Di GSC, dalam suasana gelap wayang mall, mereka memilih seat couple. Hanya berdua. Adyan terlalu fokus menonton Avatar: The Way of Water. Jasmine pula mengambil kesempatan memandang suaminya dengan wajah yang masih sama, kacak, tenang, dengan senyuman kecil yang buat hati dia selalu kalah.
Adyan menoleh ke arahnya, sebelah kening dijongkitkan. Kenapa pula isterinya melihatnya sampai seperti itu sekali..? Tahulah, si adyan tu kacak. Tak payah tengok lama-lama pun.
Jasmine terus senyum kecil, menggeleng sebelum kembali memandang skrin. Beberapa saat kemudian, bahu mereka bersenggol. Jasmine tersentak sedikit.
Adyan menghulurkan tangannya. Jasmine terpaku, memandang tangan itu dengan blur. Nak kena buat apa ni..?
Tangan adyan masih bergerak, seolah-olah menunggu. Jasmine tetap tak faham. Adyan menghela nafas perlahan, lalu tanpa banyak drama, dia capai tangan jasmine dan menggenggamnya erat.
Jasmine kaku.
Adyan kembali fokus pada movie, bibirnya terukir senyuman sinis kecil. Jasmine pula... senyum tanpa sedar, wajahnya panas. Blushing teruk.
Pelik. Pelik bin ajaib. Swag betul cara otak si adyan ni berfungsi. Namun tiba-tiba, senyuman jasmine perlahan-lahan mati. Dia memandang adyan dengan mata yang sayu.
'hubungan kita akan terus macam ni sampai bila-bila ke, adyan..? Bila fasya balik nanti... you akan terus pergi pada dia tanpa ingat yang I masih isteri you ke..?' Getus jasmine dalam hatinya dengan sayu.
Jasmine sambung dan ketawa sinis dalam hati ' nope... I lupa. I ni isteri you ke sebenarnya..? Selamanya kita takkan pernah hidup sebagai suami isteri yang betul-betul penuh dengan cinta, adyan.."
Dia penat. Terlalu penat. Jasmine perlukan tempat bersandar. Tiba-tiba, adyan menepuk bahunya perlahan, satu isyarat senyap. Isyarat supaya dia meletakkan kepala di bahu lelaki itu.
Jasmine tersenyum sinis. Perlahan, dia sandarkan kepala di bahu adyan. Saat itu juga, air mata jasmine jatuh berjurai senyap di pipinya,
tanpa adyan sedar.
——————-
Sehabis sahaja wayang, mereka berdua terus berjalan satu mall itu akan tetapi pergerakkan jasmine terhenti dan membuatkan adyan tak perasaan yang jasmine menghentikan langkahnya.
Mata wanita itu tertumpu pada kedai emas habibi didepannya itu. Alangkah seronoknya perasaan seorang isteri apabila seorang suami hadiahkan sebentuk cincin pada isterinya.
Mana tidaknya, sepanjang perkahwinan adyan langsung tidak memberi cincin sebagai hadiah buat isterinya. Al maklum, perkahwinan yang tidak diingini.
Dia terus pandang adyan yang menonong sahaja jalan dengan senyuman sayu lalu tunduk. Langkah adyan terhenti dan perasan yang bayangan jasmine menhilang
Adyan berjalan ke arah jasmine dan pelik " kau kenapa...? Ada masalah ke..?"
Jasmine angkat kepalanya dan pandang adyan lalu geleng tanpa senyum diberikan kepada adyan " tak ada apalah, jomlah kita balik. Dah lewat ni."
Jasmine berjalan pergi meninggalkan suaminya dan adyan pelik lalu dia perasan kedai emas habibi itu dihadapannya lalu senyum senget. Sudah dapat teka nampaknya, apa yang isterinya mahukan.
" sekejap, sayang."
Langkah jasmine terhenti dan pusing senyum pandang adyan " kenapa..? You tak nak gerak balik ke..?"
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
