BAB 75

3.2K 58 4
                                        

Di kedai bunga itu, suasana kembali tenang dengan bunyi gunting, kertas pembalut dan daun-daun yang disusun rapi. Jasmine dan naura sedang tekun menggubah bunga di meja kerja masing-masing.

Krekkk

" pergilah, jasmine... hal semua ni biar aku settle sendiri," kata naura tanpa mengangkat kepala, tangannya masih laju menyusun bunga.

Jasmine tersenyum kecil lalu mengangguk " yelah, tunggu kejap. Nanti aku sambung."

Dia bangun dan melangkah ke bahagian hadapan kedai apabila terdengar pintu dibuka.

" selamat datang ke kedai bunga kami, apa-apa boleh saya bantu..."

Ayatnya terhenti separuh jalan.

" boleh tolong saya cari kakak ipar saya...? Nama dia Jasmine Nur Anissa.."

Jasmine terpaku. Kakak ipar..? Perlahan-lahan dia mengangkat pandangan. Dan dia terpaku

" AIDAN..?!"

Jeritannya kuat sehingga membuatkan naura yang berada di belakang terus berlari ke depan seperti orang panik.

" apa hal oi...?!" soal naura tercungap-cungap, matanya terus memandang jasmine.

Jasmine yang masih terkejut hanya mampu menunjuk ke arah pintu masuk " itu..."

Naura berpusing. Dia memandang lelaki di hadapan mereka dari atas ke bawah dengan wajah pelik.

" benda yang kau..." gumamnya sebelum mengerling jasmine semula. Kemudian dengan selamba dia bersuara " awak ni siapa pulak..? Scandal gelap jasmine ke apa..?"

Aidan yang berdiri di situ terus ketawa besar. Jasmine pula terus tersedar dan.. duk.! Dia mengetuk kepala naura.

" ADUII..!" naura mengaduh sambil mengusap kepala.

" kau ni kan aku.."

" dah kau menjerit tak tentu pasal, dah kenapa..?" balas naura, kemudian kembali memandang aidan " so... siapa dia ni..? Kau jangan macam-macam jasmine, nanti si adyan tu jadi beruk, kau baru tahu."

Jasmine menarik nafas, cuba bersabar " puan naura... sejak bila pula aidan ni dah jadi scandal aku..?"

Naura mengerutkan dahi " ohh... aidan.." tiba-tiba matanya terbeliak " HAA..?! AIDAN..?!"

Kali ini dia pula yang terkejut beruk.  Aidan sudah tak mampu menahan gelak, manakala jasmine hanya menepuk dahi.

" ye... ni adik adyan. Tengku Aidan Hayder," jelas jasmine akhirnya.

Naura terdiam beberapa saat sebelum perlahan-lahan mengundur " okay kejap... aku rasa aku perlu reset otak aku..."

Jasmine dan aidan hanya ketawa kecil melihat gelagat nuara. Ada-ada sahaja si dia tu.

*****

Di meja rehat pelanggan, jasmine dan aidan duduk berhadapan. Beberapa saat kemudian, naura muncul semula dengan dua cawan minuman lalu meletakkannya di atas meja.

Jasmine tersenyum " terima kasih, puan naura. Kau boleh sambung kerja kau, aku nak bincang pasal kerja kejap dengan aidan. Selesai ni, nanti aku tolong kau balik."

Naura menjauh sedikit, tapi matanya masih memerhati penuh syak " I skodeng you guys eh..."

Jasmine menjeling sinis " dahlah jangan merepek, shuh shuh sana."

Naura buat muka nakal sambil berjalan pergi " remember ah... I skodeng you guyss..."

Jasmine dan aidan hanya menggeleng serentak.

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang