengan penampilan terbaru aku ke..? Ke... kau terkejut sebab aku ni makin cantik..? Yelah, walaupun usia dah meningkat, tapi still awet muda kan..?" jasmine cuba bergurau, tapi naura tetap tak tertawa.
" dah enam tahun, kenapa baru reti nak jejak sini semula..?" naura bersuara dengan nada jeling, masih menyimpan rasa kecewa.
Jasmine terdiam, kemudian cuba mengubah topik " ermm.. ehh, mana aakif..? Lama gila aku tak nampak dia.. dia pergi hantar barang eaaa..?"
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
