BAB 38

2.3K 73 17
                                        

Seusai melangkah keluar dari bilik, jasmine menarik nafas panjang seolah-olah cuba menenangkan dirinya. Dadanya masih terasa sesak selepas perbualan tadi. Tanpa berlengah, dia terus menuruni tangga.

Namun baru beberapa langkah tiba di bawah, tiba-tiba satu suara menyergahnya.

" mana adyan..? Lama lagi ke dia nak turun..? Lama dah aku tunggu dekat pelamin daripada tadi."

Jasmine tersentak kecil. Hampir terlepas nafasnya. Fasya berdiri di hadapan dengan wajah penuh tanda tanya.

Jasmine segera menggaru kepala, walaupun langsung tidak gatal. Otaknya ligat mencari alasan.

" macam mana nak cakap eh... adyan sebenarnya..."

" sebenarnya apa..?" fasya mencelah, semakin ingin tahu.

Jasmine telan liur " dia tengah bersiap. Haah... bersiap.! Mungkin ambil masa sikit kot. Kau boleh tunggu tak..?"

Dalam hati, jasmine sendiri mengeluh. Aduhai jasmine... apa yang kau buat ni..?

Fasya menghela nafas lega " ouhhh... aku ingat apa tadi."

" kau ingat apa..?"

" takdelah, aku ingat dia tak nak ambil gambar dengan aku. Yelah... mana aku nak letak muka aku ni dengan saudara mara yang lain kalau dia buat macam tu..?" fasya tersenyum kecil, jelas cuba menutup rasa malu yang mungkin sudah terbayang.

Jasmine hanya mampu angguk sambil memaksa senyuman " tak mungkin, tak mungkin adyan buat macamtu. Tak apa. Sekejap lagi dia turun."

Fasya kelihatan sedikit tenang " okaylah. Aku ke depan dulu. Sementara tunggu dia, aku ambil gambar sorang-sorang dululah."

" baik, kak," balas jasmine lembut.

Fasya berlalu pergi. Senyum jasmine masih terukir, tetapi sebaik kelibat itu hilang, senyumannya mati serta-merta.

Hatinya mula tidak keruan.

Tak boleh jadi ni... kalau adyan tak turun juga.... Macam mana fasya nak hadap semua orang nanti...? Malu dia.

Jasmine menggigit bibir, gelisah.

Akhirnya dia membuat keputusan. Tanpa berfikir panjang, dia terus berpusing dan menaiki tangga semula. Langkahnya kali ini lebih laju. Dia tahu... walau apa pun terjadi, dia perlu pujuk adyan turun. Walaupun hatinya sendiri masih luka.

————————-

Sampai sahaja di tingkat atas, jasmine mula melangkah perlahan. Matanya liar mencari kelibat adyan. Dia siap menjenguk dari celah pintu yang sedikit terbuka, malah sempat berdiri kaku beberapa saat di depan bilik mereka.

Kosong.

Katil sudah tiada penghuni. Jantung jasmine tiba-tiba berdegup laju " Ke mana pula dia ni..? Takkan... lari..? Aduii jangan buat hal sudah..." bisiknya cemas.

Tanpa berlengah, jasmine terus menolak pintu bilik luas-luas. Dan saat itulah dia nampak adyan berdiri di depan cermin, sudah lengkap berpakaian kemas, sedang terkial-kial membetulkan butang baju.

Lega rasa hatinya sampai dia hampir ketawa sendiri. Adyan yang perasan kehadiran jasmine memandang pelik.

" kau dah kenapa..?"

Jasmine cepat-cepat menggeleng, senyum nipis " takde, saya ingat awak pergi mana tadi."

" kau ingat aku pergi mana..?"

" mana tahu... marah sangat dekat saya sampai nak lari."

Jasmine menutup pintu perlahan lalu menghampiri suaminya. Ada getar halus dalam langkahnya.

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang