Perasaan jasmine kini kian membeku. Sosok lelaki yang menghancurkan hatinya itu muncul di hadapannya sekali lagi, menghidupkan kembali semua luka lama.
" apa yang awak buat dekat sini, adyan...? Macam mana awak boleh tahu saya ada dekat sini...?" suara jasmine bergetar, penuh ketakutan dan amarah.
Adyan melangkah perlahan, cuba merapat dan menggapai tangan isterinya. Namun, jasmine menolak mentah-mentah, setiap inci sentuhan adyan ditolak dengan tegas.
" aku nak bawak balik isteri aku lah... aku perlukan dia di sisi aku," suara adyan penuh rayuan, tapi jasmine menundukkan kepala, menahan diri daripada menghiraukan kata-katanya.
" balik," balas jasmine dingin, tidak memandang adyan.
" pandanglah dulu suami yang kau cinta ni, sayang..." rayu adyan lagi, matanya penuh harapan.
Jasmine akhirnya menatap adyan, renungan tajam dan sinis " awak gelar saya apa..? Sayang..? Propa..!! Awak tak pernah cintakan saya, adyan..! Gelaran yang baru awak sebutkan tadi... semestinya tak layak untuk saya dapatkan..!"
Adyan terdiam.
" ataupun awak datang sini sebenarnya awak cuma nak ceraikan saya..?" jasmine menambahkan nada sinis dalam suaranya, air mata mengalir deras " baguslah... perempuan murahan macam saya ni tak layak untuk bersama dengan awak, Tengku Adyan Hayder..! Sampai mati pun dalam kepala otak awak, saya ni hanyalah seorang perempuan murahan."
" sayang... aku boleh explain... aku..." adyan tergagap, cuba membela diri.
" awak nak explain apa, adyan..? Awak nak sangat kahwin dengan dia, kan,.? Awak kahwinlah sana..! Perempuan murahan yang awak gelar ni tak akan pernah setanding dengan perempuan yang awak agungkan tu..!!" jasmine menjerit, emosinya meledak.
" sayang..." adyan cuba merayu lagi, tapi jasmine menepisnya.
" balik. Saya cakap pergi balik. Saya tak nak tengok muka awak dekat sini. Awak baliklah..!!!"
" NO..! Selagi kau tak ikut aku balik, selagi tu aku tak akan berganjak." adyan cuba mengejar, langkahnya tergesa-gesa.
" sukahati kaulah..!" jasmine menoleh sepenuhnya, menepis semua kata-kata rayuan itu, dan melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan beg yang terjatuh di lantai.
Adyan berlari, berjaya menggapai lengan jasmine.
" lepaskan saya, adyan," jasmine menahan emosi, cuba mengekalkan kontrol walaupun hatinya hampir pecah.
" tak.! Kau kena dengar dulu apa aku nak cakap ni. Tolonglah kali ni je, beri aku peluang untuk jelaskan semua benda ni."
Jasmine menolak lagi, menatap adyan tajam " itu jerlah.!! Peluang dan peluang.! Awak ingat saya ni apa, adyan..? Takde perasaan ke apa..?!! Awak buat saya ni... awak gelarkan diri saya macam takde nilai langsung di mata awak..!!"
Adyan mengeluh, begitu juga jasmine. Kedua-duanya sesaat membisu, perasaan bercampur antara amarah, sakit, dan kecewa.
" saya penat, adyan... Tolonglah kali ni turuti permintaan saya. Lepaskan saya. Saya penat, adyan... penat dengan permainan awak dan permainan tunang awak..!! Pergi jelah kahwin dengan dia... saya malas nak masuk campur lagi antara awak dan dia..!!"
Tiba-tiba, adyan memeluk jasmine dengan erat. Jasmine terdiam membeku. Seluruh tubuhnya kaku, hatinya bergegar.
" aku tak nak lepaskan kau... aku sayang kau. Aku dah cakap kan, sayang... aku tak akan sesekali lepaskan kau."
Adyan melepaskan pelukan sebentar, menatap jasmine dengan penuh kerinduan " Ya Allah.. rindunya aku dengan kau, sayang... kau hilang hampir dua minggu, aku sunyi... aku perlukan kau dalam hidup aku."
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
