BAB 4

4.5K 106 1
                                        

Angin petang menyapa lembut di pesisir pantai. Ombak kecil berkejaran ke kaki, membuatkan jasmine dan fasya ketawa setiap kali air laut mengena paha mereka.

Pakaian sedondon yang berwarna biru pastel bercorak ringan terletak cantik pada tubuh mereka. Rambut masing-masing diikat kemas, topi pantai terletak manis.

Dari jauh lagi, orang boleh tahu mereka adik-beradik yang penuh 'sunshine vibes'. Jasmine mengangkat telefon, mendekatkan wajahnya ke wajah fasya. Merekapat, pipi hampir berlaga. Senyuman mereka... yang paling manis, yang paling tulus.

" so guyss, today my family were go to vacation..!! Me and my sister..." jasmine bersuara ceria, kamera stabil di tangannya.

Kamera bertukar arah ke fasya.

" hyeee guysss...!!!!" balas fasya dengan riang, melambai kuat seperti influencer baru.

Jasmine tergelak sakan, bahunya terangkat-angkat menahan tawa. Kamera kembali ke dirinya " please stay tune, apa yang I dengan kakak I akan buat pada content selepas ni. I punya content bukan biasa-biasa punya mehhh...! Luar biasa...!!!"

Belum sempat habis, fasya menyampuk sambil menonong masuk dalam frame " betul..!! Korang kena nantikan..!!!"

" stay tune..!!!!"

Jasmine menghala kamera ke fasya sambil memberi isyarat mata. Fasya mengangguk faham, terkebil-kebil " sweepp up!!!"

Klik.

Rakaman tamat.

Kedua-duanya terus meletus dengan gelak tawa yang memenuhi ruang pantai. Gelak yang jujur, yang hanya wujud bila bersama orang paling dekat di hati.

" sumpah, kaku anjayy..." jasmine mengusik, mengesat sisa ketawanya.

Fasya sengih besar " ini bukan bidang akulah, dik. Kau tahu benda tu kan..? Kau yang ajar aku buat semua benda ni. Kau tu... haishh. Tolong eaa, bila kau edit video ni nanti, edit lebih sikit biar aku tak nampak awkward..!"

Jasmine terus menjelir lidah " tak nakkk..!!! Werkkk.."

" ADIK..!"

Jasmine melarikan diri, pasir berterbangan bawah tapak kakinya. Fasya mengejar dengan jeritan kecil terhibur. Akhirnya dia berjaya menangkap adiknya itu. Jasmine menjerit manja sebelum terkulai dalam dakapan fasya.

Tiba-tiba, suara lelaki dan perempuan memanggil dari jauh.

" adikk...!! Jom makan sini..!! Dah siap hidang ni..!" suara seorang wanita bergema.

" jomm adikk..!!!" menyusul suara seorang lelaki.

Gelak mereka perlahan-lahan reda. Jasmine menoleh sedikit ke arah fasya, namun matanya tak memandang tepat " papa dengan mama panggil tu... jom ahh."

Jasmine berlalu pergi... tanpa menunggu. Tanpa menoleh. Fasya terhenti. Dia hanya mampu memandang.

Di hadapannya, iskandar dan sofea sedang menyambut jasmine dengan pelukan erat, ketawa mesra, penuh manja. Jasmine tenggelam dalam kasih sayang itu.

Sedangkan fasya... berdiri di belakang. Sunyi. Seolah-olah bukan sebahagian dari gambar itu. Matanya mengecil, bukan kerana silau matahari, tetapi kerana sesuatu yang jauh lebih pedih.

Tidak suka.

Tidak selesa.

Tidak diingini.

Fasya menarik nafas perlahan. Dan pantai yang tadi penuh tawa... kini terasa terlalu luas, terlalu sepi untuk dirinya seorang. Dia bergerak pergi kearah keluarganya itu.

 Dia bergerak pergi kearah keluarganya itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang